Friday, February 26, 2010

lemahnya aku~

astaghfirullah...
aku masih lemah lagi..
Iman di hati ini masih lemah dan longlai...

Malam itu,
aku bertandang ke rumah seorang rakan aku..
dia duduk kesorangan dirumah..
aku datang kerana jemputan dia bersama rakan2 lain kerana ingin membuat BBQ beramai- ramai.
kerana bara api sukar untuk dinyalakan..
aku diminta tuan rumah untuk turun ke bwah mencari minyak tanah.
aku pergi ke dapurnya untuk mencari minyak..

dalam kesibukan aku mencari.
tiba2 . aku melihat susunan tin dibawah almari..
aku rasa sangsi kerana selalunya tin minuman biasa tidak ada warna sebegitu dan tidak sepanjang itu..

Astaghfirullah..
setelah aku perhatikan dengan betul2.
itu adalah tin Arak..
ya...
tin arak...

Aku tersentak..
Sebelum ini aku hanya dengar yang kawan aku sorang ini kuat minum arak.
tapi.. aku tak pernah berburuk sangka. aku anggap cakap mereka hanyalah usikan dan gurauan..

Aku tak tahu nak buat apa..
Tiba2.. ada sorang kawan aku yang lain perasan yang aku dah jumpa tin arak itu...

"aah.. dia memang selalu minum arak.. Masa aku datang sebelum kau,dia suruh aku sorokkan tin tu bawah almari supaya korang tak nampak.."

Aku sedih...
Nak ditegur -kawan..

aku dalam dilema

Tapi malam itu.. aku benar-benar tak tahu nak buat apa..
mulut aku bagai dizip. tangan aku bagai dipaku.
tak sampai hati nak tegur..
Padahal dah depan mata nampak..

ya allah
lemahnya iman aku ni..
telah kau tunjukkan aku kesilapan kawan ku.,.
aku tetap takut untuk mencegah yang mungkar,..

apa jenis orang aku ini ya allah ?
apa jenis hamba aku ini ya allah ?


4 comments:

  1. bila di belakang senang bgi kita untuk berkata-kata.. tetapi bila btul2 menghadapinya, lidah kelu tanpa sepatah kata.. tambahan lgi itu kawan kita.. byk yg kita pk tuk memberi teguran walaupaun kita mmg wajib tegurnya.. di situlah iman kita di uji..

    ReplyDelete
  2. Betul. Manusia tidak lari daripada ujian. Insyallah nanti ana akan cuba berkias-kias menegur perbuatan kawan ana yang salah ketika perbualan seharian. Kalau sound direct pun tidak tepat jugak. takut dia memberontak membenci. tak masuk dalam jiwa. jadi still tak berkesan. mungkin mengajak dia berfikir adalah cara yang paling baik. Hidup dimuka bumi kenalah sentiasa ingat mengingati. Terima kasih haida :)

    ReplyDelete
  3. ana pun berada di dlm kondisi yang sama seperti antum..cuma kwn ana bkn minum minuman keras,tp tidak menunaikan solat..betapa lemahnya iman sehingga ana tidak mampu utk menegur kwn ana..jika ditegur,takut terluka hati dan terbitnya dendam..entah la..kdg2 ana menangis sendirian krn tidak mampu menegur..apa pandangan antum?

    ReplyDelete
  4. Syukran dgn perkongsian anta. Ana pun tidak terlepas dari masaalah yang sama. ada kawan2 yang tidak mengendahkan solat. Bagi pendapat ana, cara memaksa mereka dan memerli mereka tidaklah sesuai memandangkan individu yang pertama sekali bertanggungjawab mendidik anak2 agar sembahyang adalah ibubapa. dan pada peringkat alam dewasa dan remaja, paksaan dan memperli adalah sangat tidak disukai .
    Mungkin bagi ana caranya adalah akhlak kita sendiri. Ana mahu berkongsi pengalaman dengan antum. ana dulu pernah ada seorang kawan yang jarang sekali bersolat, tapi apabila kawan2 ana solat didepan dia, dia berasa malu dan turut solat bersama. kawan2 ana lain tidak pernah memaksa. Alhamdulillah sekarang dia sering juga solat walaupun tidak penuh.

    Sebaiknya berdasarkan pemerhatian ana , apa yang lebih penting adalah mengajak rakan2 kita merasai perasaan 'bertuhan'. dengan itu, cara hidup juga akan berubah. insha allah.

    Ana sering terfikir, apabila kita berdakwah, bukan kita yang sebenarnya memberi hidayah dan merubah seseorang , tetapi Allah tuhan yang maha besar..
    Hidayah itu tetap milik Allah,
    jadi sebagai hambanya, tanggungjawab kita ialah berusaha untuk berpesan2 utk kebenaran.. Dan memohon Allah juga beri petunjuk..

    tapi jika mereka itu tetap enggan malah mengejek. Allah telah menjelaskan perkara ini.

    Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. (Surah AL-Maidah:58).

    Ingatlah, satu2nya agama yang sering memberi nasihat dan berpesan2 kepada kebenaran serta menegur yang mungkar adalah Islam..

    itulah kekuatan kita sebagai umat..
    Amar ma'aruf nahi mungkar.

    moga kita diberi kekuatan untuk berdakwah dan mencari keredhaan allah..
    wallahualam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...