Saturday, November 26, 2011

Renungan Ajal

Hari demi hari..
udara nan segar lali aku hirupi..
aku termenung melihat merahnya sang suria baru mengintai bumi..
aku termenung dalam merefleksi diri..

hari-hari ku kosong tanpa pedoman.
Setapak detapan melangkah menghidup ke hari baru..
tidak pernah yakin masihkah punyai esok hari untuk ku..
jikalau dijemput, apakah penuh isian bagasi ku..
jikalau dipanggil , apakah sedia jiwa sanubariku..

mungkin ketika aku kesorangan dirumah ,aku kan dilawat tetamu..
mungkin tetamu baik rupa ,
tidak mustahil hodoh lebih dari yang disangka.
tetamu datang mengetuk pintu..
katanya mahu mengambil sesuatu dari aku..

aku bertanya apa sebenar tetamu hajati..
tetamu berbisik.. mahu sesuatu yang abadi..
aku tidak mengerti lantas aku bertanya..
siapakah gerangan tetamu yang meminta..
disitulah tetamu memandangku tepat dimata..
"akulah malaikat pencabut nyawa "
"hidupmu didunia telah tamat masanya"

apakah ketika itu aku ada masa meminta maaf pada semua?
apakah ketika itu aku punyai waktu untuk ku sujud bertaubat pada tuhan maha kuasa?

aku lantas merintih..
apakah mungkin malaikat menunggu hanya untuk sekelumit waktu agar ku bertaubat bersedia meninggkalkan dunia?

tidak.. pasti dia berkata..
sebelum ini banyak sudah diberi masa untuk bersedia..



_____________________________________________________________________________________

sayu sang hati..
merenungkan pemilik jasad ini..
baru aku sedar.. tiada manusia yang pasti mereka masih bernyawa lagi pada esok hari..
apakah esok hari aku tidak lagi bekerja mencari rezeki..
apakah esok hari kawan2 difacebook akan berbincang tentang pemergian ku
apakah esok hari sudah ditempah nesan bernama lengkap ku..

aku sendiri tidak pasti
masihkah ada esok hari untuk aku..
aku hairan..
manusia sering takut apabila mendengar bahawa dunia sudah dekati kiamat.
ketahuilah... kiamat itu amat jauh sekali
yang dekatnya sudah pastilah mati..
saat kita dicabut nyawa..
Kiamat itu datang dengan tanda-tandanya..
tapi mati datang tanpa diberitahu beritanya..
ketika kita tidak bersedia..
ketika kita sedang bergembira
ketika kita bergundah gulana..

teringatku seorang budak kecil kukenali suatu masa.
tidak sampai tahun ke lima..
tuhan sudah panggil menghadapNya..
inikan pula aku yang lebih tua..
entah bila pula masanya..

jangan ditanya bilakah tarikhnya
jangan ditanya bagaimana dan dimana..
tukang tilik sekalipun tidak tahu jawabnya

mungkin sebentar nanti,ketika sedang berehat..
datanglah tetamu mengetuk pintu membawa hajat..
ketika itulah dinafi segala pintu taubat
ketika itulah masa terpisah dengan saat..












Tuesday, August 2, 2011

Sebesar manakah kita dalam alam semesta?

Kita sering merasa berbangga dan besar diri.

Kadang kala kita bersikap sombong depan Allah..
kita sombong mahu sujud merayu pada Allah..

Marilah hayati video ini..




astaghfirullah

Sunday, July 24, 2011

Apakah bermakna aku dipilih islam? ( part 1 : kehidupan bermula)

" Kringggg..."
bunyi alarm yang kuat mengejutkan dari lena yang enak..
dengan mata masih mengantuk.. dilihatnya keluar jendela..
Mentari mula menyinar .. cantik..
dengan tubuh masih longlai.. badan, gigi segera dibersihkan..
kejap lagi perlu ke kerja..

hari berlaku seperti hari kebanyakan..

Malam mula berlabuh..
seperti biasa, pulang dari kerja..
fikiran dan fizikal mula mengadu ...letih..
Malam semakin tua..
Diri kembali bersarang dibawah selimut..
dalam kepekatan malam,
terlena mengumpul tenaga utk keesokannya..

Begitulah kehidupan kita seharian..
Rutin sama berulang-ulang..
Hidup kita tidak ubah seperti robot

Tetapi..

pernahkah kita berfikir tentang apakah ini hidup yang kita cari?..

setiap sesuatu pasti ada tujuan..
Apakah tujuan kita???
pasti ada sesuatu yang tertinggal dan terlupa dalam hidup kita..

berkenaan cara hidup atau "way of life"
ramai orang mengatakan islam adalah agama mereka..
apakah islam itu agama semata-mata.. ?
jika begitu, apakah yang dimaksudkan dengan agama?

Ketahuilah ..
sebelum ini.. masyarakat dunia tidak menggunakan istilah agama atau religion..
mereka dahulu menggunakan istilah Ad-Deen..

Ad-Deen bermaksud cara hidup..
istilah ad-deen diguna pakai sehinggalah pada suatu ketika ada pihak yang telah menukarnya kepada istilah religion atau agama

Agama atau religion dalam kamus oxford bererti

"The belief in and worship of a superhuman controlling power, esp. a personal God or gods."

Penyembahan dan kepercayaan pada suatu kuasa luar biasa yang mengawal ..

Ia tidak membawa maksud menjadikan ia sebagai cara hidup..

Inilah yang perlu difahamkan kita...

Islam bukanlah hanya sebuah agama..
Ia adalah Ad deen..
Ia adalah cara hidup..

Zaman Rasulullah SAW .. apabila sahabat diberitakan bahawa arak diharamkan Allah.. ramai para sahabat yang merupakan pengeluar dan pembuat arak yang besar tanpa banyak bertanya memecahkan sendiri tong2 arak mereka sehingga dikhabarkan bahawa bandar banjir dengan arak yang dipecahkan..

Dan ketika wanita mendapat perintah Allah agar menutup aurat .. muslimah2 terus memakai segera hijab sehingga ada yang menarik langsir utk menutup aurat mereka.

Ini membuktikan keteguhan iman mereka.. dan kesediaan mereka menerima Islam sebagai cara hidup..

secara kontras ..

Lihatlah hari ini.. di kelab2 malam pun ramai orang islam..
bila ditanya agama .. pastilah mereka menjawab islam..
pada kad pengenalan pula tersemat perkataan islam..

Tapi apakah Ad-deen mereka adalah islam.?

Astaghfirullah..

Jadi.. Hari ini saya ingin mengajak saudara-saudari mengembara kembali ke zaman-zaman dahulu kala..
zaman sebelum kita dilahirkan ke dunia..
zaman ketika kita menjadi saksi.. Allah itulah tuhan kita.

_____________________________________________________________________________



Maha suci Allah..

Manusia yang cukup hebat dan kompleks ciptaannya bermula dari sekecil-kecil sel..

sel itu adalah sperma dan ovum..

Hebat..

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki adalah sel paling kecil dalam badan manusia.
berbeza dengan ovum dari wanita yang merupakan sel paling besar dalam sistem badan manusia.

Terdapat lebih kurang 500 juta sperma sebelum proses persenyawaan berlaku..
tetapi hanya 1 sahaja yang berjaya bersatu dan bersenyawa dengan ovum..




Apabila berlaku persenyawaan.. maka gabungan sperma dan ovum ini akan membahagi dan menggandakan sel melalui proses mitosis. pada ketika ini.. ia dipanggil sebagai zigot..

zigot kemudian akan terus mitosis sehingga menjadi embryo@ embrio.. embrio inilah kemudian akan turun ke uterus dan akan melekat pada dinding uterus( endometrium) ..proses ini dikenali sebagai penempelan atau implantation..




minggu demi minggu.. embrio membesar dan berkembang..

minggu 1 hingga 3.. otak ,saraf tunjang, jantung dan usus mula terbentuk.
tetapi pembentukannya masih belum sempurna. embrio kelihatan sebagai seketul daging..

minggu 4-5. jantung mula berdegup .. tangan kaki mula kelihatan.. tulang belakang dan tulang-tulang lain mula tercipta dari tisu2..

minggu 6-8. ketika ini proses pembentukan muka dan mata bermula. organ2 penting mula terbentuk. pada akhir 8 minggu. embrio dikenali dengan istilah fetus..

Maha suci Allah menjadikan manusia dengan sistem yang kompleks dan hebat.

Proses pembentukan manusia ini telah lama disebut dalam quran lebih kurang 1400 tahun yang lalu... ketika Rasulullah SAW yang menyampaikan quran dikatakan gila..
ketika quran dianggap cerita dongeng..

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. kemudian kami ciptakan air benih (Arabic, nutfah) itu menjadi sebuku darah beku (Arabic: alakah). lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging(Arabic: mudgah), kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang ; kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu. kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta " - Surah Al-Mu'minuun surah 23 ayat 12-14

untuk memahami lebih jelas. kita mestilah tahu makna perkataan bahasa arab yang digunakan..
Didalam bahasa arab, satu perkataan boleh membawa banyak maksud..

Nutfah: setitik mani atau zigot.

Alakah: sesuatu yang melekat ; struktur seperti pacat ; darah beku.

Mudgah: seketul daging ; ketulan daging yang seperti manik; seperti gula-gula getah yg telah dikunyah dengan kesan gigi.

jadi jika diperhatikan sebagai contoh perkataan Alakah.. iaitu darah beku atau sesuatu yang melekat (cling).. didalam quran telah menulis proses didalam perut yang tidak nampak dengan mata kasar ini pada 1400 tahun lepas..

Apakah mungkin quran dicipta oleh manusia biasa sedangkan proses penempelan atau implantation ini mustahil dilihat tanpa menggunakan imaging device yang canggih.. tapi quran telah jauh lama menerangkan pada manusia proses penempelan ini .. maha suci Allah..

Dalam ayat diatas juga ada menulis bahawa
" kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang ; kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging"
ini bertepatan dengan penemuan sains perubatan hari ini..

tidak berapa lama dahulu para saintis dan pengamal perubatan menolak ayat quran diatas kerana berpendapat bahawa proses tulang berlaku terlebih dahulu barulah diikuti dengan daging (otot dan organ). tapi setelah terciptanya imaging device yang canggih. hari ini terbukti .. proses pembentukan daging berlaku terdahulu sebelum tulang. segala penjelasan dalam ayat diatas tidak langsung bercanggah dengan penemuan sains..



Selepas embrio cukup 8 minggu.. ia kemudian dikenali dengan istilah fetus. ketika proses perkembangan fetus , rupa dan struktur manusia mula kelihatan. ketika ini pernafasan, makanan,pembuangan najis fetus semuanya melalui umbilical cord ibu. fetus belum punyai organ yang lengkap utk memproses makanan dan udara sendiri.

Fetus kemudian diselubungi 3 lapisan anatomi.. lapisan inilah bertindak sebagai pelindung kepada fetus dari hentakan dan daya luar agar perkembangan fetus tidak terganggu
lapisan ini adalah .
1. Dinding perut ibu(mother's abdominal wall)
2. Dinding uterus ibu (uterine wall )
3. Persekitaran fetus iaitu uri (placenta), lapisan embryo ( embryonic membrane),dan air ketuban (amniotic fluid)

Selagi lagi.. Quran terlebih dahulu menerangkannya ..

Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu ( berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian . dalam tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian( kekuasaannya)ialah Allah tuhan kamu, bagiNyalah kekuasaan yang mutlak. tiada tuhan melainkan dia. oleh itu bagaimanakah kamu dapat dipesongkan( dari mematuhi perintahnya) -Az Zumar (surah 39 ayat ke-6)




Maha suci Allah..

ketika kehidupan didalam rahim (intrauterine life) inilah Allah meniupkan roh didalam bayi dalam kandungan dan ketika inilah manusia itu akan disoal oleh tuhannya .

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi"
-Al A'raf 172

jelas.. setiap orang yang lahir diatas muka bumi telah memilih untuk mengaku Allah lah tuhannya..
jadi persoalannya sekarang kita hidup dimuka bumi ini bukan untuk memilih siapa sebenarnya tuhan kita..
kerana kita telah memilihnya dan bersaksi ketika dalam kandungan lagi..
kita hidup didunia ini untuk memahami mengapa kita memilih Allah sebagai tuhan kita.


Selepas 37-42 minggu. maka genaplah segala organ dan tubuh seorang bayi.. lalu bayi dilahirkan didunia melalui rahim ibunya.. ketika dilahirkan bayi akan menangis.. kerana saat dia menangis itulah segala organ termasuk organ pernafasan diaktifkan. pada saat ini jugalah bayi sudah berupaya menggunakan organ pernafasan , perkumuhan , dan pemprosesan makanan sendiri.



Tidak lama kemudian , seorang lelaki akan melaungkan azan dekat dengan telinga bayi..

itulah "muzik" dan sajak pertama yang didengari sang bayi .. muzik dan sajak pujian kepada allah..

Begitulah permulaan kehidupan kita..
Allah menjadikan kita seindah ciptaan ..
Dengan lahirnya kita didunia, kita diamanahkan dengan satu tujuan..
Allah tidak menurunkan kita kedunia tanpa sebarang tujuan..
pasti ada sesuatu yang harus kita cari...
apa sebenarnya yang harus kita cari?

Insha Allah. saya akan menyambung kisah perjalanan dan asas kehidupan kita didalam entri yang akan datang..

Insha Allah..

:)

Saturday, May 14, 2011

Everything all around us

Ada seorang pengemis..
meminta simpati ditepi jalanan..
dipandangnya seorang budak sedang makan di restaurant KFC bersama ibunya.
terdetik dalam hatinya..
"kan best kalo ak jadi budak, tak yah pikir makan. mak bapak belikan semua"

Diwaktu yang sama..
budak yang sedang menjamu selera di restoran kfc itu terpandang seorang lelaki dewasa bermisai nipis di sebelah mejanya.
lantas dia berkata dalam hati
" kan best kalo ak jadi orang dewasa, boleh ada duit sendiri. boleh beli mainan banyak"

kemudian, lelaki dewasa itu keluar dan terus menuju kearah motornya utk kembali bekerja di office. ketika menunggu lampu isyarat. lelaki tersebut terpandang sebuah kereta proton wira disebelahnya dipandu oleh seorang lelaki separuh umur..
lantas dia berfikir..
" kan best kalau aku jadi lelaki tu, ada kereta . tak perlu aku meredah panas dan hujan guna moto kapcai aku ni"

Lelaki dalam kereta pula dalam masa yang sama, masih memikirkan kereta mercedes yang baru dibeli oleh bosnya.. terdetik cemburu dalam hatinya.
"aisshh.. kan best kalau aku jadi orang tua tu(bos), mesti bangga aku bawak kereta merc ak"

Ditempat yang lain, bos lelaki tadi sedang membelek-belek surat khabar.. terbaca olehnya kisah seorang jutawan lantas dia pun berkata..
" owh.. kan best kalau aku jadi jutawan.. harta bertimbun.. hidup pasti senang"

manakala, jutawan dalam surat khabar tadi selalu berkata dalam hatinya
"kan best ak jadi macam bill gates.. billionaire. orang terkaya dunia.. pasti aku hidup masyur dan mewah"..

dan begitulah seterusnya..

itulah sifat manusia
Kita tak pernah puas dengan apa yang ada..
sering mahu mengejar dunia..
sibuk mengejar kekayaan, kemewahan dan kecantikan
tanpa pernah berfikir dan menghargai apa yang kita ada..

perkataan "kan best jadi orang ni" selalu sangat bermain dimulut kita..
seolah-olah kita tidak tahu menghargai apa yang kita ada..

dan ingatlah..
dunia ini ibarat seekor burung yang cantik dan indah..
apabila kita mendekatinya .
ia semakin jauh..
apabila kita cuba mengejarnya..
ia bertambah jauh..
apabila kita cuba menangkapnya..
ia akan terbang lari..

dan ketika kita sibuk mengejarnya.. ketika itu..
kaki kita akan terluka terpijak duri..
kita akan jatuh tergelincir ..
dan pengakhirannya..
kita pasti terjatuh dalam gaung dan mati..

maka ..
curilah masa kita sedikit..
fikirkan apa yang kita ada..
renungkan apa nikmat yang allah dah kasi..

dan hari ini..
kita akan belajar kembali erti sebuah perkataan..

"syukur"


:)



Saturday, May 7, 2011

Gambar Mekkah lama

Aku masih ingat..
Satu masa dulu ibuku cuba memujuk ayahku untuk mengerjakan umrah..
Aku lihat wajah ayah.. masih terdapat riak wajah 'nak tanak' walaupun ayah secara
lisannya bersetuju mengerjakan umrah..

Ayahku kelihatan tidak begitu teruja utk ke tanah suci..
mungkin seperti kebanyakan orang yang baru nak mengerjakan umrah. menganggap mekah hanyalah tempat ibadah yang ramai sesak dan tidak selesa..

Urusan visa dan passport dipersiap.. tapi kali ini.. aku rasa terkilan..
Seluruh ahli famili ku diperlapangkan untuk mengerjakan umrah ,melihat tinggalan para anbia.. Aku tidak dipilih Allah.. aku punyai urusan pengajian yang tidak boleh dielakkan... Tapi, aku tahu selagi aku bergelar hambaNya. aku yakin satu hari nanti dia akan membukakan juga pintu rezeki dan rahmat utk aku melawat rumahNya kelak.

Beberapa minggu selepas mereka berangkat ke tanah suci.. tiba masa mereka pulang ketanah air...
Aku menyambut mereka di airport...

Malam itu, mereka berehat .. kepenatan perjalanan kapal terbang.. aku lihat ayah..
aku perhatikan ayah..
ayah sedikit termenung..
dalam suara serak ayah berkata
" Rasa seronok pulak ke sana.. nanti insha allah tahun depan kita ke sana lagi la kalau ada rezeki"

Aku tergamam..
Aku kenal ayah aku...
Ayah sudah lali melawat negara2 eropah dan amerika..
tapi tidak pernah ayah menyatakan mahu kesana semula...

tapi..
ayah mahu ke mekah semula..

aku hairan..
pasti ada sesuatu aura atau sesuatu 'jiwa' yang tiada ditempat lain melainkan disana
ini menambahkan lagi tekad ku untuk berkunjung kesana..

Malam itu..
aku berdoa..
dalam sujud..
aku meminta Allah menjemput aku kerumahNya..

dalam kesunyian malam ..
beralaskan sejadah biru yang lusuh..
aku terlena diulit bayu malam..

___________________________________________________________________________________

Dibawah adalah gambar lama Masjidil Haram..
perhatikan kawasan masjidilharam dulu yang kecil berbanding hari ini..














dan kini...






Moga suatu hari nanti kita semua dibukakan pintu rezeki untuk ke sana...
.
.
.
Perkenankanlah Ya Allah..

:)

Monday, April 11, 2011

Rindu - sebuah cerita cinta epik.



"Awak , awak kat mana? saya rindu awak lah"
satu mesej ringkas masuk ke handset si jejaka..

Si dara tidak habis2 mengucapkan kata2 cinta dan rindu pada si jejaka..
Maklumlah, alam bercinta..
Semua indah ..
yang buruk jadi lawa..
yang busuk pun jadi wangi..

mungkin ayat2 rindu ini sering kita lihat ditulis terang-terangan di laman sosial ataupun diblog-blog ..

kita sendiri bagaimana?
mungkin kita sendiri juga biasa ucapkan kata2 rindu tersebut pada kekasih..

Rindu itu tidaklah salah..

Rindu itu sendiri adalah hadiah daripada allah..
Perasaan rindu itu dituntut...

tapi rindu yang bagaimana..

Marilah kita bersama menghayati sebuah cerita rindu yang agung..

Satu cinta dan rindu yang luar biasa.

berlaku 1425 tahun yang lalu..


_____________________________________________________________________________



Hari itu..
hari yang cukup indah
seorang insan mulia bernama Muhammad Rasulullah SAW menunggang untanya menuju ke Madinah selepas berehat 3 hari di Masjid Quba'.

Bijak si unta kepunyaan Rasulullah SAW, tidak perlu diarahkan lagi..

Di suatu kebun kurma si unta berhenti..

Berkenanlah hati Rasulullah SAW melihat kebun kurma tersebut..

Akhirnya Rasulullah SAW membeli tanah kebun kurma itu dari 2 pemuda walaupun keduanya pada mula ingin memberi tanah itu secara percuma tetapi ditolak baginda.

Di kebun itulah , didirikan sebuah masjid yang agung.. Masjid Nabawi..

Rasulullah SAW membina masjid itu cukup sederhana..
tiada batu marmar.
tiada kristal
tiada hiasan mewah..

hanyalah sebuah binaan empat segi yang mana dindingnya dari batu-bata dan tanah.
dan atapnya hanyalah dari timbunan daun kurma..

Dikawasan sekitar masjid terdapatnya pohon-pohon kurma menghiasi..

Di salah satu pohon kurma inilah Rasulullah SAW berdiri dan bersandar dan memberi khutbah pada umat islam ..

Rasulullah SAW berkhutbah berterusan di pohon kurma sehinggalah tahun ke 7 hijrah dimana Rasulullah mula menggunakan mimbar..

Disinilah berlaku peristiwa yang hebat dan aneh.

Ketika Rasulullah SAW berjalan melepasi pohon kurma menuju ke mimbar untuk tujuan memberi khutbah .

Tiba-tiba pohon kurma itu menangis merintih dengan amat kuat sehingga masjid itu bergoyang dan bergoncang..

Pohon kurma itu tidak dapat menahan perasaan dirinya..
pohon kurma itu rindu kan Rasulullah SAW ..
ia rindukan saat ketika rasulullah berdiri bersandar padanya sewaktu memberi khutbah.

Rasulullah SAW lalu turun dari mimbar dan memeluk dengan erat batang pohon kurma tersebut.
dengan perlahan Rasulullah SAW memujuk pohon kurma tersebut.
sehinggalah ia berhenti daripada tangisan..


Lalu, Rasulullah bertanya pada pohon kurma sama ada ia mahu menjadi pokok didalam syurga atau kekal didunia untuk memberi makan buahnya pada orang beriman..

Maka, si pokok memilih untuk berdamping dengan Rasulullah SAW di syurga kelak.
Baginya jika memilih dunia ,pastinya ia akan berpisah dengan Rasulullah SAW ketika ia mati kelak..
tapi disyurga.. ia tidak mati selama-lamanya dan tidak akan berpisah dari Rasulullah SAW..

Rasulullah SAW pernah bersabda.
"Demi Tuhan yang memegang nyawaku didalam tangan Nya. Jika aku tidak memeluknya dan memujuk pasti ia akan berterusan sebegini hingalah hari kiamat "

Begitulah hebatnya rindu dan cinta sepohon pokok kurma pada Rasulullah SAW.
Cerita hebat pohon kurma ini telah diriwayatkan daripada Anas, Jabir ,Ibnu Abbas, Aisyah R.A dan ramai lagi sahabat lain. cerita ini jua telah tercatat dalam Sahih Bukhari dan Muslim..

Subhanallah..

Sebatang kayu menangis dan bergoncang kerana begitu rindukan Rasulullah SAW..
Seharusnya kita, ummat Muhammad yang lebih layak rindukan baginda SAW.

Sebatang kayu tidak sanggup berpisah dengan Rasulullah SAW..

Astaghfirullah..

Apakah kita hari ini begitu cintakan dan rindukan Rasulullah SAW seperti mana pokok kurma tersebut?

Cuba kita tanya diri kita.. banyak mana sunnah yang kita ikut..

Pesan baginda , sesiapa yang mengamal sunnahku maka ia mencintai ku..

Kita hari ini bukan sahaja sunnah kita tinggal kan.. malah jarang sekali kita membasahkan bibir dengan selawat..

kita lebih senang menyanyikan lagu artis2 dari memuji dan berselawat keatas nabi..
kita lebih senang membaca cerita artis dari cerita Rasulullah SAW.

Ketika saat nyawa Rasulullah SAW hendak ditarik ,
dalam sakit kematian baginda masih ingatkan kita, ummat nya..

Malah dimintanya kepada Malaikat untuk dipikul semua sakit kematian ummatnya keatas diri baginda kerana sayangkan kita semua..

itulah cinta dan kasih seorang Nabi kepada kita..

tapi.
apakah kita membalas cinta kasih dan rindu rasulullah SAW..

si pohon kurma pun rindukan baginda..

kita yang berakal sering lupa akan baginda..

Apa jenis ummat kita ini?
Apa jenis manusia kita ini?

Ingatlah di akhirat kelak..
Baginda sahajalah yang akan memberi syafaat kepada kita..
Bagindalah yang akan menolong kita..

Hati manakah yang tidak teringin melihat wajah Rasulullah SAW..

Perhebatkanlah diri kita ..

Moga suatu hari nanti...
di gerbang syurga...

Rasulullah SAW akan tersenyum indah melihat kita ..
Mungkin itulah senyuman pengubat rindu kita selama ini..
Insya Allah


Friday, January 7, 2011

Erti Nyawa seorang Ibu




(klik untuk dibesarkan)


Cerita diatas adalah cerita benar yang berlaku semasa pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih terselamat dalam Kejadian gempa bumi WenChuan pada 2008..


Ketika pasukan penyelamat dalam usaha mencari, mereka menjumpai satu tubuh wanita yang kaku dan dalam postur seperti melutut, badannya sedikit kehadapan dan tangan yang menolak tanah..

Ketua pasukan penyelamat menggerakan wanita tersebut untuk memastikan sama ada wanita tersebut hidup atau tidak..

ternyata tiada respon..

ketika pasukan penyelamat menjumpai tubuhnya, wanita itu telah pun 24 jam meninggal dunia dihimpap sebuah rumah yang runtuh.

kerana mangsa tidak lagi bernyawa..
pasukan penyelamat pun mula beredar untuk ke bangunan sebelah untuk meneruskan misi mencari dan menyelamat...

Sebaik sahaja mereka beredar, tiba2 ketua penyelamat memanggil semula pasukannya..

"datang cepat! "

lantas, ketua penyelamat terus menghulurkan tangan dan mencari sesuatu di bawah mayat wanita itu..

dengan bantuan rakan2 pasukan, mereka menjumpai seorang bayi masih lena tertidur bersalutkan selimut merah berbunga kuning dibawah perlidungan ibunya..

mereka memeriksa bayi tersebut, tiada satu kesan calar pun dapat dikesan. bayi tersebut lebih kurang 3 -4 bulan ..

ketika mahu menyerahkan bayi itu kepada doktor, tiba2 mereka mendapati terdapat satu telefon bimbit dalam selimut bayi tersebut..

selepas diperiksa ,doktor tersebut mendapati terdapat sebuah mesej lantas membacanya..

" Anakku sayang, jika kau terselamat dan masih bernyawa, kau mesti ingat yang aku sentiasa sayang pada kau "..

doktor tersebut lantas mengeluarkan air mata.. menangis kesayuan..
telefon bimbit itu di pun diedarkan sorang demi sorang..

setiap orang yang membaca mesej itu turut menangis..

Subhanallah..

Hebatnya kasih seorang ibu kepada anaknya..

Sanggup menahan kesakitan di tusuk kayu dan dihimpap batu sehingga tidak bernyawa untuk menyelamatkan anaknya..

Jadi hari ini, ingatlah balik ibu kita..


Mungkin kita tak pernah dengar dia mengungkapkan yang dia menyayangi kita
tapi ketahuilah,

Ibu sayang sangat anaknya..
cuma mereka jarang luahkan secara lisan..

Maha Suci Allah.
memberikankan setiap kami seorang ibu yang hebat...

Kalau isteri , hilang boleh dicari ganti.
tapi...
kalau ibu, hilangnya tiada berganti..
walaupun kita punyai berbillion duit, tapi takkan dapat digantikan dengan seorang ibu..
itulah satu-satunya ibu kita..


hai anak...
Apakah kau tak ingat ketika kau melawan cakap ibumu?

Apakah kau tak ingat waktu ketika kau berasa benci dikongkong ibumu?

Apakah kau tidak sayangkan ibu ..

Ketahuilah keredhaan ibumu itulah Keredhaan Allah..



Ibu,
aku sayang padamu..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...