Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Masihkah kita beragamakan islam sekiranya kita dilahirkan dikalangan orang bukan islam? kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita lemah dan tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup. Mari kita fikirkan, kebanyakan Muallaf lebih utuh pegangannya berbanding kita sendiri. Mengapa?. kerna mereka islam dengan mencari bukan melalui famili. Kenapa tidak kita juga mencari?. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
Ana seringkali merasa layu dalam hidup dan sering alpa.. Ana juga manusia biasa.. sering melakukan kemungkaran. oleh itu , blog ini sebagai sebuah cacatan ana dalam mencari tuhan agar ana kenali tujuan hidup ana. Marilah bersama ana mengembara mencari tuhan bersama. Moga-moga diri ini lebih tabah dalam usaha menjadi muslim yang sejati..
No comments:
Post a Comment