Sunday, July 24, 2011

Apakah bermakna aku dipilih islam? ( part 1 : kehidupan bermula)

" Kringggg..."
bunyi alarm yang kuat mengejutkan dari lena yang enak..
dengan mata masih mengantuk.. dilihatnya keluar jendela..
Mentari mula menyinar .. cantik..
dengan tubuh masih longlai.. badan, gigi segera dibersihkan..
kejap lagi perlu ke kerja..

hari berlaku seperti hari kebanyakan..

Malam mula berlabuh..
seperti biasa, pulang dari kerja..
fikiran dan fizikal mula mengadu ...letih..
Malam semakin tua..
Diri kembali bersarang dibawah selimut..
dalam kepekatan malam,
terlena mengumpul tenaga utk keesokannya..

Begitulah kehidupan kita seharian..
Rutin sama berulang-ulang..
Hidup kita tidak ubah seperti robot

Tetapi..

pernahkah kita berfikir tentang apakah ini hidup yang kita cari?..

setiap sesuatu pasti ada tujuan..
Apakah tujuan kita???
pasti ada sesuatu yang tertinggal dan terlupa dalam hidup kita..

berkenaan cara hidup atau "way of life"
ramai orang mengatakan islam adalah agama mereka..
apakah islam itu agama semata-mata.. ?
jika begitu, apakah yang dimaksudkan dengan agama?

Ketahuilah ..
sebelum ini.. masyarakat dunia tidak menggunakan istilah agama atau religion..
mereka dahulu menggunakan istilah Ad-Deen..

Ad-Deen bermaksud cara hidup..
istilah ad-deen diguna pakai sehinggalah pada suatu ketika ada pihak yang telah menukarnya kepada istilah religion atau agama

Agama atau religion dalam kamus oxford bererti

"The belief in and worship of a superhuman controlling power, esp. a personal God or gods."

Penyembahan dan kepercayaan pada suatu kuasa luar biasa yang mengawal ..

Ia tidak membawa maksud menjadikan ia sebagai cara hidup..

Inilah yang perlu difahamkan kita...

Islam bukanlah hanya sebuah agama..
Ia adalah Ad deen..
Ia adalah cara hidup..

Zaman Rasulullah SAW .. apabila sahabat diberitakan bahawa arak diharamkan Allah.. ramai para sahabat yang merupakan pengeluar dan pembuat arak yang besar tanpa banyak bertanya memecahkan sendiri tong2 arak mereka sehingga dikhabarkan bahawa bandar banjir dengan arak yang dipecahkan..

Dan ketika wanita mendapat perintah Allah agar menutup aurat .. muslimah2 terus memakai segera hijab sehingga ada yang menarik langsir utk menutup aurat mereka.

Ini membuktikan keteguhan iman mereka.. dan kesediaan mereka menerima Islam sebagai cara hidup..

secara kontras ..

Lihatlah hari ini.. di kelab2 malam pun ramai orang islam..
bila ditanya agama .. pastilah mereka menjawab islam..
pada kad pengenalan pula tersemat perkataan islam..

Tapi apakah Ad-deen mereka adalah islam.?

Astaghfirullah..

Jadi.. Hari ini saya ingin mengajak saudara-saudari mengembara kembali ke zaman-zaman dahulu kala..
zaman sebelum kita dilahirkan ke dunia..
zaman ketika kita menjadi saksi.. Allah itulah tuhan kita.

_____________________________________________________________________________



Maha suci Allah..

Manusia yang cukup hebat dan kompleks ciptaannya bermula dari sekecil-kecil sel..

sel itu adalah sperma dan ovum..

Hebat..

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki adalah sel paling kecil dalam badan manusia.
berbeza dengan ovum dari wanita yang merupakan sel paling besar dalam sistem badan manusia.

Terdapat lebih kurang 500 juta sperma sebelum proses persenyawaan berlaku..
tetapi hanya 1 sahaja yang berjaya bersatu dan bersenyawa dengan ovum..




Apabila berlaku persenyawaan.. maka gabungan sperma dan ovum ini akan membahagi dan menggandakan sel melalui proses mitosis. pada ketika ini.. ia dipanggil sebagai zigot..

zigot kemudian akan terus mitosis sehingga menjadi embryo@ embrio.. embrio inilah kemudian akan turun ke uterus dan akan melekat pada dinding uterus( endometrium) ..proses ini dikenali sebagai penempelan atau implantation..




minggu demi minggu.. embrio membesar dan berkembang..

minggu 1 hingga 3.. otak ,saraf tunjang, jantung dan usus mula terbentuk.
tetapi pembentukannya masih belum sempurna. embrio kelihatan sebagai seketul daging..

minggu 4-5. jantung mula berdegup .. tangan kaki mula kelihatan.. tulang belakang dan tulang-tulang lain mula tercipta dari tisu2..

minggu 6-8. ketika ini proses pembentukan muka dan mata bermula. organ2 penting mula terbentuk. pada akhir 8 minggu. embrio dikenali dengan istilah fetus..

Maha suci Allah menjadikan manusia dengan sistem yang kompleks dan hebat.

Proses pembentukan manusia ini telah lama disebut dalam quran lebih kurang 1400 tahun yang lalu... ketika Rasulullah SAW yang menyampaikan quran dikatakan gila..
ketika quran dianggap cerita dongeng..

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. kemudian kami ciptakan air benih (Arabic, nutfah) itu menjadi sebuku darah beku (Arabic: alakah). lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging(Arabic: mudgah), kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang ; kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu. kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta " - Surah Al-Mu'minuun surah 23 ayat 12-14

untuk memahami lebih jelas. kita mestilah tahu makna perkataan bahasa arab yang digunakan..
Didalam bahasa arab, satu perkataan boleh membawa banyak maksud..

Nutfah: setitik mani atau zigot.

Alakah: sesuatu yang melekat ; struktur seperti pacat ; darah beku.

Mudgah: seketul daging ; ketulan daging yang seperti manik; seperti gula-gula getah yg telah dikunyah dengan kesan gigi.

jadi jika diperhatikan sebagai contoh perkataan Alakah.. iaitu darah beku atau sesuatu yang melekat (cling).. didalam quran telah menulis proses didalam perut yang tidak nampak dengan mata kasar ini pada 1400 tahun lepas..

Apakah mungkin quran dicipta oleh manusia biasa sedangkan proses penempelan atau implantation ini mustahil dilihat tanpa menggunakan imaging device yang canggih.. tapi quran telah jauh lama menerangkan pada manusia proses penempelan ini .. maha suci Allah..

Dalam ayat diatas juga ada menulis bahawa
" kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang ; kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging"
ini bertepatan dengan penemuan sains perubatan hari ini..

tidak berapa lama dahulu para saintis dan pengamal perubatan menolak ayat quran diatas kerana berpendapat bahawa proses tulang berlaku terlebih dahulu barulah diikuti dengan daging (otot dan organ). tapi setelah terciptanya imaging device yang canggih. hari ini terbukti .. proses pembentukan daging berlaku terdahulu sebelum tulang. segala penjelasan dalam ayat diatas tidak langsung bercanggah dengan penemuan sains..



Selepas embrio cukup 8 minggu.. ia kemudian dikenali dengan istilah fetus. ketika proses perkembangan fetus , rupa dan struktur manusia mula kelihatan. ketika ini pernafasan, makanan,pembuangan najis fetus semuanya melalui umbilical cord ibu. fetus belum punyai organ yang lengkap utk memproses makanan dan udara sendiri.

Fetus kemudian diselubungi 3 lapisan anatomi.. lapisan inilah bertindak sebagai pelindung kepada fetus dari hentakan dan daya luar agar perkembangan fetus tidak terganggu
lapisan ini adalah .
1. Dinding perut ibu(mother's abdominal wall)
2. Dinding uterus ibu (uterine wall )
3. Persekitaran fetus iaitu uri (placenta), lapisan embryo ( embryonic membrane),dan air ketuban (amniotic fluid)

Selagi lagi.. Quran terlebih dahulu menerangkannya ..

Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu ( berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian . dalam tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian( kekuasaannya)ialah Allah tuhan kamu, bagiNyalah kekuasaan yang mutlak. tiada tuhan melainkan dia. oleh itu bagaimanakah kamu dapat dipesongkan( dari mematuhi perintahnya) -Az Zumar (surah 39 ayat ke-6)




Maha suci Allah..

ketika kehidupan didalam rahim (intrauterine life) inilah Allah meniupkan roh didalam bayi dalam kandungan dan ketika inilah manusia itu akan disoal oleh tuhannya .

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi"
-Al A'raf 172

jelas.. setiap orang yang lahir diatas muka bumi telah memilih untuk mengaku Allah lah tuhannya..
jadi persoalannya sekarang kita hidup dimuka bumi ini bukan untuk memilih siapa sebenarnya tuhan kita..
kerana kita telah memilihnya dan bersaksi ketika dalam kandungan lagi..
kita hidup didunia ini untuk memahami mengapa kita memilih Allah sebagai tuhan kita.


Selepas 37-42 minggu. maka genaplah segala organ dan tubuh seorang bayi.. lalu bayi dilahirkan didunia melalui rahim ibunya.. ketika dilahirkan bayi akan menangis.. kerana saat dia menangis itulah segala organ termasuk organ pernafasan diaktifkan. pada saat ini jugalah bayi sudah berupaya menggunakan organ pernafasan , perkumuhan , dan pemprosesan makanan sendiri.



Tidak lama kemudian , seorang lelaki akan melaungkan azan dekat dengan telinga bayi..

itulah "muzik" dan sajak pertama yang didengari sang bayi .. muzik dan sajak pujian kepada allah..

Begitulah permulaan kehidupan kita..
Allah menjadikan kita seindah ciptaan ..
Dengan lahirnya kita didunia, kita diamanahkan dengan satu tujuan..
Allah tidak menurunkan kita kedunia tanpa sebarang tujuan..
pasti ada sesuatu yang harus kita cari...
apa sebenarnya yang harus kita cari?

Insha Allah. saya akan menyambung kisah perjalanan dan asas kehidupan kita didalam entri yang akan datang..

Insha Allah..

:)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...