Tuesday, November 2, 2010

Rahsia dan Hakikat Terbesar Kehidupan

Entri yang anda akan baca nanti akan mendedahkan rahsia terbesar dalam hidup anda.
Entri ini mungkin akan merubah cara anda berfikir dan menerima sesuatu benda. Juga, entri ini akan merubah pandangan anda terhadap dunia sekeliling dan akan mendedahkan siapakah 'diri' anda.
Anda disarankan agar membaca dengan baik dan teliti serta fahami betul-betul fakta-fakta dalam entri ini. Diingatkan bahawa entri ini BUKANLAH satu kepercayaan, falsafah kuno, inferens, pendapat orang,ataupun pendekatan berbeza.. tetapi. ia merupakan fakta yang benar dan telah dibuktikan dengan sains hari ini.



"Demi Matahari dan sinarnya dipagi hari

Demi bulan apabila ia mengelilingi

Demi siang apabila ia menampakkan dirinya

Demi malam apabila ia meliputi

Demi langit serta seluruh binaannya

Demi Bumi serta apa yang ada dihamparannya"



-surah Ash-Shams


Perhatikanlah sesuatu disekeliling anda ..
Alam sekeliling , pokok2 ,haiwan-haiwan. semuanya sebenarnya diciptakan.
tetapi persoalan yang timbul..

Siapakah yang menciptakan?

telah diterima bahawa hakikat konsep penciptaan yang menyatakan setiap sesuatu tidak dapat menciptakan diri sendiri.

contohnya, lalat tidak dapat membuat dirinya sendiri. pasti ada suatu kuasa yang menciptakan

tetapi.. persoalan yang lebih penting adalah.

"benarkah apa yang anda lihat disekeliling anda itu adalah objek yang wujud dan Real?"



Mari kita mengembara kedunia hakikat sebenar..
_______________________________________________________________



Segala maklumat dan benda yang kita terima adalah melalui 5 pancaindera kita..

Dunia yang kita kenal adalah berdasarkan

mata kita yang melihat sesuatu,
hidung kita yang menghidu
lidah yang merasa
tangan kita yang menyentuh
dan telinga kita yang mendengar.

Tetapi.. pernahkan kita terfikir. Dunia kita sebenarnya berbeza dengan apa pancaindera kita sampaikan?

Hari ini Penyelidikan dan Sains telah menemui satu pemahaman yang luar biasa dan menimbulkan keraguan pada panca indera kita.

Sains membuktikan bahwa Dunia yang kita lihat dan kita duduki ini sebenarnya hanyalah ransangan yang terbentuk dalam otak kita oleh isyarat elektrik ( eletrical impulse)

Seorang Saintis Frederic Vester pernah berkata

"Hari ini sains telah membuktikan kebenaran kenyataan yang dikeluarkan sebahagian saintis yang menyatakan bahawa manusia adalah sebuah imej,alam semesta hanyalah bayangan dan semua yang kita lalui adalah menipu dan bersifat sementara "

Ahli falsafah terkenal George Berkeley juga pernah berkata

" Kita percayai kewujudan objek hanya kerana kita lihat dan menyentuhnya. dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Walaubagaimanapun, persepsi kita hanyalah suatu idea dalam minda kita . dengan kata lain, objek yang kita lihat hanyalah sebuah persepsi atau idea didalam otak kita bereerti kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda2 ini wujud di dunia luar (luar minda ) kita."

untuk menjelaskan lagi. mari kita kaji bagaimana panca indera kita berfungsi,


Apabila kita melihat sesuatu objek, maka cahaya dari objek itu (photon) akan menembusi kanta mata dimana ia akan disongsangkan dan terus sampai ke retina. jadi, imej yang terbentuk di retina sebenarnya adalah dalam keadaan songsang (upside down)..



Jadi, cahaya /imej tadi akan ditukarkan kepada isyarat eletrik ( electrical impulse) dimana ia akan dihantar melalui neuron ke titik kecil di otak (serebrum ) yang dinamakan pusat penglihatan. disinilah isyarat dan imej songsang itu akan ditafsir dan dilihat otak sebagai mana penglihatan kita sekarang ini.



hakikatnya, yang sebenar-sebenarnya tempat berlakunya proses melihat adalah diotak.
yang melihat bukan lah mata..
yang melihat sebenar adalah otak.

mata hanyalah satu medium untuk melihat ,tidak ada beza fungsinya dengan contact lens dan cermin mata.

jika kita masih berpendapat mata yang melihat, kenapa kita tidak katakan bahawa sebenarnya contact lens atau cermin mata kita yang melakukan proses melihat. fungsi mereka adalah sama .ketiga-tiga mereka adalah medium dalam melihat.

situasi yang sama berlaku pada kesemua panca indera kita yang lain..

semua ransangan dan isyarat eletrik dari panca indera akan masing2 dihantar ke satu titik spesifik diotak.



bayangkan
anda diberi sebiji epal. anda menghidu, merasa dan menyentuh epal tersebut. sekiranya saraf yang menghubungkan panca indera dengan otak anda terputus..
apakah anda masih lagi dapat melihat epal itu berwarna merah.?
apakah anda dapat lagi menghidu bau epal tersebut?
apakah anda dapat lagi merasa kemanisan epal tersebut?

sudah tentunya tidak..

hakikat sebenar adalah. epal yang anda rasa manis dan merah itu hanyalah tidak lebih dari isyarat/impulse elektrik.

cuba bayangkan pula..

apabila saraf dari pancaindera seorang pemandu kereta disambungkan secara selari ke otak anda. bermakna saraf pemandu itu akan menghantar impulse/isyarat elektrik ke 2 otak. iaitu otak pemandu dan otak anda. jika pemandu itu tiba2 dirempuh lori . pastinya anda akan melihat,mendengar dan merasa seolah-olah anda juga dirempuh lori walaupun mungkin ketika itu anda berada dirumah dengan selesa. anda juga akan rasa kesakitan akibat pelanggaran itu kerana isyarat eletrik yang sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai sakit.

peristiwa seolah-olah benar2 berlaku atau real juga kita akan rasa sekiranya otak kita disambungkan kesuatu alat simulasi.. contohnya apabila alat simulasi itu menghantarkan isyarat elektrik keadaan kita sedang mandi didalam sungai, maka kita akan rasakan seolah2 kita merasai sejuknya air sungai, bunyi hutan dan indahnya alam ketika itu. walhal hakikatnya kita sebenarnya tidak berada di tempat tersebut



dengan kata lain. otaklah sebenarnya tempat berlaku semua perkara.
proses melihat menghidu merasa menyentuh dan mendengar berlaku diotak.
dan setiap otak berbeza cara tafsiran sesuatu maklumat.

Jika anda faham dengan fakta ini.. ada satu lagi persoalan yang timbul.

apakah yang kita rasai ketika makan sesuatu hidangan sama dengan rasa orang lain memakan makanan sama.

Lincoln Barnett menyatakan

" Tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna merah atau not c (muzik) seperti yang diterima aku"

Semua objek disekeliling kita adalah himpunan persepsi dalam otak kita..

ini bermakna. kita tidak berhadapan dengan benda asal atau real disekeliling kita (dunia luar) tetapi kita sebenarnya hidup dalam 'salinan' yang terbentuk didalam otak kita.


Bagi anda, realiti ialah sesuatu yang boleh disentuh dengan tangan dan dilihat dengan mata. Di dalam mimpi anda juga dapat "menyentuh dengan tangan anda dan melihat dengan mata anda", tetapi realitinya, anda tidak mempunyai tangan atau mata, tidak ada sesuatu pun yang boleh dilihat dan disentuh. Tidak ada realiti material yang membuatkan perkara-perkara ini berlaku kecuali otak. anda sebenarnya telah tertipu.

apabila anda membaca ayat ini , anda sebenarnya bukan berada didalam bilik seperti yang anda rasakan. tetapi sebenarnya bilik tersebut berada dalam anda. otak anda membuat persepi anda berada didalam bilik.

anda melihat badan anda, anda merasakan anda berada dalam badan anda.
ketahuilah, badan anda juga adalah persepsi dan imej terbentuk diotak anda.

Seorang pemikir , Berkeley pernah berkata

"Pada mulanya dipercayai warna,bau dan sebagainya adalah benar-benar wujud, tetapi kemudian pandangan ini ditolak dan didapati bahawa ia hanyalah wujud bergantung pada pancaindera kita."



Persoalan yang timbul...

Jika dunia yang kita lihat ini hanyalah persepsi didalam otak kita , jadi apa sebenarnya yang ada pada 'dunia luar' ?

sebenarnya kita tidak tahu.. memandangkan semua objek didalam 'dunia' kita hanyalah himpunan persepsi dan hanya wujud didalam minda kita .

seolah-olah, satu-satunya dunia yang betul2 wujud adalah dunia persepi.

pasti juga persoalan yang akan timbul adalah

jika semuanya adalah persepsi, bagaimana pula dengan otak yang merupakan juga salah satu anggota badan ?

Jawapannya, ia juga adalah sebuah persepsi seperti objek2 lain.

ini dapat diterangkan dengan mimpi.. didalam mimpi kita mempunyai anggota badan khayalan. seperti tangan khayalan dan otak khayalan.. jika didalam mimpi ada orang bertanya, anda berfikir menggunakan apa? anda menjawab.. menggunakan otak anda..
hakikatnya, tiada otak yang real untuk diperkatakan . hanyalah otak khayalan dalam mimpi anda. memang agak sukar difahami. cuba ambil masa dan fikirkan baik2..


jadi. jika otak itu sendiri adalah persepi.. siapa yang menerima, melihat dan merasa semua ini.?

Apabila otak dianalsis , ternyata tiada apa2 didalamnya melainkan molekul lipid(lemak) dan protein serta terdapat neuron2 didalamnya. ini bermakna tiada molekul khas untuk melihat imej, mentafsir bunyi, dan sebagainya.


menurut R.L Gregory , sebuah gambar yang diproses didalam otak memerlukan 'mata dalaman' untuk melihatnya . tetapi otak memerlukan 'mata dalaman' lain utk melihat gambarnya.

permasalahannya..

milik siapa 'mata dalaman'?
siapakah 'penerima' sebenar semua ini?

jika bukan otak yang 'menerima' atau menjadi 'mata dalaman' , adakah atom2 yang melihat imej2 ini?

tidak. kerana atom buta ,tuli dan mati.

Jelaslah, penerima ,mata dalaman, dan kewujudan ini melampaui kewujudan kebendaan.
kewujudan ini 'hidup' dan ia bukanlah imej dan persepsi.


sebenarnya , kewujudan ini adalah 'Roh'

sekarang kita dapat membuat kesimpulan,

semua yang kita lihat di'dunia' ini hanyalah persepsi2 yang dilihat oleh roh.

tetapi siapa yang menciptakan persepsi ini?

Hukum penciptaan membuktikan benda tidak punyai self-governing existence (kawalan kewujudan sendiri) oleh dirinya sendiri.

persepsi2 ini pastinya diciptakan oleh kuasa lain. tidak mungkin ilham persepi ini dari pandangan roh sendiri.

pasti ada sesuatu yang membuatkan roh kita melihat persepsi2 seperti bintang2 ,tumbuhan2 dan lain..

Inilah bukti kewujudan Maha pencipta Allah yang tidak dapat disangkal para saintis.

Ini bererti hanya Allah lah yang berada didunia luar dan hanya allah lah satu-satunya yang wujud


Jadi, jika anda berjaya faham setakat ini.. pasti anda faham maksud ayat "Allah berada dimana-mana" ..

”Dan kepunyaan Allah lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap maka disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha luas (rahmatNya) lagi Maha mengetahui”. (al-Baqarah: 115)


anda juga akan fahami dimana sebenarnya Allah dan dimana neraka dan syurga terletak.
bertentangan dengan tanggapan salah masyarakat yang mengatakan Allah tinggal di'langit' dan ada yang beranggapan Allah disebalik planet2..

itulah kenapa manusia tidak dapat atau mustahil untuk melihat Allah di bumi .
tetapi allah dapat melihat kita malah mengetahui setiap gerakan kita..
firman allah

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. (Surah Al-Anaam:103)



Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini dan bukanlah diri kita sendiri, tetapi Allah. Rahsia ayat berikutnya di dalam al-Quran menerangkan realiti ini

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Surah Qaff:16)


Sesiapa yang berjaya memahami perkara ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki (Wahdatul-Wujud).



Diharapkan dengan entri ini, kita dapat mengenal lebih baik siapa diri kita dan kita lebih mengenal pencipta kita dan tujuan hidup kita..

Oleh itu...

apakah yang kita kejar sebenarnya dalam dunia?..

sains sendiri membuktikan dunia ini adalah penipuan semata-mata..
ia hanyalah persepsi yang seakan-akan 'real' walhal tidak lain tidak bukan hanyalah ilusi yang menipu..

cuba kita renungkan sejenak semua ini...

cuba kita lihat sekeliling kita.. semuanya adalah persepsi..

jadi.. apa lagi yang kita kejar didunia..


semua harta benda itu tidak wujud.. pancaindera menipu kita.

harta, wanita dan pangkat semuanya hanyalah sebuah persepsi dan sebenarnya tidak wujud..

marilah kita kembali kepada persoalan kenapa kita hidup...

marilah kita mengingati tujuan allah ciptakan kita

dan jika ketika kita sibuk dengan urusan keduniaan..

tanyalah balik pada diri..

" Apa lagi yang engkau cari ?"



14 comments:

  1. bagus entri ni...dgn bantuan sains,dapat membuktikan kebenaran ilmu "hakikat" itu..

    dan beruntunglan manusia yg da mencapai makam hakikat....

    ReplyDelete
  2. dunia ini adalah dunia.dunia adalah benar..minda kita dicipta untuk menafsir..ia bukan khayalan atau mimpi..berkenaan mimpi dan khayalan adalah kelebihan untuk kita, "manusia" bukan robot..dunia adalah dimensi untuk zat tertentu..kerana zat itu ada.maka manis ,masam,keras,lembut dan lain2 itu wujud..sbgai contoh tembikai,walaupon kita minum ketika demam tetap rasa manis..berkenaan dengan jiwa atau roh ,ia benar..pasti identiti kita berbeza walaupon kita sume "lengkap" sama..terbatas untuk kita dari pancaindera adalah kerana kehendak tuhan,jika tuhan mahu beri kita "lebih" ,maka zat yang lain boleh dizahirkan mengikut dimensi tertentu..ketahuilah apa yg kita miliki adalah untuk bersusuaian dgn apa yang diberi..jika kita kata dunia ini khayalan maka segalanye isi yg ade dicipta oleh tuhan adalah khayalan..hakikat sebenar kita adalah "seadanya"..juga mind perception and paradigmn barulah adil.

    ReplyDelete
  3. sains kefahaman nya dalam alam fikir....
    ugama kefahaman nya dari petunjuk allah....

    fahaman sains bolih jadi betul dan bolih jadi tidak betul...
    petunjuk allah pasti benar dan tiada keraguan...

    ayat allah mengatakan....
    aku lah yang mencipta mereka....
    aku lah yang mengajar mereka....

    persoalan nya...???
    adakah kita akui....????
    adakah kita patuh mengikut petunjuk nya...???

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, terima kasih sahabat semoga Allah membalas dengan kebaikan.

    ReplyDelete
  5. Persepsi disini bukanlah bermaksud tanggapan dari suatu stimulus semata2. persepsi yang dimaksudkan adalah terjemahan otak apabila 5 deria manusia diaktifkan melalui neuron afferen , ke spinal cord dan ke process centre. jadi secara saintifiknya, jika kita memanipulasi atau memberi simulation direct melalui nerve.. ia sama seperti kita menggunakan 5 deria kita tapi walau hakikatnya kelima2 tidak digunakan.
    Istilah dunia ini tidak wujud tidaklah merujuk kepada dunia ini tidak ada langsung dan tidaklah bermaksud satu halusinasi. Ia bermaksud dunia ini boleh dikatakan adalah suatu benda yang diadakan ataupun satu bentuk simulasi.. sebagai contoh jika kita bermain game dalam komputer. katakanlah game perang.. penjenayah, bangunan, batu bata dan semua dalam game tu akan bertindak balas spt pecah terbaka dan sebagainya jika kita tembak menggunakan senapang dengan cara menggerak dan mengklik mouse..
    adakah penjenayah ,bangunan, batu bata dalam game tu sebenarnya wujud? pastinya tidak.. tapi mereka bertindak balas bukan.? inilah yang dimaksudkan sebagai simulasi.

    ada yang bertanya.. kalau semua disekeliling kita persepsi. kalau kita tak makan . pasti kita akan mati..

    haruslah kita ingat .. dalam simulasi. allah telah menetapkan rules2 atau hukum2 alam . hukum graviti , hukum newton , tenaga dan lain2.. makanan diperlukan badan utk menyerap khasiat protein carbohydrate dll utk kegunaan otot dan nutrient otak agar dapat berfungsi secara normal. ini juga hukum dunia yang allah ciptakan,..

    secara asasnya, dunia ini boleh diibaratkan seperti dalam game..
    semua dalam game tidak wujud. tapi boleh bertindak balas apabila suatu tindakan dilakukan keatasnya. dalam game juga punyai rules dah hukum sendiri . jika kita biasa bermain game Counter strike , pasti kita tahu graviti boleh disifarkan dan orang boleh terapung.. setiap game pasti ada objektifnya.. sama juga seperti dunia ini.. allah menetapkan rules dan hukumnya.. objektifnya adalah mencari keredaan allah..
    wallahualam.. moga kita semua faham dan ingatkan kembali siapa diri kita sebenarnya..

    ReplyDelete
  6. Allah s.w.t berada di 'arasy, dan dia maha berkuasa atas segala sesuatu.

    ReplyDelete
  7. saya tersalah taip diatas, *dia sepatutnya Dia. maaf di atas kesilapan.

    ReplyDelete
  8. assalammualaikumWBT.. akak/abg, adik nk minta share blh? nk bg kwn2 yg len pun baca... thanks yeah.. mayALLAHbless you always.. amin~ taa. ^-^

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam WBT. Dipersilakan.. Moga Allah memberkati usaha menyampaikan ilmu dan mengingati Allah..

    ReplyDelete
  10. Lebih lanjut rujuk disinihttp://ms.harunyahya.com/ms/Buku-buku/917/RELATIVITI-MASA-DAN-HAKIKAT-TAKDIR

    ReplyDelete
  11. Allah~~terlalu rumit....tak tercapai di akal~hmm...hebatnya Allah~

    ReplyDelete
  12. Btol spritualtraveler..dunia ni hnya khayalan..ia hnya di ada kn shj..dlm agama yang wujud itu hanya la allah..mnusia n dunia ni x wujud..ia di adakn shj..sma la sperti keadaan bayang2..bayang2 yg wujud atw tuan punya bayang2 yg sbnar wujud..harus la yg empunya itu wujud..bayang2 itu hnya imej yg di adakan shj..betol? Klo korg ckp ade sesutu yg wujud selain dri allah..itu suda mnduaknya..allah tiada sesuatu pn dgnya..ia tunggal..baca surat al iklas..katakan la allah itu satu(esa)..

    ReplyDelete
  13. Kite xmncari tuhan..krn tuhan ada dgn kita..hnya kita x mngnalinya..ibarat..sekor ikan didlm sungai ingin mncari air..itu la ibarat kita mncari tuhan..sdgkan ikan itu hidup didlm..tetapi mncari air..hnya krn x mgnali air..suda terang lg brsuluh..

    ReplyDelete
  14. Jaga itu tidur....tidur itu jaga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...