Saturday, November 27, 2010

Adakah Islam Beruntung Mendapat Melayu?

"Rilek ah , awat nak datang awal ni..? kata kita ni orang melayu. setengah jam lambat tu standard ah!"
Ahmad bergurau dengan aku..
ketika itu, aku sedang bersiap untuk berjumpa dengan seorang rakan.

terfikir aku sejenak kata-kata Ahmad.

Kadang-kadang aku rasakan bahawa seperti dah jadi budaya melayu tidak menepati masa..

sikap2 yang boleh merendahkan kualiti orang melayu sebeginilah harus dikikis habis-habisan dalam budaya orang melayu..

sikap ini boleh menjatuhkan melayu itu sendiri..




Apalah ada pada Melayu yang kita nak banggakan?

Jika kita lihat didada akhbar.

Melayulah paling banyak menghuni pusat serenti..

Melayulah paling banyak membuat gejala buruk berbanding kaum-kaum lain..


Melayu bersifat malas..

Kalau malas sahaja tidak mengapa tapi suka pulak menjatuhkan sesama melayu..

Kalau ada melayu yang rajin dan berjaya. pasti ada orang lain cuba jatuhkan..

kadang-kadang dihantarnya santau dan sebagainya untuk menjatuhkan melayu lain...





teringat pula suatu cerita

Seorang Mak cik pergi ke pasar ..

tiba-tiba makcik tu berasa hairan ada 2 tong yang berisi ketam.
satu tong ditutup dan dipasang jaring atasnya..

satu tong lagi dibiarkan terbuka tanpa penutup..

Makcik tu pun bertanya pada Apek yang jual ketam..

"Apek, Apa beza ini ketam? Kenapa you satu tutup tong satu lagi tak? "

Apek pon jawab..

"yang tutup tu , itu ketam cina... saya kena tutup sebab itu ketam kalau seekor dapat keluar tong, nanti dia ajar ketam lain dan tolong ketam lain keluar"

"tapi yang tong terbukak tu itu ketam melayu .. kalau sekor ketam cuba keluar ,ketam-ketam lain akan tarik dia balik, tak kasi dia keluar"


Sememangnya cina terbukti lagi rajin dari melayu...

tak perlulah dihuraikan tentang beza melayu dan cina dari segi pembelajaran , pembinaan ,perniagaan dan sebagainya..

setiap orang tahu hakikatnya..

melayu..

Apabila dipijak diinjak ..
terus berteriak..

tapi usaha untuk perhebatkan diri hanyalah sebuah mimpi..
Tak suka orang lain berjaya tapi malas bekerja..

kenapa jadi begini?

Kenapa melayu lemah ,malas, dan sebagainya?

Marilah kita menghayati konsep "ketamadunan"

dalam konsep ketamadunan, kekuatan dan kehebatan sesuatu bangsa terletak pada akar dan asas ketamadunan itu sendiri..

Kita ambil contoh tamadun china.. China memang sejak dulu terkenal dengan akar tamadun mereka.. Tamadun china dianggap antara tamadun terhebat didunia.
Lihat sahaja Dinasti Ming dan lain2.


Contoh lain, adalah tamadun mesir purba yang terkenal dengan binaan piramidnya..

Disebabkan kekuatan asas tamadun mereka, maka mereka jadi bangsa yang berkualiti dan hebat.

Bangsa cina bukan sahaja hebat berniaga di Malaysia malah diseluruh dunia..
sehinggakan ada berpendapat negara jepun tidak membenarkan orang cina berniaga dinegaranya untuk mengelakkan mereka menguasai ekonomi jepun.

Kita lihat pula tamadun melayu..

Asal-usul orang melayu sendiri pun masih lagi dikaji dan tidak dapat dipastikan lagi

banyak teori asal-usul orang melayu dikemukakan..

orang melayu asas dan akar tamadunnya tidak kuat

apa akar dan asas melayu yang nak kita banggakan?

Dondang sayang?
Ulit mayang?
Kuda kepang?

tidak ada satu benda yang kukuh untuk orang melayu

Jadi, tak ada lagi cara penyelesaian untuk kelemahan dan masaalah orang melayu melainkan orang melayu mengambil ketamadunan islam..

dengan cara ini sahaja orang melayu boleh kuat balik.
dengan cara ini sahaja orang melayu boleh hebat .
dengan islam sahaja masalah sosial dan lain-lain dapat dikurangkan


Kita imbau balik, dikala islam belum datang lagi pada kaum Arab.
Orang Arab berkelakuan zalim, jelik dan sama sekali tidak bertamadun..

Anak perempuan dibunuh,
Hamba diseksa,
Orang mengandung dibelah perutnya kerana pertaruhan..
lelaki suka berpoya-poya.
perniagaan semua berasaskan penipuan
kuat berhibur dan lain-lain

sampaikan zaman itu dipanggil sebagai Zaman jahiliyyah..
menunjukkan betapa tidak bertamadunnya mereka..

tetapi selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa agama islam ,
menyembah tuhan yang satu,.

orang arab terus berubah..
dahulunya taraf wanita amatlah rendah
tapi selepas kedatangan islam,wanita dimartabatkan.
sehingga antara pesan rasulullah SAW sebelum wafat adalah lindungi wanita..

banyak lagi perubahan pada orang arab disebabkan kedatangan islam..

Pada satu tahap, islam dapat menguasai 2/3 dunia..

Islam pernah terajui dalam bidang ilmu sehinggakan agama dan bangsa lain merasa mereka ketinggalan jauh..

lahirnya tokoh ilmuwan dan para pemikir yang amat hebat seperti ibn sina, ibnu batuta dan lain2..

Kehebatan ibnu sina (avicenna) contohnya boleh dilihat hingga ke hari ini..
Buku perubatan yang ditulisnya sekitar tahun 1020 iaitu Kitab Al-Shifa? ( book of healing) masih dijadikan rujukan hingga kehari ini..
para penulis buku lain perlu mengemaskini buku mereka dan mengeluarkan edisi terbaru agar boleh digunakan sesuai pada waktu tersebut,
tetapi berbeza dengan buku ibnu sina masih sesuai dirujuk walaupun selepas lebih kurang 990 tahun..

hebatnya tamadun islam. hingga pernah menguasai eropah di Andalusia ,sepanyol..

kehebatan tamadun islam terlalu banyak untuk diperkatakan

Oleh itu,

Seharusnya, kita berpegang pada akar tamadun islam kerana akar tamadun melayu itu sendiri tidak kukuh..

Zaman kegemilangan melaka juga bermula selepas kedatangan islam...

selepas kedatangan islam, Melaka bertambah kuat. Melaka menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal didunia.. kepulauan melayu dicemburui bangsa lain dan kerajaan melaka bertambah mantap.



tapi hari semakin hari.
melayu makin lemah...
pemimpin bertelagah..
anak muda banyak yang rosak.
Mungkin melayu makin lemah apabila islam semakin ditinggalkan..

Tidak ada cara lain..

jika kita hendak lihat melayu itu maju, hanya islam sahajalah jawapannya..

Ternyata, Melayu sebenarnya beruntung mendapat islam..

persoalannya, adakah islam beruntung mendapat melayu?



wallahualam..




Wednesday, November 3, 2010

Aku Hebat !

Orang tua itu melihat ke luar tingkap..
Memerhati mentari yang baru menunjukkan diri di awal hari..
garis2 ditepi mata sudah cukup memberikan gambaran kegelisahan dalam jiwanya..
Kerusi rodanya digerakkan..
kali ini benar-benar dia berada di tepi tingkap.
ingin dilihat dengan dekat pemandangan indah terbit mentari pagi barangkali.
dia memerhati tangannya..
urat-urat tua terbonjol jelas..
diusapnya perlahan-lahan ,
seolah-olah cuba menghilangkannya
seakan-akan menipu diri yang dimamah usia.
ditolehnya diruang tamu rumah..
satu-satunya cucunya yang masih kecil lena diulit bayu pagi..
dia sedikit tersenyum,

dalam kesyahduan pagi itu..
tiba-tiba.. terasa sebak..
air mata orang tua itu mengalir deras..
menyusuri garis-garis tua di pipi..

Kerusi roda bergerak lagi..
kali ini, pen dan kertas usang dicari..

Tangan yang berketaran digagahkan.
mencengkam, meluruskan pen..
terasa berat amat pen itu.
Sambil menghadap mentari lembut diawal pagi
setitik demi setitik dakwat pena singgah dikertas usang..
ada sesuatu yang sudah lama tersimpan..
ada sesuatu yang ingin disampaikan..

"Darahku
jikalau kau membaca surat ini..

ketahuilah ,aku dulu seorang yang muda..
aku punyai harta dan segalanya..
tapi esok lusa Malaikat Izrail mencabut rohku..
Apakah harta aku boleh menebus harga rohku?

Ketahuilah, aku dulu tampan bergaya..
Riak,Sombong, Wanita itu aku punya..
Tapi esok lusa akan tinggal aku kesorangan didalam tanah.
Apakah ulat dan kala jengking tidak akan meratah muka tampanku?

Ketahuilah, aku dulu banyak kawan2 dan pengikut..
Aku benci aku bantai, aku tak suka aku pukul..
Tapi esok lusa Malaikat datang menyeksa aku didalam kubur..
Apakah kawan dan pengikutku datang membantuku?

Ketahuilah, aku dulu seorang yang bijak..
Masyarakat semua aku pandang rendah. paling bijak adalah aku.
Tapi esok lusa Aku akan dihadapkan kehadapan Allah.
Apakah dengan kebijakan aku, aku dapat lari dari mahkamah Allah?

Aku seperti mu wahai darahku..
Aku pernah merasai muda..
Aku pernah merasai dunia.

AKu pernah berfikir dunia untuk bergembira..
Aku silap darahku..
Aku silap..

Mungkin kejap lagi ada tetamu datang menyentap rohku dari badan ...
ketika itu
Adakah harta aku berguna lagi?
Adakah Kawan-kawan aku datang menghalangnya nanti?

Aku kesorangan, wahai darahku..

waktu mudaku aku siakan dengan keseronokan duniawi..
Apa yang aku nak persembahkan pada Tuhanku, wahai darahku?

Mungkin dunia ini baru kau kenali..
percayalah, dunia ini kau rasa lama walhal ia amatlah sekejap...
Ingatlah pesanan aku..
Cukuplah kesilapan lampau ku..
Mungkin ketika kau baca baris ini, aku sedang kesorangan didalam kubur..
menangis meraung dibaluti kain putih..
menangis meraung meminta simpati

Ingatlah pesananku wahai darahku..
ingatlah pesanku.."



Tangan tua itu berketaran melipat kertas tersebut,
bibirnya dicebikkan, basah bermandian air mata keinsafan.
terbayangkan waktu mudanya..
dia meraung perlahan..
tidak tahan mengingatkan dosa lampau yang dilakukan.

Dengan cermat, dituliskan nama cucunya diatas surat itu,
diciumnya..dan diselitkan dicelah al-quran usang..

dia memandang kearah cucunya yang masih terlena..
perlahan lahan kerusi roda dikayuh ke arah cucunya..
matanya kuyu..basah dengan linangan air mata.
dikucup pipi cucunya..
entah mengapa tiba-tiba hatinya sebak..
makin deras airmatanya mengalir..
dalam sedikit serak, dia berbisik..
"Ko akan faham juga suatu hari nanti"

Tangan yang tua itu digagahkan..
menggerakkan perlahan kerusi roda..
kali ini kembali ke tingkap tadi..
terasa benar urat2 tangan makin lemah.

Air matanya dikesat.
Kini dia berada betul-betul dihadapan tingkap..

Dalam keseorangan diri..
Dia menikmati kesyahduan pagi..

entah mengapa
suasana pagi itu paling indah baginya
suasana pagi itu paling hening dalam hidupnya..

mungkin suasana pagi itu paling akhir baginya..

Pagi itu, lidah orang tua itu basah...
Menyebut dan memuji serta membesarkan illahi..
sambil tertunduk..
orang tua itu melelapkan mata..
sedikit demi sedikit.
bersedia menyambut kehadiran seorang tetamu mungkin
tetamu membawa dia pergi selamanya..
tetamu membawa hajat yang nyata..



Tuesday, November 2, 2010

Rahsia dan Hakikat Terbesar Kehidupan

Entri yang anda akan baca nanti akan mendedahkan rahsia terbesar dalam hidup anda.
Entri ini mungkin akan merubah cara anda berfikir dan menerima sesuatu benda. Juga, entri ini akan merubah pandangan anda terhadap dunia sekeliling dan akan mendedahkan siapakah 'diri' anda.
Anda disarankan agar membaca dengan baik dan teliti serta fahami betul-betul fakta-fakta dalam entri ini. Diingatkan bahawa entri ini BUKANLAH satu kepercayaan, falsafah kuno, inferens, pendapat orang,ataupun pendekatan berbeza.. tetapi. ia merupakan fakta yang benar dan telah dibuktikan dengan sains hari ini.



"Demi Matahari dan sinarnya dipagi hari

Demi bulan apabila ia mengelilingi

Demi siang apabila ia menampakkan dirinya

Demi malam apabila ia meliputi

Demi langit serta seluruh binaannya

Demi Bumi serta apa yang ada dihamparannya"



-surah Ash-Shams


Perhatikanlah sesuatu disekeliling anda ..
Alam sekeliling , pokok2 ,haiwan-haiwan. semuanya sebenarnya diciptakan.
tetapi persoalan yang timbul..

Siapakah yang menciptakan?

telah diterima bahawa hakikat konsep penciptaan yang menyatakan setiap sesuatu tidak dapat menciptakan diri sendiri.

contohnya, lalat tidak dapat membuat dirinya sendiri. pasti ada suatu kuasa yang menciptakan

tetapi.. persoalan yang lebih penting adalah.

"benarkah apa yang anda lihat disekeliling anda itu adalah objek yang wujud dan Real?"



Mari kita mengembara kedunia hakikat sebenar..
_______________________________________________________________



Segala maklumat dan benda yang kita terima adalah melalui 5 pancaindera kita..

Dunia yang kita kenal adalah berdasarkan

mata kita yang melihat sesuatu,
hidung kita yang menghidu
lidah yang merasa
tangan kita yang menyentuh
dan telinga kita yang mendengar.

Tetapi.. pernahkan kita terfikir. Dunia kita sebenarnya berbeza dengan apa pancaindera kita sampaikan?

Hari ini Penyelidikan dan Sains telah menemui satu pemahaman yang luar biasa dan menimbulkan keraguan pada panca indera kita.

Sains membuktikan bahwa Dunia yang kita lihat dan kita duduki ini sebenarnya hanyalah ransangan yang terbentuk dalam otak kita oleh isyarat elektrik ( eletrical impulse)

Seorang Saintis Frederic Vester pernah berkata

"Hari ini sains telah membuktikan kebenaran kenyataan yang dikeluarkan sebahagian saintis yang menyatakan bahawa manusia adalah sebuah imej,alam semesta hanyalah bayangan dan semua yang kita lalui adalah menipu dan bersifat sementara "

Ahli falsafah terkenal George Berkeley juga pernah berkata

" Kita percayai kewujudan objek hanya kerana kita lihat dan menyentuhnya. dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Walaubagaimanapun, persepsi kita hanyalah suatu idea dalam minda kita . dengan kata lain, objek yang kita lihat hanyalah sebuah persepsi atau idea didalam otak kita bereerti kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda2 ini wujud di dunia luar (luar minda ) kita."

untuk menjelaskan lagi. mari kita kaji bagaimana panca indera kita berfungsi,


Apabila kita melihat sesuatu objek, maka cahaya dari objek itu (photon) akan menembusi kanta mata dimana ia akan disongsangkan dan terus sampai ke retina. jadi, imej yang terbentuk di retina sebenarnya adalah dalam keadaan songsang (upside down)..



Jadi, cahaya /imej tadi akan ditukarkan kepada isyarat eletrik ( electrical impulse) dimana ia akan dihantar melalui neuron ke titik kecil di otak (serebrum ) yang dinamakan pusat penglihatan. disinilah isyarat dan imej songsang itu akan ditafsir dan dilihat otak sebagai mana penglihatan kita sekarang ini.



hakikatnya, yang sebenar-sebenarnya tempat berlakunya proses melihat adalah diotak.
yang melihat bukan lah mata..
yang melihat sebenar adalah otak.

mata hanyalah satu medium untuk melihat ,tidak ada beza fungsinya dengan contact lens dan cermin mata.

jika kita masih berpendapat mata yang melihat, kenapa kita tidak katakan bahawa sebenarnya contact lens atau cermin mata kita yang melakukan proses melihat. fungsi mereka adalah sama .ketiga-tiga mereka adalah medium dalam melihat.

situasi yang sama berlaku pada kesemua panca indera kita yang lain..

semua ransangan dan isyarat eletrik dari panca indera akan masing2 dihantar ke satu titik spesifik diotak.



bayangkan
anda diberi sebiji epal. anda menghidu, merasa dan menyentuh epal tersebut. sekiranya saraf yang menghubungkan panca indera dengan otak anda terputus..
apakah anda masih lagi dapat melihat epal itu berwarna merah.?
apakah anda dapat lagi menghidu bau epal tersebut?
apakah anda dapat lagi merasa kemanisan epal tersebut?

sudah tentunya tidak..

hakikat sebenar adalah. epal yang anda rasa manis dan merah itu hanyalah tidak lebih dari isyarat/impulse elektrik.

cuba bayangkan pula..

apabila saraf dari pancaindera seorang pemandu kereta disambungkan secara selari ke otak anda. bermakna saraf pemandu itu akan menghantar impulse/isyarat elektrik ke 2 otak. iaitu otak pemandu dan otak anda. jika pemandu itu tiba2 dirempuh lori . pastinya anda akan melihat,mendengar dan merasa seolah-olah anda juga dirempuh lori walaupun mungkin ketika itu anda berada dirumah dengan selesa. anda juga akan rasa kesakitan akibat pelanggaran itu kerana isyarat eletrik yang sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai sakit.

peristiwa seolah-olah benar2 berlaku atau real juga kita akan rasa sekiranya otak kita disambungkan kesuatu alat simulasi.. contohnya apabila alat simulasi itu menghantarkan isyarat elektrik keadaan kita sedang mandi didalam sungai, maka kita akan rasakan seolah2 kita merasai sejuknya air sungai, bunyi hutan dan indahnya alam ketika itu. walhal hakikatnya kita sebenarnya tidak berada di tempat tersebut



dengan kata lain. otaklah sebenarnya tempat berlaku semua perkara.
proses melihat menghidu merasa menyentuh dan mendengar berlaku diotak.
dan setiap otak berbeza cara tafsiran sesuatu maklumat.

Jika anda faham dengan fakta ini.. ada satu lagi persoalan yang timbul.

apakah yang kita rasai ketika makan sesuatu hidangan sama dengan rasa orang lain memakan makanan sama.

Lincoln Barnett menyatakan

" Tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna merah atau not c (muzik) seperti yang diterima aku"

Semua objek disekeliling kita adalah himpunan persepsi dalam otak kita..

ini bermakna. kita tidak berhadapan dengan benda asal atau real disekeliling kita (dunia luar) tetapi kita sebenarnya hidup dalam 'salinan' yang terbentuk didalam otak kita.


Bagi anda, realiti ialah sesuatu yang boleh disentuh dengan tangan dan dilihat dengan mata. Di dalam mimpi anda juga dapat "menyentuh dengan tangan anda dan melihat dengan mata anda", tetapi realitinya, anda tidak mempunyai tangan atau mata, tidak ada sesuatu pun yang boleh dilihat dan disentuh. Tidak ada realiti material yang membuatkan perkara-perkara ini berlaku kecuali otak. anda sebenarnya telah tertipu.

apabila anda membaca ayat ini , anda sebenarnya bukan berada didalam bilik seperti yang anda rasakan. tetapi sebenarnya bilik tersebut berada dalam anda. otak anda membuat persepi anda berada didalam bilik.

anda melihat badan anda, anda merasakan anda berada dalam badan anda.
ketahuilah, badan anda juga adalah persepsi dan imej terbentuk diotak anda.

Seorang pemikir , Berkeley pernah berkata

"Pada mulanya dipercayai warna,bau dan sebagainya adalah benar-benar wujud, tetapi kemudian pandangan ini ditolak dan didapati bahawa ia hanyalah wujud bergantung pada pancaindera kita."



Persoalan yang timbul...

Jika dunia yang kita lihat ini hanyalah persepsi didalam otak kita , jadi apa sebenarnya yang ada pada 'dunia luar' ?

sebenarnya kita tidak tahu.. memandangkan semua objek didalam 'dunia' kita hanyalah himpunan persepsi dan hanya wujud didalam minda kita .

seolah-olah, satu-satunya dunia yang betul2 wujud adalah dunia persepi.

pasti juga persoalan yang akan timbul adalah

jika semuanya adalah persepsi, bagaimana pula dengan otak yang merupakan juga salah satu anggota badan ?

Jawapannya, ia juga adalah sebuah persepsi seperti objek2 lain.

ini dapat diterangkan dengan mimpi.. didalam mimpi kita mempunyai anggota badan khayalan. seperti tangan khayalan dan otak khayalan.. jika didalam mimpi ada orang bertanya, anda berfikir menggunakan apa? anda menjawab.. menggunakan otak anda..
hakikatnya, tiada otak yang real untuk diperkatakan . hanyalah otak khayalan dalam mimpi anda. memang agak sukar difahami. cuba ambil masa dan fikirkan baik2..


jadi. jika otak itu sendiri adalah persepi.. siapa yang menerima, melihat dan merasa semua ini.?

Apabila otak dianalsis , ternyata tiada apa2 didalamnya melainkan molekul lipid(lemak) dan protein serta terdapat neuron2 didalamnya. ini bermakna tiada molekul khas untuk melihat imej, mentafsir bunyi, dan sebagainya.


menurut R.L Gregory , sebuah gambar yang diproses didalam otak memerlukan 'mata dalaman' untuk melihatnya . tetapi otak memerlukan 'mata dalaman' lain utk melihat gambarnya.

permasalahannya..

milik siapa 'mata dalaman'?
siapakah 'penerima' sebenar semua ini?

jika bukan otak yang 'menerima' atau menjadi 'mata dalaman' , adakah atom2 yang melihat imej2 ini?

tidak. kerana atom buta ,tuli dan mati.

Jelaslah, penerima ,mata dalaman, dan kewujudan ini melampaui kewujudan kebendaan.
kewujudan ini 'hidup' dan ia bukanlah imej dan persepsi.


sebenarnya , kewujudan ini adalah 'Roh'

sekarang kita dapat membuat kesimpulan,

semua yang kita lihat di'dunia' ini hanyalah persepsi2 yang dilihat oleh roh.

tetapi siapa yang menciptakan persepsi ini?

Hukum penciptaan membuktikan benda tidak punyai self-governing existence (kawalan kewujudan sendiri) oleh dirinya sendiri.

persepsi2 ini pastinya diciptakan oleh kuasa lain. tidak mungkin ilham persepi ini dari pandangan roh sendiri.

pasti ada sesuatu yang membuatkan roh kita melihat persepsi2 seperti bintang2 ,tumbuhan2 dan lain..

Inilah bukti kewujudan Maha pencipta Allah yang tidak dapat disangkal para saintis.

Ini bererti hanya Allah lah yang berada didunia luar dan hanya allah lah satu-satunya yang wujud


Jadi, jika anda berjaya faham setakat ini.. pasti anda faham maksud ayat "Allah berada dimana-mana" ..

”Dan kepunyaan Allah lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap maka disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha luas (rahmatNya) lagi Maha mengetahui”. (al-Baqarah: 115)


anda juga akan fahami dimana sebenarnya Allah dan dimana neraka dan syurga terletak.
bertentangan dengan tanggapan salah masyarakat yang mengatakan Allah tinggal di'langit' dan ada yang beranggapan Allah disebalik planet2..

itulah kenapa manusia tidak dapat atau mustahil untuk melihat Allah di bumi .
tetapi allah dapat melihat kita malah mengetahui setiap gerakan kita..
firman allah

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. (Surah Al-Anaam:103)



Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini dan bukanlah diri kita sendiri, tetapi Allah. Rahsia ayat berikutnya di dalam al-Quran menerangkan realiti ini

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Surah Qaff:16)


Sesiapa yang berjaya memahami perkara ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki (Wahdatul-Wujud).



Diharapkan dengan entri ini, kita dapat mengenal lebih baik siapa diri kita dan kita lebih mengenal pencipta kita dan tujuan hidup kita..

Oleh itu...

apakah yang kita kejar sebenarnya dalam dunia?..

sains sendiri membuktikan dunia ini adalah penipuan semata-mata..
ia hanyalah persepsi yang seakan-akan 'real' walhal tidak lain tidak bukan hanyalah ilusi yang menipu..

cuba kita renungkan sejenak semua ini...

cuba kita lihat sekeliling kita.. semuanya adalah persepsi..

jadi.. apa lagi yang kita kejar didunia..


semua harta benda itu tidak wujud.. pancaindera menipu kita.

harta, wanita dan pangkat semuanya hanyalah sebuah persepsi dan sebenarnya tidak wujud..

marilah kita kembali kepada persoalan kenapa kita hidup...

marilah kita mengingati tujuan allah ciptakan kita

dan jika ketika kita sibuk dengan urusan keduniaan..

tanyalah balik pada diri..

" Apa lagi yang engkau cari ?"



Tuesday, October 5, 2010

McDonald oh McDonald

Hari itu, Manaf sedang berjalan seorang diri disalah sebuah pusat membeli belah terkemuka di Malaysia.

Niat dihatinya ingin mencari barang-barang perhiasan untuk diletakkan didalam bilik persendiriannya dengan harapan agar biliknya bertambah lawa dan bertambah selesa orang yang memasukinya..

langkah demi langkah dibuka ,mencelah lautan orang ramai..

Manaf memusingkan kepala mencari dimana letaknya kedai perhiasan diantara berpuluh lot kedai disitu..

tiba-tiba , ada sesuatu telah menarik perhatian Manaf.

seorang lelaki didalam sebuah kedai makanan segera "McDonald"

lelaki tersebut memakai baju pekerja McDonald cuma berbeza warna dengan pekerja lain.

Manaf mendekati lelaki tersebut..

" Assalamualaikum, saudara ini Luqman ye? " sapaan Manaf.


"Waalaikumsalam.. ehhh.. Manaf.. lama tak jumpa "



senyuman dan gelak ketawa saling bertukaran .
maklumlah kawan sekolah yang lama tidak berhubungan..
Luqman menceritakan bahawa dirinya kini adalah pengurus McDonald disitu.

" Meh la aku blanja ko makan McD, sambil kita bersembang-sembang"
ucap Luqman



"Terima kasih, Man. tapi aku dah tak makan la McD ni "


" Lorh. Ko pun nak boikot ke? "


Manaf mendiamkan diri..
dirinya berasa bersalah
ini adalah soal
antara sebuah persahabatan atau sebuah prinsip..

luqman pun memberikan hujah utk menyakinkan kawannya agar tidak lagi memboikot McDonald.

"Macam ni ,Manaf. cuba ko fikirkan ye.. kita tak boleh nak boikot barangan yahudi mcm McDonald ni . memanglah aku tahu yahudi sebabnya kanak2 palestin semua hilang ibu bapa . yahudilah membunuh saudara kita..
tapi McDonald telah banyak memberi peluang pekerjaan kat Malaysia ni. cuba ko bayangkan kalau semua orang kat Malaysia boikot barangan yahudi.. macam mana pula nasib pekerja2 islam di McDonald seluruh Malaysia yang beribu-ribu.. Mesti dorang tak dapat kerja .. Nanti apa dorang nak makan? "


Manaf berdiam diri...
perlahan-lahan kepalanya diangkat lantas dibisikkan perlahan ketelinga Luqman..

" Lebih baik pekerja McDonald kita tak dapat makan daripada anak2 dan saudara palestin kita makan peluru "


Luqman terkaku..
memikirkan kebenaran bisikan manaf tadi.

dengan senyuman , manaf meminta diri.. memberi masa untuk sahabat sekolahnya itu berfikir..
baginya , yang paling utama sekali adalah menegakkan akidah dan beristiqamah dengan kebenaran..

bukan seperti kebanyakan umat,
kuat berteriak dan memboikot ketika negara palestin hebat diserang..
tapi hari berganti hari..

semangat dan istiqamah yang dilaungkan itu

hanya layak duduk dalam bakul sampah!..

Monday, October 4, 2010

Bayangkan....

Bayangkan..

Anda telah berusaha berpenat lelah bekerja berbulan-bulan..

dan kini anda ingin bercuti di sebuah pulau untuk berehat dan menjauhkan diri dari masalah dan kerja.

anda punyai 2 minggu untuk bercuti..
anda memandu selama 8 jam untuk ke jeti kemudian menaiki bot selama 1 jam untuk kepulau tersebut

Setibanya di pulau , anda rasa amat teruja..
kehangatan matahari menceriakan suasana,
angin pantai sepoi-sepoi bahasa,
Air laut yang kebiru-biruan seolah-olah menghilangkan terus penat lelah anda bekerja selama ini..

dari dalam bot, anda melihat kedalam jernih air, seekor ibu penyu bersama anaknya berenang bebas ..
comel..
mengajar anaknya tentang kehidupan dilaut mungkin,.

anda lihat, pokok kelapa melambai-lambai.
pasir pantai begitu halus dan putih.
nun jauh pemandangan ditengah laut ada sebuah lagi pulau kecil..

indahnya pemandangan,.

anda teringin merasai kesejukan air tersebut,

anda mencecah kaki dalam air, sedikit-sedikit..

subhanallah .. sejuknya.

Tenangnya rasa dijiwa..

Tiba-tiba anda terdengar suara orang memanggil.

" Mamat , mamat banguh weh.. ko dah lewat ni "

Anda merasakan suara itu adalah mainan perasaan anda.
mungkin terbawa-bawa hal kerja kot- fikiran anda..

anda cuba perhatikan sekeliling,

dah tiada pantai
dah tiada kebiruan laut,
tiada lagi bot.

anda merasa keliru
anda cuba memahami dimana anda .

terdapat perbezaan waktu yang anda sendiri tidak fahami.

anda pun membuka mata.

anda melihat sekeliling.
oh. anda sebenarnya berada dirumah ..
tadi sebenarnya mimpi..

anda melihat jam ditangan.

" Ya Allah, baru 1 jam je aku tido "

anda terkejut..

"aku memandu selama 8 jam dan aku naik bot 1 jam.. dan masa yang diambil ketika aku bersiar-siar dipantai.. semua ini berlaku dalam satu jam.? "

" aku rasa tadi kelembutan bayu laut dan aku rasa tadi kehangatan mentari di pulau walaupun sebenarnya aku berada dalam bilik tidur ber-air cond.. "

"kesejukan air pantai tadi pon seolah-olah aku rasa dengan Real..
kenapa semua ini terasa real?"


Inilah sebenarnya konsep kehidupan kita..
sebenarnya mimpi tadi adalah bayangan kehidupan kita didunia..

apa yang berlaku didalam mimpi itu semuanya terasa real walhal mimpi itu bukanlah kehidupan real kita..

samalah seperti kehidupan didunia kita ini..

semuanya tidak real..
cubalah kita melihat sekeliling kita,
pokok, tingkap, komputer, awan..
ini semua tidak real..
semuanya Allah cipta sementara.
semua tidak abadi


tapi kita diberi deria untuk merasai semua didalam dunia ini adalah benar dan real..
dan sebab itu kita lupa bahawa kehidupan sebenar dan real kita adalah diakhirat kelak..

"Perhatikan,segala sesuatu selain Allah adalah palsu belaka". (Hikam)

Ramai diantara kita, berusaha dan bersengkang mata untuk mendapat segala-galanya nikmat dunia dan melupakan kehidupan akhirat.

mereka lah orang yang sudah terkeliru dengan dunia..
mereka sudah lupa yang dunia sebenar kita adalah di akhirat kelak..
Kehidupan di dunia sekarang tidak lain tidak bukan adalah seperti mimpi tadi.

satu hari nanti,
pasti kita juga akan dikejutkan dari "mimpi" kita..
kita akan dikejutkan dari kehidupan dunia..

ketika itulah, baru kita nak tersedar bahawa kehidupan didunia hanyalah satu illusi dan permainan sahaja..

ketika itulah , baru kita terasa bahawa kehidupan dunia kita yang 60-70 tahun sebenarnya hanyalah sekadar beberapa saat sahaja..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan”.

itulah sebenar konsep kehidupan kita..

Ramai yang tertipu dengan kehidupan dunia yang seolah-olah real ini..

Refkleksi diri kita..

adakah kita juga tergolong dari kalangan mereka..

berapa kerapkah kita mementingkan urusan dunia berbanding urusan akhirat..

ingatlah kawanku,
ingatlah saudaraku..

kita juga akan dikejutkan dari kehidupan dunia ini..

Mungkin esok , mungkin lusa..

Mungkin juga kejap lagi..

Bertaubatlah kita dan beramal lah kita.. moga kita tidak menyesal ketika sudah "terjaga " kelak

Sunday, September 5, 2010

Pesanan Seorang Juara Tinju Dunia

Peristiwa ini berlaku semasa anak-anak perempuan Muhammad Ali (bekas juara tinju) tiba dirumahnya memakai baju yang moden dan terdedah.

berikut adalah suatu kisah yang diceritakan oleh salah seorang anak perempuan Muhammad Ali sendiri.

Ayah melihat kami dengan gembira sekali, kemudian ayah mengangkat aku duduk ke pangkuan dia dan berkata sesuatu tak akan dapat aku lupakan sepanjang hidupku.

Dia pandang tepat kearah mataku dan berkata

" Hana, Semua benda yang tuhan jadikan didunia ini dilindungi dan susah diperolehi,

Bagaimana berlian dijumpai? jauh dibawah didalam tanah, dilindungi dan diselaputi..

Bagaimana Mutiara dijumpai? Jauh dibawah didasar laut ,ditutupi dan dilindungi didalam kulit cangkerang yang cantik.

Bagaimana Emas dijumpai ? jauh dibawah lombong, dilindungi dengan satu lapisan demi satu lapisan batu yang keras.

kita kena berkerja keras untuk memperolehnya."



Kemudian,
dengan mata serius, ayah melihat aku lantas berkata


"Badan kamu amatlah suci, kamu jauh lebih berharga dan bernilai daripada berlian dan mutiara . oleh itu, kamu mesti juga dilindungi dan ditutupi."



Sumber : Diambil dan diterjemah dari buku 'More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.' ,karangan Hana Ali









Monday, August 30, 2010

Apabila taraf wang kertas sama dengan tisu pengelap

"Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan "



inilah orang islam yang sepatutnya menjadi 'Hero' kepada dunia islam..

Bagi peminat bola sepak terutamanya English Premier League, Sheikh Mansour bukanlah nama yang asing..

Sejak pembelian dia keatas Manchester City Football Club yang menelan belanja sebanyak £210million (RM 840juta) , nama jutawan taiko minyak terkenal Abrahamovic(pemilik chelsea FC) yang sering disebut-sebut dahulu dalam arena bolasepak, terus tenggelam.

Dengan kekayaan individu sebanyak £15 bilion (RM78b),
Mansour memperuntukan sebanyak £540million (RM 2.2 bilion) untuk perpindahan pemain. Dengan jumlah peruntukan sebegini , menjadikan pembelanjaan Abrahamovic seolah-seolah hanya seperti pembelian makanan ayam.






Sheikh Mansour yang mempunyai kekayaan famili $1 trillion (RM 3.2 trillion) adalah seorang ahli politik UAE, ahli keluarga pemerintah Abu Dhabi dan juga mempunyai talian yang rapat dengan presiden UAE. DIa juga adalah pengerusi kepada First Gulf Bank dan International Petroleum Investment Company.

Dia telah membeli saham ferrari berharga £19 million dan punyai Chryler Building bernilai USD 800million.



Begitulah kayanya Sheikh Mansour ..


Mari kita tengok ..
Contoh lagi dekat..

orang islam melayu.

Sultan Hasanal Bolkiah





Sultan Hasanal Bolkiah adalah pemerintah beraja terkaya didunia , Brunei Darul Salam.

sejak kecil, baginda sudah makan dan minum menggunakan sudu garfu emas tulen, pakaian baginda juga disaluti emas.

Istana baginda yang bernilai USD350j terdiri daripada 1788 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi di saluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk mempamerkan 110 buah keratanya.













Baginda memiliki koleksi 7,000 kereta mewah dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion termasuk kapalterbang yang berlapis emas). Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Banyak barangan sekitar kehidupan baginda adalah barangan emas. Kereta dari emas,
almari emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi makan emas , malah tandas baginda juga adalah emas..







Subhanallah, kayanya sultan brunei..

tak salah nak mengumpul kekayaan..

bukanlah tujuan artikel ini ditulis untuk mengutuk dan mencerca sesiapa.

malah bukan sifat Rasulullah SAW untuk mengutuk orang .
tak kira kaya atau miskin..

Mungkin Sultan Hasanal Bolkiah dan Sheikh Mansour banyak mendermakan hartanya kejalan allah secara ikhlas dan tiada publisiti. kita tidak tahu. Berbaik sangkalah. Berhusnuzonlah..
tak perlu kita menuduh kedekut dan sebagainya..

Cuma, marilah kita renungkan..

Setiap tahun pasti ada tabung Aman Palestin..
fikirkan betapa susahnya Masyarakat kita mengumpul duit, buat jualan untuk palestin,
penceramah datang keseluruh tempat malah ada yang ke luar negara untuk membantu palestin, tak kurang juga golongan yang miskin yang sanggup berlapar hanya untuk menyumbang sekupang dua untuk tabung palestin,
walaupun sudah mencecah jutaan ringgit..

Cuba kita bandingkan dengan kekayaan individu diatas?

Mungkin penat lelah berbulan malah bertahun masyarakat muslim kita mengumpul duit untuk palestin hanya bersamaan dengan nilai 1 sportcar daripada 7000 sportcar peribadi Sultan Hasanal Bolkiah.

Kalaulah nilai pembelian Manchester City atau Emas &Sportcar2 serta kapal terbang itu diwakafkan ke faqir miskin di negara islam lain.. pasti ramai umat islam dapat keluar dari golongan faqir miskin ini.

Harta bertimbun kadang kala menjadikan seseorang itu angkuh dan riak..
malah seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata kerana harta..


Pernah seorang pemuda bertanya pada Saidina Ali..

" Wahai Ali, manakah lebih berguna , ilmu atau harta? "


Lantas Ali menjawab.
"Sudah tentulah Ilmu itu lebih baik"


berkata pemuda itu lagi
"atas dalil apakah kau katakan begitu wahai Ali? "

jawab Ali.
"ketahuilah, sebenarnya ilmu itulah yang akan menjaga kamu. tetapi harta itu pula kamu yang menjaganya"

___________________________________________________________________

Mungkin benar , dunia islam itu tersangatlah kaya,

lihatlah, pengeluar2 minyak utama seluruh dunia. hampir semuanya negara islam.

Ramai golongan islam yang kaya.
tapi permasaalahannya kekayaannya diguna dan dikitarkan dikalangan orang kaya sahaja.
kitaran wang hanya berlaku pada golongan tertentu..

tidak mengalir ke golongan fakir miskin..
Sedangkan Allah SWT berfirman

“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”. Surah Al-Hasyr (59) : 7

walau apapun..

Kekayaan sebenar bukan pada emas dan wang..
kekayaan sebenar bukan pada aset dan harta.

kekayaan jiwa dan iman itu lah yang akan menjadi wang bekalan ketika kita keseorangan bertemankan kain kapan dan serangga dalam tiang lahad nanti.

kekayaan jiwa dan iman itu lah yang akan menjadi modal untuk kita membeli tiket ke syurga Allah SWT kelak..

oleh itu , tidaklah perlu kita mendabik dada, riak dengan harta dunia kita.

ingatlah..
sekaya manapun kita,
sepandai manapun kita,
secantik manapun kita,
sekacak manapun kita,

tanyalah diri kita sendiri..

Mana milik kita?

Mana kepunyaan Mutlak kita?

lihatlah harta sekeliling kita..
lihatlah anggota badan kita..

tanya balik diri kita?

Mana milik kita?
Mana milik kita?

carilah dalam almari kita..
carilah dalam stor kita..

cubalah cari mana milik kita..

tengoklah wang dalam wallet yang kita kedekut sangat nak sedekah..
tengoklah rumah kita yang kita banggakan dan riakkan..

adakah semua ini milik kita??

Mana milik kita?

Tidak ada milik kita..

Semua yang ada...

Allah yang punya....

Friday, August 27, 2010

Kisah Iblis Hairan Dengan 2 Perangai Manusia


Pernah diriwayatkan dalam sebuah kitab..

Suatu Hari Rasulullah SAW bertanya pada Iblis.

"Wahai Iblis, apakah ikhtiar mu kepada umatku kerna aku telah diutuskan untuk menyelamatkan semua bani Adam dari Kekafiran kepada beriman pada Allah SWT."



Lalu...
Iblis lantas mengangkat kepalanya kehadrat allah..
seraya berkata..

" Ya Allah, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik semua anak-anak Adam melakukan kerja2 maksiat selagi mereka itu masih bernafas dan aku akan mencampurkan lelaki dan perempuan bergaul dengan bebasnya agar aku senang mencelah didalamnya"

Kemudian turun firman Allah bermaksud.

>" Demi kebesaranKu dan KetinggianKu. Aku akan sentiasa sedia mengampunkan dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun dariKu"



kemudian Rasulullah SAW bertanya pada iblis.

"apa lagi yang kau musykilkan?"


Iblis menjawab..

" Ya Rasulullah SAW, aku sangat hairan .. aku sangat hairan dengan perangai umatmu dalam dua hal

1. Mereka Mengaku mencintai Allah SWT, tp mereka itu taat kepada ku dengan melakukan maksiat

2. Mereka Sangat Marah kepadaku tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."




Allah lantas berfirman


"Demi kemuliaanKu dan KebesaranKu , sesungguhnya Aku anugerahi umat Muhammad 2 kebahagiaan :-

1. Kasih dan cinta mereka kepadaKu, adalah penebus dosa bagi maksiat yang mereka telah lakukan kerana perdayaan kau (iblis)

2. Marah mereka itu kepada kau (iblis) adalah penebus dosa bagi maksiat yang mereka lakukan kepadaku "


Iblis Laknat tercengang...
mendengarkan betapa Allah sayangkan Umat Muhammad SAW..

____________________________________________________________________________________

Sudah lumrah manusia sering Alpa dan sering Lalai dalam kehidupan seharian..

Sering bertaubat dan berjanji tidak akan mengulang dosa lagi..

tp sering juga kita memungkirinya..

Inilah hakikatnya manusia..

Tidaklah seseorang itu dipanggil manusia jika tiada nafsu dalam dirinya..

persoalannya, sehebat mana kita dapat mengawal segala nafsu yang membelenggu..

Selaku manusia

Memang kita kadang-kala terlanjur membuat dosa...

dan merasa sedih dan hampa dengan dosa tersebut..

tapi, janganlah sesekali kita menjauhi Allah kerna dosa yang kita lakukan..

Berbaliklah..

Carilah jalan yang sebenar..

Jalan yang diredhai..


Kerna setiap dosa yang dilakukan akan meninggalkan salah satu kesan pada diri..

sama ada ia menyedarkan kesilapan dan mendekatkan diri pada Allah...

atau..

Ia menjauhkan diri dan menyimpang dari Allah...

Terpulanglah pada kita menentukan..



Ingatlah,

ketika bahu kita terasa berat dengan maksiat yang dilakukan..

ketika kening kita berkerut kerana agama ditinggalkan.

ketika hati kosong kerana sudah kering dan kersang dari iman..

Melututlah kembali..

Bersujudlah kembali..

Allah masih menunggu hambanya kembali...

kasihnya Allah pada hambanya..

sayangnya Allah pada kita..

itulah Allah..

Tuhan yang sering kita lupakan...












Tuesday, August 17, 2010

Kau penipu

Kau kata kau sayang Allah, tapi kenapa kau lengah-lengahkan suruhan Allah sedangkan kau tidak lengahkan walau sesaat suruhan kekasihmu ?

Kau kata kau sayang Allah , tapi mengapa surat cinta Allah (al-Quran) jarang kau baca?, tidak seperti surat cinta kekasihmu, kau cium dan kau bawa surat itu kemana sahaja.

Kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa kau tak pernah ingat Allah dalam pergaulanmu dan pekerjaanmu? kau hanya ingat Allah ketika kau susah. Mana Allah ketika kau senang ?

kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa mulutmu asik2 mengalunkan lagu-lagu rock dan sebagainya, jarang pula mulutmu mengalunkan zikir membesarkan Allah.?

Kau kata kau sayang Allah, tapi mengapa kau boleh tahan menghadap komputer berjam-jam walhal menghadap Allah yang cuma beberapa minit pun kau malas. ?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa kau jadikan artis dan jutawan sebagai panduan dan idola kau?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa mulutmu terdiam, terpasung kaki dan tanganmu apabila Rasulullah SAW dihina didada Akhbar? Mana ikhtiarmu untuk membantah ?

Kau kata kau sayang Rasulullah SAW, tapi mengapa kau tak pernah turuti malah kau tidak tahu langsung wasiat terakhir Rasulullah SAW yang baginda pesan sebagai tanda kasih sayang bagi kau?

Kau kata kau sayang Saudaramu , tapi mengapa kau enggan memboikot barangan yahudi yang kau tahu keuntungannya telah digunakan untuk merobek dada-dada saudaramu?

Kau kata kau sayang Saudaramu, tapi mengapa kau sering katakan dirimu beruntung dan selesa duduk di negara yang aman ,tidak seperti di negara Palestin ? adakah kau tak terluka sama apabila saudaramu di palestin terluka?

Kau kata kau sayang saudaramu, tapi mengapa kau masih lagi membeli McDonald, Mark &Spencer, coca-cola dan lain2 walhal kau tahu duit kau akan ditukarkan menjadi peluru menembus daging-daging saudaramu.?


adakah kau tahu?
kau adalah penipu..



pelik...


kau kata kau seorang islam.. tapi mengapa kau menipu?





Monday, August 16, 2010

Satu-satunya Sunnah yg lelaki ikut adalah poligami?


"Alah.. Satu-satunya Sunnah Rasulullah SAW yang lelaki kat Malaysia ikut adalah Poligami !"

itulah kenyataan seorang Muslimah dengan nada bergurau apabila aku bercerita tentang sunnah Rasulullah SAW..

aku terdiam.
tergamam

"Masha Allah. kau dah insult Rasulullah SAW ni "
kata aku perlahan..

"Pebendanya Insult? Mana ada Insult? Mana ada Hina Rasulullah ! tu sebenarnya nak mengata orang lelaki kat mlysia. bukan nak hina rasulullah SAW. "

"Aah.. aku tak rasa ini insult rasulullah.. " sampuk sorang lagi muslimah menafikan tuduhan itu berbaur penghinaan..

Aku dalam hati sedikit sedih

Jawapan oleh 2 orang muslimah tadi macam pernah aku dengar sebelum ni..

Oh ye..

ketika suatu masa dulu..
ketika Gambar Karikatur menghina Rasulullah SAW ditayangkan di akhbar sebuah negara..
Akhbar tersebut enggan meminta maaf dan mengatakan itu adalah Hak kebebasan Bersuara. mereka tidak pandang perkara itu sebagai menghina junjungan besar kita. Nabi Muhammad SAW.

Didalam statement
"Satu-satunya Sunnah Rasulullah SAW yang lelaki kat Malaysia ikut adalah Poligami !"

memang benar .. ia sebenarnya bertujuan mengutuk atau menegur lelaki di Malaysia..

Tapi .. Poligami dalam ayat itu menggambarkan seolah-olah ianya perbuatan negatif atau tidak baik ( jahat).

Dalam kata yang lain.. Rasulullah SAW membuat perkara yang negatif atau buat perkara yang tidak baik ..

Adakah Rasulullah SAW pernah berbuat dosa dan berbuat jahat?
Apakah kita tidak tahu bahawa Rasulullah SAW itu Maksum ( tidak ada dosa) ?

Jadi kenapa kita mahu menggambarkan rasulullah SAW itu sebagai seorang yang membuat perkara negatif.

Berbalik pada soalan Agama, kalau diikutkan. Poligami itu sendiri adalah positif dari banyak aspek.
Sesungguhnya segala perbuatan Rasulullah SAW sendiri pasti ada kebaikan kerana Rasulullah adalah sebaik-baik manusia dan baginda adalah utusan Allah.

Membantah dan tidak setuju dengan suatu sunnah atau perbuatan Rasulullah SAW bermaksud kita membantah dan tidak setuju dengan Rasulullah itu sendiri..

Ketahuilah.. Diakhirat kelak. Akan berduyun-duyun kaum nabi lain yang menangis kerana mereka tidak mendapat syafaat seperti mana umat Rasulullah SAW mendapat syafaat dari Rasulullah SAW sendiri..

Apakah kita sanggup melawak dan bergurau sehingga berbaur penghinaan kepada orang yang akan memberi kita syafaat pada kita kelak?

Mungkin ada yang masih merasakan kenyataan itu bukan suatu penghinaan kepada Rasulullah..

Baiklah..

cuba kita bertanya pada orang

" Satu-satunya perangai ayah kau yang kau ikut adalah poligami "

adakah statement ini ada berbaur-baur penghinaan pada 'ayah' tersebut ?

fikir-fikirkan..


Wallahualam

Sunday, August 15, 2010

KeAjaiban dan Bani Israil

Refleksi cermin pemantul peribadi diri.

Seringkah kita melihat gambar2 diinternet yang menunjukkan kekuasaan Allah..






pokok yang terdapat kalimah tauhid padanya...

Ikan yang punyai kalimah Allah disisiknya..

Awan yang ada mengeja nama Allah..

Bulu binatang yang ada kalimah tauhid..

Gambar-gambar dan video-video seperti ini memang tersebar luas tak kiralah di Masjid , Di internet , Di majalah..

Masing-masing cuba menunjukkan keajaiban Allah..

Pada masa itu, ramailah rakan-rakan dan saudara2 umat islam semua terpegun dan ramai juga tergamam memuji kebesaran Allah SWT.

Ramailah juga berasa bertambah iman mereka ketika itu.

Memanglah tidak salah jika gambar itu dipertontonkan untuk menunjukkan kekuasaan allah.

Tapi ingatlah.......

Ingatlah sejarah para Anbia.

Pelajarilah dari Tauladan..


"Wahai Musa, kami amat dahaga. berilah kami air. "

lantas Musa menggunakan tongkatnya dan dipukulnya satu batu.. maka mengalirlah air dari batu itu..
Kaum yahudi lantas terpegun dengan keajaiban dan menyatakan dirinya percaya dengan allah kerana peristiwa tadi.
Maka mereka pun minum air yang keluar dari batu itu..


"Wahai Isa putra Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?
Nabi Isa terkejut mendengar permintaan mereka dan mengingatkan agar mereka bertakwa pada Allah. Mereka menjawab bahwa mereka menginginkan hidangan itu untuk menambah keyakinan mereka bahwa apa yang disampaikan Isa pada mereka adalah benar. Mereka mahu menyaksikan keajaiban supaya mereka percaya.

Banyak lagi pinta kaum yahudi kepada para nabi agar diperlihatkan 'magic' atau keajaiban untuk mereka bertambah percaya..
Malah mereka pernah meminta untuk melihat sendiri Allah supaya mereka beriman dan mengatakan Allah itu wujud.


Tapi seperti mana yang kita tahu,
Bani Israil tetap ingkar dengan perintah allah..
walaupun sudah pelbagai mukjizat dan keajaiban yang ditunjukkan para nabi.
mereka percaya keesaan dan kekuasaan allah pada masa itu sahaja. lama-lama kelamaan mereka tetap mengingkari allah. Malah setelah 40 hari Nabi Musa meninggalkan Bani Israil kerana pergi mengambil kitab dari Allah, mereka mencipta pula patung sapi emas samiri menggunakan sihir. Mereka kemudian menyebah patung itu ,tanpa memikirkan yang mereka pernah menyaksikan sendiri mukjizat nabi dan kekuasaan Allah serta pernah mengakui depan nabi bahawa mereka percaya allah..


Apakah kita, umat hari ini perlu melihat keajaiban untuk meningkatkan iman kita?

sedarlah , umat yang perlu melihat keajaiban untuk menyatakan keimanan pada allah adalah bani Israil.

Jika benar gambar2 ajaib itu dapat meneguhkan pegangan kita, persoalannya .. berapa lamakah?

Andaikan sudah beberapa lama, tiada keajaiban allah lagi kita lihat.. adakah masih kita beriman kpd Allah ?
Ini kerana Percaya dan Iman kita pada Allah diletakkan pada keajaiban. jadi kita sebenarnya beriman pada keajaiban .

Tidak perlu kita melihat keajaiban2 sebegini.
cukuplah dengan kita melihat penciptaan manusia itu sendiri..
itulah salah suatu bukti kekuasaan allah..
Sistem badan manusia yang kompleks ..
Kita, Manusia setinggi mana pun kita belajar dan setinggi mana ilmu seseorang itu pun, kalau nak mencipta satu manusia yang mempunyai naluri dan 'common sense' pasti tidak akan berjaya. Hebatnya Allah menciptakan manusia dari setitik air mani.

Lihatlah tangan kita , berapa banyak otot yang fleksible membolehkan kita menggerakkan tangan tanpa memerlukan kuasa bateri.. apakah robot boleh meniru gerakan tangan kita 100% ?

Lihatlah Matahari, Jika kita rasakan matahari itu sebenarnya adalah bintang paling besar dan panas.
ketahuilah , bintang hypergiant beratnya lebih 100 kali ganda berat matahari. dan banyak lagi bintang yang jauh lebih panas dari matahari sehinggakan warna bintang itu kelihatan biru seperti bintang eta carinae.

Lihatlah sekeliling, perhatikan dan fikirlah kejadian allah..

Allah meletakkan tanda2 kekuasaan nya pada sekeliling kita

"Sesunnguhnya didalam penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda2 bagi orang yang berfikir -surah ali-imran "

Ini semua bukan keajaiban tetapi inilah bukti kekuasaan allah ..

tidak cukupkah bukti kekuasaan ini sehingga kita mahu melihat benda ajaib untuk kita beriman dan percaya keesaan Allah..?

Tidak perlu keajaiban...

Kekuasaan Allah ada dimana-mana..













wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...