Saturday, November 27, 2010

Adakah Islam Beruntung Mendapat Melayu?

"Rilek ah , awat nak datang awal ni..? kata kita ni orang melayu. setengah jam lambat tu standard ah!"
Ahmad bergurau dengan aku..
ketika itu, aku sedang bersiap untuk berjumpa dengan seorang rakan.

terfikir aku sejenak kata-kata Ahmad.

Kadang-kadang aku rasakan bahawa seperti dah jadi budaya melayu tidak menepati masa..

sikap2 yang boleh merendahkan kualiti orang melayu sebeginilah harus dikikis habis-habisan dalam budaya orang melayu..

sikap ini boleh menjatuhkan melayu itu sendiri..




Apalah ada pada Melayu yang kita nak banggakan?

Jika kita lihat didada akhbar.

Melayulah paling banyak menghuni pusat serenti..

Melayulah paling banyak membuat gejala buruk berbanding kaum-kaum lain..


Melayu bersifat malas..

Kalau malas sahaja tidak mengapa tapi suka pulak menjatuhkan sesama melayu..

Kalau ada melayu yang rajin dan berjaya. pasti ada orang lain cuba jatuhkan..

kadang-kadang dihantarnya santau dan sebagainya untuk menjatuhkan melayu lain...





teringat pula suatu cerita

Seorang Mak cik pergi ke pasar ..

tiba-tiba makcik tu berasa hairan ada 2 tong yang berisi ketam.
satu tong ditutup dan dipasang jaring atasnya..

satu tong lagi dibiarkan terbuka tanpa penutup..

Makcik tu pun bertanya pada Apek yang jual ketam..

"Apek, Apa beza ini ketam? Kenapa you satu tutup tong satu lagi tak? "

Apek pon jawab..

"yang tutup tu , itu ketam cina... saya kena tutup sebab itu ketam kalau seekor dapat keluar tong, nanti dia ajar ketam lain dan tolong ketam lain keluar"

"tapi yang tong terbukak tu itu ketam melayu .. kalau sekor ketam cuba keluar ,ketam-ketam lain akan tarik dia balik, tak kasi dia keluar"


Sememangnya cina terbukti lagi rajin dari melayu...

tak perlulah dihuraikan tentang beza melayu dan cina dari segi pembelajaran , pembinaan ,perniagaan dan sebagainya..

setiap orang tahu hakikatnya..

melayu..

Apabila dipijak diinjak ..
terus berteriak..

tapi usaha untuk perhebatkan diri hanyalah sebuah mimpi..
Tak suka orang lain berjaya tapi malas bekerja..

kenapa jadi begini?

Kenapa melayu lemah ,malas, dan sebagainya?

Marilah kita menghayati konsep "ketamadunan"

dalam konsep ketamadunan, kekuatan dan kehebatan sesuatu bangsa terletak pada akar dan asas ketamadunan itu sendiri..

Kita ambil contoh tamadun china.. China memang sejak dulu terkenal dengan akar tamadun mereka.. Tamadun china dianggap antara tamadun terhebat didunia.
Lihat sahaja Dinasti Ming dan lain2.


Contoh lain, adalah tamadun mesir purba yang terkenal dengan binaan piramidnya..

Disebabkan kekuatan asas tamadun mereka, maka mereka jadi bangsa yang berkualiti dan hebat.

Bangsa cina bukan sahaja hebat berniaga di Malaysia malah diseluruh dunia..
sehinggakan ada berpendapat negara jepun tidak membenarkan orang cina berniaga dinegaranya untuk mengelakkan mereka menguasai ekonomi jepun.

Kita lihat pula tamadun melayu..

Asal-usul orang melayu sendiri pun masih lagi dikaji dan tidak dapat dipastikan lagi

banyak teori asal-usul orang melayu dikemukakan..

orang melayu asas dan akar tamadunnya tidak kuat

apa akar dan asas melayu yang nak kita banggakan?

Dondang sayang?
Ulit mayang?
Kuda kepang?

tidak ada satu benda yang kukuh untuk orang melayu

Jadi, tak ada lagi cara penyelesaian untuk kelemahan dan masaalah orang melayu melainkan orang melayu mengambil ketamadunan islam..

dengan cara ini sahaja orang melayu boleh kuat balik.
dengan cara ini sahaja orang melayu boleh hebat .
dengan islam sahaja masalah sosial dan lain-lain dapat dikurangkan


Kita imbau balik, dikala islam belum datang lagi pada kaum Arab.
Orang Arab berkelakuan zalim, jelik dan sama sekali tidak bertamadun..

Anak perempuan dibunuh,
Hamba diseksa,
Orang mengandung dibelah perutnya kerana pertaruhan..
lelaki suka berpoya-poya.
perniagaan semua berasaskan penipuan
kuat berhibur dan lain-lain

sampaikan zaman itu dipanggil sebagai Zaman jahiliyyah..
menunjukkan betapa tidak bertamadunnya mereka..

tetapi selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa agama islam ,
menyembah tuhan yang satu,.

orang arab terus berubah..
dahulunya taraf wanita amatlah rendah
tapi selepas kedatangan islam,wanita dimartabatkan.
sehingga antara pesan rasulullah SAW sebelum wafat adalah lindungi wanita..

banyak lagi perubahan pada orang arab disebabkan kedatangan islam..

Pada satu tahap, islam dapat menguasai 2/3 dunia..

Islam pernah terajui dalam bidang ilmu sehinggakan agama dan bangsa lain merasa mereka ketinggalan jauh..

lahirnya tokoh ilmuwan dan para pemikir yang amat hebat seperti ibn sina, ibnu batuta dan lain2..

Kehebatan ibnu sina (avicenna) contohnya boleh dilihat hingga ke hari ini..
Buku perubatan yang ditulisnya sekitar tahun 1020 iaitu Kitab Al-Shifa? ( book of healing) masih dijadikan rujukan hingga kehari ini..
para penulis buku lain perlu mengemaskini buku mereka dan mengeluarkan edisi terbaru agar boleh digunakan sesuai pada waktu tersebut,
tetapi berbeza dengan buku ibnu sina masih sesuai dirujuk walaupun selepas lebih kurang 990 tahun..

hebatnya tamadun islam. hingga pernah menguasai eropah di Andalusia ,sepanyol..

kehebatan tamadun islam terlalu banyak untuk diperkatakan

Oleh itu,

Seharusnya, kita berpegang pada akar tamadun islam kerana akar tamadun melayu itu sendiri tidak kukuh..

Zaman kegemilangan melaka juga bermula selepas kedatangan islam...

selepas kedatangan islam, Melaka bertambah kuat. Melaka menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal didunia.. kepulauan melayu dicemburui bangsa lain dan kerajaan melaka bertambah mantap.



tapi hari semakin hari.
melayu makin lemah...
pemimpin bertelagah..
anak muda banyak yang rosak.
Mungkin melayu makin lemah apabila islam semakin ditinggalkan..

Tidak ada cara lain..

jika kita hendak lihat melayu itu maju, hanya islam sahajalah jawapannya..

Ternyata, Melayu sebenarnya beruntung mendapat islam..

persoalannya, adakah islam beruntung mendapat melayu?



wallahualam..




7 comments:

  1. good sharing of thoughts...mmg melayu ni lemah dari pelbagai segi n it's good to say dat kita kena beralih ke tamadun islam. well, islam kan universal... islam akan selamatkan dunia ni dari kezaliman, insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Pemuda Bani-bani Ta MimFebruary 20, 2011 at 10:32 AM

    ya islam sangat beruntung kerana dapat melayu,..kerana yang melayu adalah asal-usul dan masih lg Bangsa yg diberi nama oleh Rasulullah SAW sebagai Bangsa Ta Mim(Ta=tanah Mim=melayu). Yang akan menegakkan islam adalah pemuda2 bani Ta Mim bersama-sama Imam Al-Mahadi.

    ReplyDelete
  3. good info saudara.. :)
    mungkin ada benarnya.
    cuma persoalannya jika melayu itu tidak wujud, adakah bermakna tiada kaum lain yang akan menegakkan islam.. janji allah pasti akan datang.. wlaupun dalam keadaan berbeza..

    kita beruntung kerana dilahirkan sebagai islam..
    bukan kerana dilahirkan sebagai bangsa melayu..

    ana juga melayu.. sayangkan melayu... cuma ana tidak mahu lah jika ana mengagung agungkan bangsa..

    kerna. antara bangsa yang suka mengagungkan bangsa mereka dan memandang keji bangsa lain adalah bangsa yahudi...

    jadi, perhebatkan lah pemuda bangsa dengan nilai islam dulu... tidak lambat buat kerja, tak bertangguh , tidak buat benda lagha,. barulah bangsa itu akan dipandang mulia dan hebat dengan sendirinya.. :)

    ReplyDelete
  4. Deep.....
    Menyesal jadi malas sbb tunjuk imej tak boek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...