Monday, August 16, 2010

Satu-satunya Sunnah yg lelaki ikut adalah poligami?


"Alah.. Satu-satunya Sunnah Rasulullah SAW yang lelaki kat Malaysia ikut adalah Poligami !"

itulah kenyataan seorang Muslimah dengan nada bergurau apabila aku bercerita tentang sunnah Rasulullah SAW..

aku terdiam.
tergamam

"Masha Allah. kau dah insult Rasulullah SAW ni "
kata aku perlahan..

"Pebendanya Insult? Mana ada Insult? Mana ada Hina Rasulullah ! tu sebenarnya nak mengata orang lelaki kat mlysia. bukan nak hina rasulullah SAW. "

"Aah.. aku tak rasa ini insult rasulullah.. " sampuk sorang lagi muslimah menafikan tuduhan itu berbaur penghinaan..

Aku dalam hati sedikit sedih

Jawapan oleh 2 orang muslimah tadi macam pernah aku dengar sebelum ni..

Oh ye..

ketika suatu masa dulu..
ketika Gambar Karikatur menghina Rasulullah SAW ditayangkan di akhbar sebuah negara..
Akhbar tersebut enggan meminta maaf dan mengatakan itu adalah Hak kebebasan Bersuara. mereka tidak pandang perkara itu sebagai menghina junjungan besar kita. Nabi Muhammad SAW.

Didalam statement
"Satu-satunya Sunnah Rasulullah SAW yang lelaki kat Malaysia ikut adalah Poligami !"

memang benar .. ia sebenarnya bertujuan mengutuk atau menegur lelaki di Malaysia..

Tapi .. Poligami dalam ayat itu menggambarkan seolah-olah ianya perbuatan negatif atau tidak baik ( jahat).

Dalam kata yang lain.. Rasulullah SAW membuat perkara yang negatif atau buat perkara yang tidak baik ..

Adakah Rasulullah SAW pernah berbuat dosa dan berbuat jahat?
Apakah kita tidak tahu bahawa Rasulullah SAW itu Maksum ( tidak ada dosa) ?

Jadi kenapa kita mahu menggambarkan rasulullah SAW itu sebagai seorang yang membuat perkara negatif.

Berbalik pada soalan Agama, kalau diikutkan. Poligami itu sendiri adalah positif dari banyak aspek.
Sesungguhnya segala perbuatan Rasulullah SAW sendiri pasti ada kebaikan kerana Rasulullah adalah sebaik-baik manusia dan baginda adalah utusan Allah.

Membantah dan tidak setuju dengan suatu sunnah atau perbuatan Rasulullah SAW bermaksud kita membantah dan tidak setuju dengan Rasulullah itu sendiri..

Ketahuilah.. Diakhirat kelak. Akan berduyun-duyun kaum nabi lain yang menangis kerana mereka tidak mendapat syafaat seperti mana umat Rasulullah SAW mendapat syafaat dari Rasulullah SAW sendiri..

Apakah kita sanggup melawak dan bergurau sehingga berbaur penghinaan kepada orang yang akan memberi kita syafaat pada kita kelak?

Mungkin ada yang masih merasakan kenyataan itu bukan suatu penghinaan kepada Rasulullah..

Baiklah..

cuba kita bertanya pada orang

" Satu-satunya perangai ayah kau yang kau ikut adalah poligami "

adakah statement ini ada berbaur-baur penghinaan pada 'ayah' tersebut ?

fikir-fikirkan..


Wallahualam

1 comment:

  1. kenyataan bodoh dari org yg bercakap menggunakan kepala lututnya sahaja.apa tu sunnah pun dia tak faham.potong kuku tu pun kira dah sunnah.belum lagi yg solat berjemaah kat masjid.buta ker muslimat ni.kalau ikut nisbahnya,berapa kerat sgt lelaki di Malaysia ni yg berpoligami.Kata Ibnu abbas sebaik baik lelaki antara kamu ialah yg paling byk isterinya(4 org).muslimat jenis ni adalah yg pentingkan diri sendiri.cuba lah bayang suatu masa nnti dia jadi ibu tunggal/janda..masa tu baru tau langit tinggi rendahnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...