Friday, February 5, 2010

Bila Islam hanya pada Kad Pengenalan

Masih ramai yang tidak merasai perasaan bertuhan...
Aku mahu kongsi pengalaman aku semasa di PLKN


______________________________________________________________________________________

Hari itu hari keempat aku menjalankan tugas aku sebagai seorang rakyat malaysia
yang terpilih menjadi sebahagian dari 'Wira-wirawati negara" dalam program
yang amat ditakuti pelajar lepasan SPM.. PLKN..
Hari itu hari yang cukup meletihkan..
Jurulatih2 semuanya nampak garang.. berkumis nipis. pandangan tajam..
boleh dikatakan semua orang gerun. tapi aku tahu
rupa tak semestinya refleksi peribadi.

"Ahh.. tekanan jiwa aku macam ni" getus hatiku mengingatkan rakan-rakan lain yang
terselamat dari pemilihan program ini.. ada yang telah bekerja part-time. Tidak kurang
juga yang menghabiskan masa dengan permainan-permainan video yang mengasyikkan..
"Relax bro, kau enjoy je pergi sana" tengiang-ngiang dilubang gelap telinga kata-kata
sinis dari rakanku ketika melihatku tertunduk menutup muka sebaik melihat monitor
komputer.."tahniah, anda terpilih"

Seperti biasa.. selepas selesai aktiviti malam hari dan Roll-call.. kami dilepaskan
ke bilik masing-masing.. Aku melangkah longlai.. bukan capek dek aktiviti disana..
kerana aku masih berat hati mengikuti program ini..

Setapak demi setapak aku melangkah.. cermat. tapi sedikit meleret.. ku toleh kanan.
Mizan sedang membersihkan katil.. ku toleh kiri.. Bartolomieus sedang mengeluarkan
kerepek makanan.. Bagi rakyat semenanjung, nama seperti ini barangkali dipandang jelek
tapi tidak dinegeri dibawah bayu..
"Lomi!!" tegurku sedikit tersenyum
"Mahu sedikit?" ajak bartolemius ,menyangka aku ingin meminta makanan dari dia.
aku hanya senyum dan berlalu..
bukan semua jawapan mesti melalui kata-kata..

Tepat pukul 11.30 malam.. "Light oFf" jerit si penghulu rumah delta..
Satu demi satu kamar menghitam , hilang dalam kegelapan malam.
Aku menepuk bantal. moga sedikit empuk..
Dalam samar-samar lampu kalimantang luar, aku lihat rakan-rakan sebilik yang 11
orang semua bersiap sedia untuk tidur..
Aku mungkin tidak berasa begitu kekok dalam bilik kerana 6 daripada mereka adalah
muslim, mengaku bertuhankan allah yang satu. Yang berbangsa cina hanya 4 orang
dan jua seorang bangsa india yang banyak mulut, Puvendren.

Selimut ditarik..
"mak aih.. sejuknya!!" getus hatiku.Terasa selimut tadi gagal melawan
kesejukan dan kedinginan malam ditengah hutan di Kota kinabalu.
Aku gagahkan diri..

"Krik-krik-krik" sang cengkerik mengeluarkan bunyi ,mengharap ada pasangan yang
terpikat..
kesemua rakan2 bilik aku sudah berada diatas katil..
ada yang termenung, tidak kurang juga yang sudah lena diulit mayang.

Mataku mula kabur..
kelopak mataku lesu.. ketandusan daya tahan..
Fikiran dan angan-angan sebelum tidurku tadi beransur-ansur lesap.
aku antara dua alam. sedar dan maya

"Oh ya!" mataku kembali terbuka ..
aku bangkit..teringat jam yang belum dikunci..
seperti biasa aku akan mengunci jam sebelum tidur..
dengan pengharapan agar dapat bangun difajar hari dan bersolat subuh..

aku putarkan jam.. tetapkan alarm dan letakkan ia cermat
betul-betul diatas bantal pengalas kepalaku..

"Brader, Ko boleh tak offkan alarm jam ko.. kacau orang tidur"

Aku terkejut.. terkesima..

Kata-kata itu datang dari seorang yang sama pegangan denganku , Nazri.
Ya.. seorang islam..
Aku terdiam sebentar..

"a'ah .. Ko off je lah alarm kau.. seriously gangu kitorang, bukan kau sorang saje
duduk dalam bilik ni"

tiba-tiba ada seorang lagi muslim seagama denganku membenarkan kata-kata keji Nasri
tadi..

Disambut dengan anggukan dari seorang lagi muslim..

Aku diam tak terkata.. Bangsa Cina dan India sebilik dengan aku yang sememangnya bukan
islam tidak pernah membantah aku untuk bangun mengerjakan solat subuh.. inikan pula
orang islam sendiri..

Aku berasa sedih..
demi allah, aku tidak sedih kerana ditegur dan diperli oleh rakan sebilikku
aku sedih kerana yang menghalang aku bangun subuh adalah orang islam..

dengan perlahan dan sugul.. aku offkan alarm..
dalam hati.. aku berdoa agar aku terjaga pabila waktu subuh masuk.tanpa bantuan alarm

"apakan dayaku lagi" rintih hatiku..

aku tarik selimut. lemah dan lesu..
sedih melihat manusia sebegitu mengaku bertuhankan allah..

tiga orang yang membantah aku tadi, sudah kembali berbaring atas katil masing- masing.

aku berbaring sambil berfikir, masih terkejut dengan peristiwa tadi..

tiba-tiba.. aku merasa ada tangan memegang bahuku..
aku toleh..

"kawan, u jangan risau, besok pagi saya kejutkan u bangun semayang"

Dalam samar-samar malam aku lihat kelibat Ah cheng..

Sekali lagi aku tersentak...

"Ah cheng?? "

Siapa sangka Ah cheng yang beragama buddha sanggup menawarkan diri untuk
kejutkan aku subuh...

Siapa sangka??

Aku mengangguk .. .
lidah aku terkelu..
tiada kata yang dapat dikeluarkan..

aku tenung ah cheng..
perasaan terharu mula bermain..
aku cuba berkata sesuatu...
cuba menyatakan betapa aku menghargai pertolongan..
tapi lidah membeku

"Saya faham.. u jangan risau" ujar Ah cheng
Ah cheng tersenyum sebelum kembali ke katilnya

seorang Cina Buddha bukan sahaja tidak menghalang aku dari bangun subuh.
malah menawarkan diri untuk menggerakkan aku bangun di pagi hari.

"mulia sungguh hatimu, Cheng" aku berbisik sendirian

Aku kembali berbaring..
sebelum tidur aku tersenyum dalam lenangan airmata..


Pagi itu, Ah cheng tetap dengan janjinya. kejutkan subuh.
aku tersenyum..
ku lihat kawan-kawan muslim lain..
seperti biasa ..masing-masing terlentang pelbagai gaya .,
sembahyang fardhu adalah perkara remeh bagi mereka.
aku tak terkejut..
Solat biasa pun tak pernah nampak. inikan pula solat subuh..
aku menggelengkan kepala.. sedikit tersenyum
dalam dingin pagi... aku menggapai kopiah .keseorangan menuju ke surau.






gambar sekadar hiasan

7 comments:

  1. woha!

    apa nak jadi. yg bukan Islam pulak yg kejut.

    ish2.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 munafik itu lebih bahaya dari orang kafir .. wallahualam

    ReplyDelete
  3. teruslah berdiri dengan gagah menjunjung pegangan kita
    ia tak lain tak bukan hanyalah satu ujian utk menguji sejauh mana ketaatan kita dalam mencari redhaNya

    "maka nikmat tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan" [surah arRahman]

    ReplyDelete
  4. pernah kah saudara membaca gaya penulisan penulis thriller terkenal? ramlee awang mursyid. gaya penulisan saudara agak mirip dgn beliau. sy sgt mengagumi penulisan saudara ramlee awang murshid @ r.a.m .. cuba lah baca bagaikan puteri, cinta sang ratu, cinta sufi.. ketahuilah bahawa penulisannya dalam novel2 ini sgt dekat dengan Allah..subhanallah..

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas komen saudari. secara jujurnya ,ana tidak pernah membaca penulisan saudara ramlee awang murshid. syukran kerana memberi suggestion utk membaca novel2 tersebut kerna ana sendiri juga berminat penulisan yang menginsafkan dan mengajak kita berfikir tentang tuhan. nanti ana akan cuba dapatkan novel beliau. insha allah.. :D

    ReplyDelete
  6. Dialu-alukan. moga penyebaran ilmu diredhai dan diberkati..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...