Monday, August 30, 2010

Apabila taraf wang kertas sama dengan tisu pengelap

"Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan "



inilah orang islam yang sepatutnya menjadi 'Hero' kepada dunia islam..

Bagi peminat bola sepak terutamanya English Premier League, Sheikh Mansour bukanlah nama yang asing..

Sejak pembelian dia keatas Manchester City Football Club yang menelan belanja sebanyak £210million (RM 840juta) , nama jutawan taiko minyak terkenal Abrahamovic(pemilik chelsea FC) yang sering disebut-sebut dahulu dalam arena bolasepak, terus tenggelam.

Dengan kekayaan individu sebanyak £15 bilion (RM78b),
Mansour memperuntukan sebanyak £540million (RM 2.2 bilion) untuk perpindahan pemain. Dengan jumlah peruntukan sebegini , menjadikan pembelanjaan Abrahamovic seolah-seolah hanya seperti pembelian makanan ayam.






Sheikh Mansour yang mempunyai kekayaan famili $1 trillion (RM 3.2 trillion) adalah seorang ahli politik UAE, ahli keluarga pemerintah Abu Dhabi dan juga mempunyai talian yang rapat dengan presiden UAE. DIa juga adalah pengerusi kepada First Gulf Bank dan International Petroleum Investment Company.

Dia telah membeli saham ferrari berharga £19 million dan punyai Chryler Building bernilai USD 800million.



Begitulah kayanya Sheikh Mansour ..


Mari kita tengok ..
Contoh lagi dekat..

orang islam melayu.

Sultan Hasanal Bolkiah





Sultan Hasanal Bolkiah adalah pemerintah beraja terkaya didunia , Brunei Darul Salam.

sejak kecil, baginda sudah makan dan minum menggunakan sudu garfu emas tulen, pakaian baginda juga disaluti emas.

Istana baginda yang bernilai USD350j terdiri daripada 1788 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi di saluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk mempamerkan 110 buah keratanya.













Baginda memiliki koleksi 7,000 kereta mewah dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion termasuk kapalterbang yang berlapis emas). Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Banyak barangan sekitar kehidupan baginda adalah barangan emas. Kereta dari emas,
almari emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi makan emas , malah tandas baginda juga adalah emas..







Subhanallah, kayanya sultan brunei..

tak salah nak mengumpul kekayaan..

bukanlah tujuan artikel ini ditulis untuk mengutuk dan mencerca sesiapa.

malah bukan sifat Rasulullah SAW untuk mengutuk orang .
tak kira kaya atau miskin..

Mungkin Sultan Hasanal Bolkiah dan Sheikh Mansour banyak mendermakan hartanya kejalan allah secara ikhlas dan tiada publisiti. kita tidak tahu. Berbaik sangkalah. Berhusnuzonlah..
tak perlu kita menuduh kedekut dan sebagainya..

Cuma, marilah kita renungkan..

Setiap tahun pasti ada tabung Aman Palestin..
fikirkan betapa susahnya Masyarakat kita mengumpul duit, buat jualan untuk palestin,
penceramah datang keseluruh tempat malah ada yang ke luar negara untuk membantu palestin, tak kurang juga golongan yang miskin yang sanggup berlapar hanya untuk menyumbang sekupang dua untuk tabung palestin,
walaupun sudah mencecah jutaan ringgit..

Cuba kita bandingkan dengan kekayaan individu diatas?

Mungkin penat lelah berbulan malah bertahun masyarakat muslim kita mengumpul duit untuk palestin hanya bersamaan dengan nilai 1 sportcar daripada 7000 sportcar peribadi Sultan Hasanal Bolkiah.

Kalaulah nilai pembelian Manchester City atau Emas &Sportcar2 serta kapal terbang itu diwakafkan ke faqir miskin di negara islam lain.. pasti ramai umat islam dapat keluar dari golongan faqir miskin ini.

Harta bertimbun kadang kala menjadikan seseorang itu angkuh dan riak..
malah seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata kerana harta..


Pernah seorang pemuda bertanya pada Saidina Ali..

" Wahai Ali, manakah lebih berguna , ilmu atau harta? "


Lantas Ali menjawab.
"Sudah tentulah Ilmu itu lebih baik"


berkata pemuda itu lagi
"atas dalil apakah kau katakan begitu wahai Ali? "

jawab Ali.
"ketahuilah, sebenarnya ilmu itulah yang akan menjaga kamu. tetapi harta itu pula kamu yang menjaganya"

___________________________________________________________________

Mungkin benar , dunia islam itu tersangatlah kaya,

lihatlah, pengeluar2 minyak utama seluruh dunia. hampir semuanya negara islam.

Ramai golongan islam yang kaya.
tapi permasaalahannya kekayaannya diguna dan dikitarkan dikalangan orang kaya sahaja.
kitaran wang hanya berlaku pada golongan tertentu..

tidak mengalir ke golongan fakir miskin..
Sedangkan Allah SWT berfirman

“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”. Surah Al-Hasyr (59) : 7

walau apapun..

Kekayaan sebenar bukan pada emas dan wang..
kekayaan sebenar bukan pada aset dan harta.

kekayaan jiwa dan iman itu lah yang akan menjadi wang bekalan ketika kita keseorangan bertemankan kain kapan dan serangga dalam tiang lahad nanti.

kekayaan jiwa dan iman itu lah yang akan menjadi modal untuk kita membeli tiket ke syurga Allah SWT kelak..

oleh itu , tidaklah perlu kita mendabik dada, riak dengan harta dunia kita.

ingatlah..
sekaya manapun kita,
sepandai manapun kita,
secantik manapun kita,
sekacak manapun kita,

tanyalah diri kita sendiri..

Mana milik kita?

Mana kepunyaan Mutlak kita?

lihatlah harta sekeliling kita..
lihatlah anggota badan kita..

tanya balik diri kita?

Mana milik kita?
Mana milik kita?

carilah dalam almari kita..
carilah dalam stor kita..

cubalah cari mana milik kita..

tengoklah wang dalam wallet yang kita kedekut sangat nak sedekah..
tengoklah rumah kita yang kita banggakan dan riakkan..

adakah semua ini milik kita??

Mana milik kita?

Tidak ada milik kita..

Semua yang ada...

Allah yang punya....

Friday, August 27, 2010

Kisah Iblis Hairan Dengan 2 Perangai Manusia


Pernah diriwayatkan dalam sebuah kitab..

Suatu Hari Rasulullah SAW bertanya pada Iblis.

"Wahai Iblis, apakah ikhtiar mu kepada umatku kerna aku telah diutuskan untuk menyelamatkan semua bani Adam dari Kekafiran kepada beriman pada Allah SWT."



Lalu...
Iblis lantas mengangkat kepalanya kehadrat allah..
seraya berkata..

" Ya Allah, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik semua anak-anak Adam melakukan kerja2 maksiat selagi mereka itu masih bernafas dan aku akan mencampurkan lelaki dan perempuan bergaul dengan bebasnya agar aku senang mencelah didalamnya"

Kemudian turun firman Allah bermaksud.

>" Demi kebesaranKu dan KetinggianKu. Aku akan sentiasa sedia mengampunkan dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun dariKu"



kemudian Rasulullah SAW bertanya pada iblis.

"apa lagi yang kau musykilkan?"


Iblis menjawab..

" Ya Rasulullah SAW, aku sangat hairan .. aku sangat hairan dengan perangai umatmu dalam dua hal

1. Mereka Mengaku mencintai Allah SWT, tp mereka itu taat kepada ku dengan melakukan maksiat

2. Mereka Sangat Marah kepadaku tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."




Allah lantas berfirman


"Demi kemuliaanKu dan KebesaranKu , sesungguhnya Aku anugerahi umat Muhammad 2 kebahagiaan :-

1. Kasih dan cinta mereka kepadaKu, adalah penebus dosa bagi maksiat yang mereka telah lakukan kerana perdayaan kau (iblis)

2. Marah mereka itu kepada kau (iblis) adalah penebus dosa bagi maksiat yang mereka lakukan kepadaku "


Iblis Laknat tercengang...
mendengarkan betapa Allah sayangkan Umat Muhammad SAW..

____________________________________________________________________________________

Sudah lumrah manusia sering Alpa dan sering Lalai dalam kehidupan seharian..

Sering bertaubat dan berjanji tidak akan mengulang dosa lagi..

tp sering juga kita memungkirinya..

Inilah hakikatnya manusia..

Tidaklah seseorang itu dipanggil manusia jika tiada nafsu dalam dirinya..

persoalannya, sehebat mana kita dapat mengawal segala nafsu yang membelenggu..

Selaku manusia

Memang kita kadang-kala terlanjur membuat dosa...

dan merasa sedih dan hampa dengan dosa tersebut..

tapi, janganlah sesekali kita menjauhi Allah kerna dosa yang kita lakukan..

Berbaliklah..

Carilah jalan yang sebenar..

Jalan yang diredhai..


Kerna setiap dosa yang dilakukan akan meninggalkan salah satu kesan pada diri..

sama ada ia menyedarkan kesilapan dan mendekatkan diri pada Allah...

atau..

Ia menjauhkan diri dan menyimpang dari Allah...

Terpulanglah pada kita menentukan..



Ingatlah,

ketika bahu kita terasa berat dengan maksiat yang dilakukan..

ketika kening kita berkerut kerana agama ditinggalkan.

ketika hati kosong kerana sudah kering dan kersang dari iman..

Melututlah kembali..

Bersujudlah kembali..

Allah masih menunggu hambanya kembali...

kasihnya Allah pada hambanya..

sayangnya Allah pada kita..

itulah Allah..

Tuhan yang sering kita lupakan...












Tuesday, August 17, 2010

Kau penipu

Kau kata kau sayang Allah, tapi kenapa kau lengah-lengahkan suruhan Allah sedangkan kau tidak lengahkan walau sesaat suruhan kekasihmu ?

Kau kata kau sayang Allah , tapi mengapa surat cinta Allah (al-Quran) jarang kau baca?, tidak seperti surat cinta kekasihmu, kau cium dan kau bawa surat itu kemana sahaja.

Kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa kau tak pernah ingat Allah dalam pergaulanmu dan pekerjaanmu? kau hanya ingat Allah ketika kau susah. Mana Allah ketika kau senang ?

kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa mulutmu asik2 mengalunkan lagu-lagu rock dan sebagainya, jarang pula mulutmu mengalunkan zikir membesarkan Allah.?

Kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa kau boleh tahan menghadap komputer berjam-jam walhal menghadap Allah yang cuma beberapa minit pun kau malas. ?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa kau jadikan artis dan jutawan sebagai panduan dan idola kau?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa mulutmu terdiam, terpasung kaki dan tanganmu apabila Rasulullah SAW dihina didada Akhbar? Mana ikhtiarmu untuk membantah ?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa kau tak pernah turuti malah kau tidak tahu langsung wasiat terakhir Rasulullah SAW yang baginda pesan sebagai tanda kasih sayang bagi kau?

Kau kata kau sayang Saudaramu , tapi mengapa kau enggan memboikot barangan yahudi yang kau tahu keuntungannya telah digunakan untuk merobek dada-dada saudaramu?

Kau kata kau sayang Saudaramu, tapi mengapa kau sering katakan dirimu beruntung dan selesa duduk di negara yang aman ,tidak seperti di negara Palestin ? adakah kau tak terluka sama apabila saudaramu di palestin terluka?

Kau kata kau sayang saudaramu, tapi mengapa kau masih lagi membeli McDonald, Mark &Spencer, coca-cola dan lain2 walhal kau tahu duit kau akan ditukarkan menjadi peluru menembus daging-daging saudaramu.?


adakah kau tahu?
kau adalah penipu..



pelik...


kau kata kau seorang islam.. tapi mengapa kau menipu?





Monday, August 16, 2010

Satu-satunya Sunnah yg lelaki ikut adalah poligami?


"Alah.. Satu-satunya Sunnah Rasulullah SAW yang lelaki kat Malaysia ikut adalah Poligami !"

itulah kenyataan seorang Muslimah dengan nada bergurau apabila aku bercerita tentang sunnah Rasulullah SAW..

aku terdiam.
tergamam

"Masha Allah. kau dah insult Rasulullah SAW ni "
kata aku perlahan..

"Pebendanya Insult? Mana ada Insult? Mana ada Hina Rasulullah ! tu sebenarnya nak mengata orang lelaki kat mlysia. bukan nak hina rasulullah SAW. "

"Aah.. aku tak rasa ini insult rasulullah.. " sampuk sorang lagi muslimah menafikan tuduhan itu berbaur penghinaan..

Aku dalam hati sedikit sedih

Jawapan oleh 2 orang muslimah tadi macam pernah aku dengar sebelum ni..

Oh ye..

ketika suatu masa dulu..
ketika Gambar Karikatur menghina Rasulullah SAW ditayangkan di akhbar sebuah negara..
Akhbar tersebut enggan meminta maaf dan mengatakan itu adalah Hak kebebasan Bersuara. mereka tidak pandang perkara itu sebagai menghina junjungan besar kita. Nabi Muhammad SAW.

Didalam statement
"Satu-satunya Sunnah Rasulullah SAW yang lelaki kat Malaysia ikut adalah Poligami !"

memang benar .. ia sebenarnya bertujuan mengutuk atau menegur lelaki di Malaysia..

Tapi .. Poligami dalam ayat itu menggambarkan seolah-olah ianya perbuatan negatif atau tidak baik ( jahat).

Dalam kata yang lain.. Rasulullah SAW membuat perkara yang negatif atau buat perkara yang tidak baik ..

Adakah Rasulullah SAW pernah berbuat dosa dan berbuat jahat?
Apakah kita tidak tahu bahawa Rasulullah SAW itu Maksum ( tidak ada dosa) ?

Jadi kenapa kita mahu menggambarkan rasulullah SAW itu sebagai seorang yang membuat perkara negatif.

Berbalik pada soalan Agama, kalau diikutkan. Poligami itu sendiri adalah positif dari banyak aspek.
Sesungguhnya segala perbuatan Rasulullah SAW sendiri pasti ada kebaikan kerana Rasulullah adalah sebaik-baik manusia dan baginda adalah utusan Allah.

Membantah dan tidak setuju dengan suatu sunnah atau perbuatan Rasulullah SAW bermaksud kita membantah dan tidak setuju dengan Rasulullah itu sendiri..

Ketahuilah.. Diakhirat kelak. Akan berduyun-duyun kaum nabi lain yang menangis kerana mereka tidak mendapat syafaat seperti mana umat Rasulullah SAW mendapat syafaat dari Rasulullah SAW sendiri..

Apakah kita sanggup melawak dan bergurau sehingga berbaur penghinaan kepada orang yang akan memberi kita syafaat pada kita kelak?

Mungkin ada yang masih merasakan kenyataan itu bukan suatu penghinaan kepada Rasulullah..

Baiklah..

cuba kita bertanya pada orang

" Satu-satunya perangai ayah kau yang kau ikut adalah poligami "

adakah statement ini ada berbaur-baur penghinaan pada 'ayah' tersebut ?

fikir-fikirkan..


Wallahualam

Sunday, August 15, 2010

KeAjaiban dan Bani Israil

Refleksi cermin pemantul peribadi diri.

Seringkah kita melihat gambar2 diinternet yang menunjukkan kekuasaan Allah..






pokok yang terdapat kalimah tauhid padanya...

Ikan yang punyai kalimah Allah disisiknya..

Awan yang ada mengeja nama Allah..

Bulu binatang yang ada kalimah tauhid..

Gambar-gambar dan video-video seperti ini memang tersebar luas tak kiralah di Masjid , Di internet , Di majalah..

Masing-masing cuba menunjukkan keajaiban Allah..

Pada masa itu, ramailah rakan-rakan dan saudara2 umat islam semua terpegun dan ramai juga tergamam memuji kebesaran Allah SWT.

Ramailah juga berasa bertambah iman mereka ketika itu.

Memanglah tidak salah jika gambar itu dipertontonkan untuk menunjukkan kekuasaan allah.

Tapi ingatlah.......

Ingatlah sejarah para Anbia.

Pelajarilah dari Tauladan..


"Wahai Musa, kami amat dahaga. berilah kami air. "

lantas Musa menggunakan tongkatnya dan dipukulnya satu batu.. maka mengalirlah air dari batu itu..
Kaum yahudi lantas terpegun dengan keajaiban dan menyatakan dirinya percaya dengan allah kerana peristiwa tadi.
Maka mereka pun minum air yang keluar dari batu itu..


"Wahai Isa putra Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?
Nabi Isa terkejut mendengar permintaan mereka dan mengingatkan agar mereka bertakwa pada Allah. Mereka menjawab bahwa mereka menginginkan hidangan itu untuk menambah keyakinan mereka bahwa apa yang disampaikan Isa pada mereka adalah benar. Mereka mahu menyaksikan keajaiban supaya mereka percaya.

Banyak lagi pinta kaum yahudi kepada para nabi agar diperlihatkan 'magic' atau keajaiban untuk mereka bertambah percaya..
Malah mereka pernah meminta untuk melihat sendiri Allah supaya mereka beriman dan mengatakan Allah itu wujud.


Tapi seperti mana yang kita tahu,
Bani Israil tetap ingkar dengan perintah allah..
walaupun sudah pelbagai mukjizat dan keajaiban yang ditunjukkan para nabi.
mereka percaya keesaan dan kekuasaan allah pada masa itu sahaja. lama-lama kelamaan mereka tetap mengingkari allah. Malah setelah 40 hari Nabi Musa meninggalkan Bani Israil kerana pergi mengambil kitab dari Allah, mereka mencipta pula patung sapi emas samiri menggunakan sihir. Mereka kemudian menyebah patung itu ,tanpa memikirkan yang mereka pernah menyaksikan sendiri mukjizat nabi dan kekuasaan Allah serta pernah mengakui depan nabi bahawa mereka percaya allah..


Apakah kita, umat hari ini perlu melihat keajaiban untuk meningkatkan iman kita?

sedarlah , umat yang perlu melihat keajaiban untuk menyatakan keimanan pada allah adalah bani Israil.

Jika benar gambar2 ajaib itu dapat meneguhkan pegangan kita, persoalannya .. berapa lamakah?

Andaikan sudah beberapa lama, tiada keajaiban allah lagi kita lihat.. adakah masih kita beriman kpd Allah ?
Ini kerana Percaya dan Iman kita pada Allah diletakkan pada keajaiban. jadi kita sebenarnya beriman pada keajaiban .

Tidak perlu kita melihat keajaiban2 sebegini.
cukuplah dengan kita melihat penciptaan manusia itu sendiri..
itulah salah suatu bukti kekuasaan allah..
Sistem badan manusia yang kompleks ..
Kita, Manusia setinggi mana pun kita belajar dan setinggi mana ilmu seseorang itu pun, kalau nak mencipta satu manusia yang mempunyai naluri dan 'common sense' pasti tidak akan berjaya. Hebatnya Allah menciptakan manusia dari setitik air mani.

Lihatlah tangan kita , berapa banyak otot yang fleksible membolehkan kita menggerakkan tangan tanpa memerlukan kuasa bateri.. apakah robot boleh meniru gerakan tangan kita 100% ?

Lihatlah Matahari, Jika kita rasakan matahari itu sebenarnya adalah bintang paling besar dan panas.
ketahuilah , bintang hypergiant beratnya lebih 100 kali ganda berat matahari. dan banyak lagi bintang yang jauh lebih panas dari matahari sehinggakan warna bintang itu kelihatan biru seperti bintang eta carinae.

Lihatlah sekeliling, perhatikan dan fikirlah kejadian allah..

Allah meletakkan tanda2 kekuasaan nya pada sekeliling kita

"Sesunnguhnya didalam penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda2 bagi orang yang berfikir -surah ali-imran "

Ini semua bukan keajaiban tetapi inilah bukti kekuasaan allah ..

tidak cukupkah bukti kekuasaan ini sehingga kita mahu melihat benda ajaib untuk kita beriman dan percaya keesaan Allah..?

Tidak perlu keajaiban...

Kekuasaan Allah ada dimana-mana..













wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...