Tuesday, August 17, 2010

Kau penipu

Kau kata kau sayang Allah, tapi kenapa kau lengah-lengahkan suruhan Allah sedangkan kau tidak lengahkan walau sesaat suruhan kekasihmu ?

Kau kata kau sayang Allah , tapi mengapa surat cinta Allah (al-Quran) jarang kau baca?, tidak seperti surat cinta kekasihmu, kau cium dan kau bawa surat itu kemana sahaja.

Kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa kau tak pernah ingat Allah dalam pergaulanmu dan pekerjaanmu? kau hanya ingat Allah ketika kau susah. Mana Allah ketika kau senang ?

kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa mulutmu asik2 mengalunkan lagu-lagu rock dan sebagainya, jarang pula mulutmu mengalunkan zikir membesarkan Allah.?

Kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa kau boleh tahan menghadap komputer berjam-jam walhal menghadap Allah yang cuma beberapa minit pun kau malas. ?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa kau jadikan artis dan jutawan sebagai panduan dan idola kau?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa mulutmu terdiam, terpasung kaki dan tanganmu apabila Rasulullah SAW dihina didada Akhbar? Mana ikhtiarmu untuk membantah ?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa kau tak pernah turuti malah kau tidak tahu langsung wasiat terakhir Rasulullah SAW yang baginda pesan sebagai tanda kasih sayang bagi kau?

Kau kata kau sayang Saudaramu , tapi mengapa kau enggan memboikot barangan yahudi yang kau tahu keuntungannya telah digunakan untuk merobek dada-dada saudaramu?

Kau kata kau sayang Saudaramu, tapi mengapa kau sering katakan dirimu beruntung dan selesa duduk di negara yang aman ,tidak seperti di negara Palestin ? adakah kau tak terluka sama apabila saudaramu di palestin terluka?

Kau kata kau sayang saudaramu, tapi mengapa kau masih lagi membeli McDonald, Mark &Spencer, coca-cola dan lain2 walhal kau tahu duit kau akan ditukarkan menjadi peluru menembus daging-daging saudaramu.?


adakah kau tahu?
kau adalah penipu..



pelik...


kau kata kau seorang islam.. tapi mengapa kau menipu?





4 comments:

  1. nice work!
    puitis dan sensitif..teruskan menulis!

    ReplyDelete
  2. Salam Hanis.Ni blog Kak Jannah.nnt wat la artikel ttg pengembaraan Hanis d Syria.Salam Ukhwah

    ReplyDelete
  3. Salam. Belum terbina negara Islam 100% di Malaysia. Jikalaulah negara Islam 100% di Malaysia, saya tidak hendak membeli satupun barangan Yahudi dan Amerika!

    ReplyDelete
  4. insyaAllah ingin dikongsikan bersama rakan2 saudara2 yg laen ye.:) dalam skali setiap potong ayat diatas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...