Saturday, February 13, 2010

"Bagaimana Aku ingin ketawa sedangkan..."

Dalam kesejukan malam itu..
Aku mendengar..
Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama
Salahuddin Al-Ayubbi
Merugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman,Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan islam..

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal sapa spiderman daripada kisah tokoh2 islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Sapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Sapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Sapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Sapa dia Muhammad Al-Fateh?
Sapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

Berapa kerat je umat zaman sekarang boleh menjawab? astagfirullah..
Keadaan berbeza apabila kita bertanya

Sapa dia Ultraman?
Sapa dia Batman?
Sapa dia Cicakman?
Sapa dia Spiderman?

lancar je jawapannya..
Benar bukan? .. hebatnya pengaruh Hedonisme dalam kehidupan.
astaghfirullah


Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan Anak kecil mendengar Cerita sang pelipur lara. bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Ini kisah benar2 berlaku..

Bila??

Suatu Masa Dulu.....





"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?"


kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?

Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah
.. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin....


Suatu ketika dulu
beliau pernah meminta air minum,
tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan
kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata,
"Aku hampir mati kehausan".
beliau kemudian meminum air
yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..



Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya
tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan
dua
kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi
merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara.
beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap
tenteranya dan memberikan arahan kepada
panglima-panglima tenteranya.

Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang
garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia
supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun
selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..


Asakan Tentera Islam teramat dashat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku


Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan
di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah
dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2.



" Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..




Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan





27 Safar, 589H
malam itu telah nampak tanda-tanda
berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja'afar , seorang yang wara' telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

"Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata"
(Al-Hasyr: 22)


Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

"Memang Benar"


Selepas mengucapkan kata2 itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak
meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham
ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkan
nya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup
untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian.
Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang
menterinya.





Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
"Sekarang aku datang semula ke sini."


ALangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu,

1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela islam ini sambil berkata

" Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!"


Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini..
Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat islam

Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?

astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku...

Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak2 muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..

Aku menggelengkan kepala...

Salahuddin Al-Ayubi?

mungkin tidak....



18 comments:

  1. Terus'kan menulis saudara cerita2 begini!

    Kita sering disogok oleh perkara2 tidak bermanfaat di akhir zaman.Moga sihat dan dimurahkan oleh-NYA!

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana komen saudara.. insyallah kalau ana diberkan kesihatan dan kelapangan, ana akan menulis lagi cerita2 yang mengajak kita berfikir dan mengingatkan tujuan hidup kita.. syukran ana ucapkan pada antum2 semua yang telah membaca dn menyokong ana.. Moga Allah sentiasa redha dalam perjuangan kita.. insyallah..

    ReplyDelete
  3. sayunya membaca cerita nih....tersentap dan tersedar di mana kedudukan diri ini...teruskan menulis...i.Allah saya akan mengikuti..=)

    ReplyDelete
  4. sy xbiasa dgn penulisan blog..terutamanya blog yg berkaitan dgn agama.. tetapi bila membaca penulisan saudara.. hakikatnya ALLAH swt masih memberikan ruang dan kesempatan terhadap sy untuk membacanya.

    ReplyDelete
  5. Semuanya datang dari Allah. tugas setiap muslim itu adalah menyampaikan ilmu dan saling mengingati.. saudari sendiri teruskan juga entri2 ketuhanan dlm blog saudari. bersama kita ingat mengingati. terima kasih atas komen saudari
    :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas peringatan yg disampaikan, semoga usaha ini berterusan :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum akhi.. izin dikongsi kisah ini.. akan saya letak kan link blog akhi sekali nanti..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. tahniah saudara :)
    sgt memberi inspirasi karya tulisan saudara.. dlm masa 1 jam, saya dah baca 5-6 tajuk.. terima kaseh...
    they are beautiful :) keep on.. Bismillahirahmanirahim...

    ReplyDelete
  9. assalamulaikum.. saudara ni nama jamal ker??

    ReplyDelete
  10. Waalaikum salam.. Nama ana bukanlah jamal :)) kepada sahabat2 yang ingin share.. dialu-alukan.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...