Friday, April 4, 2014

Doa umrah yang dimakbulkan.

Mungkin yang pernah mengikuti blog aku , pernah membaca tentang satu entri lebih kurang 3-4 tahun dulu tentang umrah family tanpa aku.
bagi yang tidak pernah , boleh lah membacanya di sini .

lebih kurang 6 tahun dulu, aku pernah termenung kesayuan apabila aku tidak dipilih Allah untuk mengerjakan umrah bersama keluarga..

Aku pernah bertanya pada Allah
"Terlalu banyakkah dosa2 ku sehingga aku tak dipilih kau untuk menziarahi tanah sucimu , ya Allah? "

dalam kesunyian malam aku menadah tangan..
terasa malam itu sungguh sepi..
bagai malaikat semua memerhati,
bagai segala dosa silam aku teliti.

_________________________________________________________________________

Ketika selesai bertahalul, memotong rambut simbolik guguran dosa.
aku mengekori mutawwif-ku , ustaz Kamarudin untuk pulang ke hotel.
Kelihatan jemaah lain sudah pun terpisah memandangkan mereka membuat umrah sendiri2.
Jika mengikut rukun, selepas bertahalul umrah dikira selesai .

Jam ketika itu lebih kurang pukul 3.00 pagi ..
Dengan masih memakai ihram aku berjalan berdamping dengan ustaz kamarudin .
Dibelakang kami, sepupuku tidak jauh mengekori ..
kali ini aku dan sepupu berdua membuat umrah bersama.

Ustaz memandangkang ku.. sambil tersenyum dia berkata.
"Alhamdulillah selesai umrah kita"
Aku tak tahu petua atau bacaan apa yang dia amalkan , tapi memandang muka ustaz ini aku merasa tenang.
mungkin sifatnya yang sabar dan banyak bercakap baik itu terpancar pada seri muka beliau .

Aku balas senyuman dia kembali..
Lantas dia bertanya " Kali pertama ke buat umrah?"
aku mengangguk .

"dulu 6 tahun lepas keluarga saya pergi tanpa saya seorang sebab saya time tu study"
kata aku cuba bercerita memandangkan ustaz itu kenal dengan keluarga aku.
"saya lepas tu pasang niat nak pergi jugak ke tanah suci kalau ada rezeki. syukur diberi kelapangan masa "
sambung aku lagi ..

Ustaz itu lantas berkata "MashaAllah , akhirnya kamu dipanggil jugak oleh Allah menziarahi tanah suci . Doa kamu dah terjawab ni. Kamu dipilih ni "

Aku tersentak.. teringat kembali dulu aku pernah merayu meminta pada Allah untuk ke sana..
Detik itu baru aku terasa Allah telah makbulkan hajatku ..
Akhirnya dapat juga aku menjadi tetamu Allah..

Aku menoleh ke belakang, kelihatan Masjidil haram tersergam indah bercahaya..
Masjid yang pernah aku hajatkan untuk melawat satu masa dahulu..
Entah kenapa hati aku menjadi sayu ... aku rasa air mata aku sudah mula berlinang .

Sambil mata berkaca aku memandang masjidil-haram , seolah-olah aku mendengar deruan talbiah..

"labbaikallah hummalabbaik "
"Hamba mu ini datang sahut panggilanMu ya Allah"

benar, ya-allah... ini hamba mu datang ni.. ya allah.

_________________________________________________________________________________

berikut aku kongsikan gambar yang sempat diambil di mekah dan madinah.
InshaAllah aku doakan semoga aku serta pembaca sekalian dipermudahkan dan dilapangkan masa dan harta menjadi tetamu Allah disana tak lama lagi .
Makbulkan lah Ya Allah ..



























gambar diatas adalah sepupu penulis. May Allah bless him. 





gambar diatas, orang beriktikaf dalam masjid nabi















Thursday, December 12, 2013

Basiroh, Uncertainty, Taqdir , Prejudice , dan Redha

Basiroh.
Itulah pandangan menyeluruh terhadap sesuatu..
Pandangan total ...
Pandangan Mata Hati
Satu pandangan tanpa ada tirainya .. tanpa ada sebalik tiangnya ..


Uncertainty..
Ketidakpastian ..
Inilah punca kepada keresahan dan kerisauan .
"Apakah esok aku lepas exam? "
"Apakah ada kerja lagi untuk aku kemudian hari?"
"Apakah yang akan terjadi esok?"
Ketidakpastian ini membunuh segala ketenangan dan kegembiraan
Elemen norma yang kejam


Taqdir, Qada' dan Qadar 
Bab rahsia dalam ilmu Allah
Muka suratnya tidak dapat dipandang walaupun sekilas oleh anak adam
cuma ada satu dua huruf yang dapat dibaca,
Logiknya .. Bab ini tidak logik
Tapi itulah sifat manusia ..
hanya belajar dari perkara yang pernah di dengar , digambarkan, dilihat dan disentuh..
Orang yang tidak pernah melihat dan mendengar tentang tapir tidak tahu langsung rupa tapir jika ditanya.
Manusia hanya ditunjukkan sedikit tentang rahsia2 keillahian
Manusia hanya ditunjukkan sedikit ilmu dan fakta
Itu mengapa kita kurang memahami tentang perkara ini ..
Walaupun begitu, beriman padanya itu perlu,,

Prejudice 
sangkaan pra matang
Norma hati yang patut dikawal
dianjur lebih baik dari yang buruk
walaupun kdangkala syaitan pilihkan untuk yang buruk..

Redha  
itu menerima setelah terdaya mencuba ..
Positively or negatively
Kerna percaya Allah ada perancangan lain utk kita .
Kerna percaya Sehembus nafas pn tak akan berlaku tanpa perancangan dari Nya


Ada perkaitan antara kesemua tajuk diatas ...
lain orang lain justifikasinya ,..
lain juga pendapatnya ..
Renungkan dan fikir-fikirkan..

:)






Thursday, November 28, 2013

Facebook Page

Salam ..
Facebook page utk Pengembaraan Mencari Tuhan telah pun dibuat.
Moga dipermudahkan perkongsian ilmu2 dan info bermanfaat serta mengingatkan kita selalu pada sang pencipta..
Mohon Sahabat2 like :)

https://www.facebook.com/pengembaraanmencarituhann


Harga Sekeping Tiket Ke Syurga

Malam itu aku berbaring ditepi pantai..
aku perhatikan bintang2 dilangit..
indah..
refleksi cahaya bulan dipermukaan air menambahkan kesyahduan malam..
tiada bising mengganggu hanya bunyi unggas menjadi irama latar belakang ..
malam itu aku rasakan benar2 tenang dan damai.. bulan, bintang, air lautan ,bukit2 menjadikan ia seolah-olah2 lukisan di kanvas
cantik..
"Subhanallah, indahnya malam ni" hati kecil ku berkata

lantas, aku terfikir
jika beginilah indahnya alam. ak bertanya pada diri
bagaimanakah indahnya syurga.


.

Syurga itu tempat dimana tiada baginya segala kepincangan dunia..
Tiada gambaran bagi orang yang menggambarkan..

Jika didunia kita hidup serba kekurangan..
Hidup serba tak lengkap,
Tapi disyurga kita berjuta kali lebih kaya dari firaun dan qarun serta seisi dunia sekalipun

Jika didunia kita terliur melihat makanan mewah2 dan enak2
ketahuilah disyurga jauh lebih enak sehingga jika diberi makanan dunia kita pasti tidak lalu menyentuhnya

“Demi Allah, dunia ini dibanding akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia."  - HR Muslim


“Di dalamnya kalian memperoleh apa yang kalian inginkan dan memperoleh di dalamnya apa yang kalian minta. Turun dari Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Fushshilat: 31)


Jika ditanya pada manusia..
Sudah fitrah semuanya akan menginginkan untuk ke syurga Allah..

Tetapi pernah kah kita terfikir..
Apakah kita layak
atau kita sekadar berangan-angan utk diterima ke dalam syurga Allah.


Apakah kita merasakan syurga Allah yang tidak tergambar nikmatnya oleh akal itu boleh kita beli dengan bayaran kita yang murah?




Tika mana Bilal bin Rabbah sanggup memilih dihempap batu besar di dadanya dan dilantarkan diterik matahari arab yang menggelegak demi keimanan pada Allah dan demi balasan syurga, apakah kita beranggapan dengan hanya melakukan solat, puasa, zakat yang acuh tak acuh sudah cukup membeli tiket ke syurga yang didalamnya ada 1001 nikmat yang tak terbeli didunia?

Tika mana para sahabat dan tentera syuhada ditikam dadanya, dipotong anggotanya , dicincang badan nya demi mengharapkan syurga Allah .. Apakah kita jamin dengan hanya dengan amalan kita harini yang murah dapat membeli syurga Allah yang mahal?

Kita mengharapkan bertemu dan berjiran dengan nabi , tetapi selawat ke atas nabi kita sebut jarang sekali
Kita mengharapkan dijamu dengan makanan syurga , tetapi menjamu orang miskin dan anak yatim kita berkira
Kita mengharapkan kasih allah kepada kita setiap masa , tetapi ingatan pada Allah lenyap ketika kita gembira
Kita mengharapkan Allah makbulkan segala permintaan kita disyurga nnt , tetapi permintaan Allah agar kita sentiasa beribadah dan mentaatinya tidak kita turuti..


Fikirkan kembali amalan kita ..
Musahabah diri kita yang hina ..
Apakah amalan kita harini adalah amalan-amalan  ahli2 syurga ...
Apakah amalan kita harini adalah amalan-amalan kekasih Allah?

Manusia secara amnya semuanya mahukan tiket ke syurga tapi mereka hanya sanggup membayar dengan harga yang rendah

persoalannya..
Apakah kita termasuk golongan tersebut?















Saturday, November 26, 2011

Renungan Ajal

Hari demi hari..
udara nan segar lali aku hirupi..
aku termenung melihat merahnya sang suria baru mengintai bumi..
aku termenung dalam merefleksi diri..

hari-hari ku kosong tanpa pedoman.
Setapak detapan melangkah menghidup ke hari baru..
tidak pernah yakin masihkah punyai esok hari untuk ku..
jikalau dijemput, apakah penuh isian bagasi ku..
jikalau dipanggil , apakah sedia jiwa sanubariku..

mungkin ketika aku kesorangan dirumah ,aku kan dilawat tetamu..
mungkin tetamu baik rupa ,
tidak mustahil hodoh lebih dari yang disangka.
tetamu datang mengetuk pintu..
katanya mahu mengambil sesuatu dari aku..

aku bertanya apa sebenar tetamu hajati..
tetamu berbisik.. mahu sesuatu yang abadi..
aku tidak mengerti lantas aku bertanya..
siapakah gerangan tetamu yang meminta..
disitulah tetamu memandangku tepat dimata..
"akulah malaikat pencabut nyawa "
"hidupmu didunia telah tamat masanya"

apakah ketika itu aku ada masa meminta maaf pada semua?
apakah ketika itu aku punyai waktu untuk ku sujud bertaubat pada tuhan maha kuasa?

aku lantas merintih..
apakah mungkin malaikat menunggu hanya untuk sekelumit waktu agar ku bertaubat bersedia meninggkalkan dunia?

tidak.. pasti dia berkata..
sebelum ini banyak sudah diberi masa untuk bersedia..



_____________________________________________________________________________________

sayu sang hati..
merenungkan pemilik jasad ini..
baru aku sedar.. tiada manusia yang pasti mereka masih bernyawa lagi pada esok hari..
apakah esok hari aku tidak lagi bekerja mencari rezeki..
apakah esok hari kawan2 difacebook akan berbincang tentang pemergian ku
apakah esok hari sudah ditempah nesan bernama lengkap ku..

aku sendiri tidak pasti
masihkah ada esok hari untuk aku..
aku hairan..
manusia sering takut apabila mendengar bahawa dunia sudah dekati kiamat.
ketahuilah... kiamat itu amat jauh sekali
yang dekatnya sudah pastilah mati..
saat kita dicabut nyawa..
Kiamat itu datang dengan tanda-tandanya..
tapi mati datang tanpa diberitahu beritanya..
ketika kita tidak bersedia..
ketika kita sedang bergembira
ketika kita bergundah gulana..

teringatku seorang budak kecil kukenali suatu masa.
tidak sampai tahun ke lima..
tuhan sudah panggil menghadapNya..
inikan pula aku yang lebih tua..
entah bila pula masanya..

jangan ditanya bilakah tarikhnya
jangan ditanya bagaimana dan dimana..
tukang tilik sekalipun tidak tahu jawabnya

mungkin sebentar nanti,ketika sedang berehat..
datanglah tetamu mengetuk pintu membawa hajat..
ketika itulah dinafi segala pintu taubat
ketika itulah masa terpisah dengan saat..












Tuesday, August 2, 2011

Sebesar manakah kita dalam alam semesta?

Kita sering merasa berbangga dan besar diri.

Kadang kala kita bersikap sombong depan Allah..
kita sombong mahu sujud merayu pada Allah..

Marilah hayati video ini..




astaghfirullah

Sunday, July 24, 2011

Apakah bermakna aku dipilih islam? ( part 1 : kehidupan bermula)

" Kringggg..."
bunyi alarm yang kuat mengejutkan dari lena yang enak..
dengan mata masih mengantuk.. dilihatnya keluar jendela..
Mentari mula menyinar .. cantik..
dengan tubuh masih longlai.. badan, gigi segera dibersihkan..
kejap lagi perlu ke kerja..

hari berlaku seperti hari kebanyakan..

Malam mula berlabuh..
seperti biasa, pulang dari kerja..
fikiran dan fizikal mula mengadu ...letih..
Malam semakin tua..
Diri kembali bersarang dibawah selimut..
dalam kepekatan malam,
terlena mengumpul tenaga utk keesokannya..

Begitulah kehidupan kita seharian..
Rutin sama berulang-ulang..
Hidup kita tidak ubah seperti robot

Tetapi..

pernahkah kita berfikir tentang apakah ini hidup yang kita cari?..

setiap sesuatu pasti ada tujuan..
Apakah tujuan kita???
pasti ada sesuatu yang tertinggal dan terlupa dalam hidup kita..

berkenaan cara hidup atau "way of life"
ramai orang mengatakan islam adalah agama mereka..
apakah islam itu agama semata-mata.. ?
jika begitu, apakah yang dimaksudkan dengan agama?

Ketahuilah ..
sebelum ini.. masyarakat dunia tidak menggunakan istilah agama atau religion..
mereka dahulu menggunakan istilah Ad-Deen..

Ad-Deen bermaksud cara hidup..
istilah ad-deen diguna pakai sehinggalah pada suatu ketika ada pihak yang telah menukarnya kepada istilah religion atau agama

Agama atau religion dalam kamus oxford bererti

"The belief in and worship of a superhuman controlling power, esp. a personal God or gods."

Penyembahan dan kepercayaan pada suatu kuasa luar biasa yang mengawal ..

Ia tidak membawa maksud menjadikan ia sebagai cara hidup..

Inilah yang perlu difahamkan kita...

Islam bukanlah hanya sebuah agama..
Ia adalah Ad deen..
Ia adalah cara hidup..

Zaman Rasulullah SAW .. apabila sahabat diberitakan bahawa arak diharamkan Allah.. ramai para sahabat yang merupakan pengeluar dan pembuat arak yang besar tanpa banyak bertanya memecahkan sendiri tong2 arak mereka sehingga dikhabarkan bahawa bandar banjir dengan arak yang dipecahkan..

Dan ketika wanita mendapat perintah Allah agar menutup aurat .. muslimah2 terus memakai segera hijab sehingga ada yang menarik langsir utk menutup aurat mereka.

Ini membuktikan keteguhan iman mereka.. dan kesediaan mereka menerima Islam sebagai cara hidup..

secara kontras ..

Lihatlah hari ini.. di kelab2 malam pun ramai orang islam..
bila ditanya agama .. pastilah mereka menjawab islam..
pada kad pengenalan pula tersemat perkataan islam..

Tapi apakah Ad-deen mereka adalah islam.?

Astaghfirullah..

Jadi.. Hari ini saya ingin mengajak saudara-saudari mengembara kembali ke zaman-zaman dahulu kala..
zaman sebelum kita dilahirkan ke dunia..
zaman ketika kita menjadi saksi.. Allah itulah tuhan kita.

_____________________________________________________________________________



Maha suci Allah..

Manusia yang cukup hebat dan kompleks ciptaannya bermula dari sekecil-kecil sel..

sel itu adalah sperma dan ovum..

Hebat..

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki adalah sel paling kecil dalam badan manusia.
berbeza dengan ovum dari wanita yang merupakan sel paling besar dalam sistem badan manusia.

Terdapat lebih kurang 500 juta sperma sebelum proses persenyawaan berlaku..
tetapi hanya 1 sahaja yang berjaya bersatu dan bersenyawa dengan ovum..




Apabila berlaku persenyawaan.. maka gabungan sperma dan ovum ini akan membahagi dan menggandakan sel melalui proses mitosis. pada ketika ini.. ia dipanggil sebagai zigot..

zigot kemudian akan terus mitosis sehingga menjadi embryo@ embrio.. embrio inilah kemudian akan turun ke uterus dan akan melekat pada dinding uterus( endometrium) ..proses ini dikenali sebagai penempelan atau implantation..




minggu demi minggu.. embrio membesar dan berkembang..

minggu 1 hingga 3.. otak ,saraf tunjang, jantung dan usus mula terbentuk.
tetapi pembentukannya masih belum sempurna. embrio kelihatan sebagai seketul daging..

minggu 4-5. jantung mula berdegup .. tangan kaki mula kelihatan.. tulang belakang dan tulang-tulang lain mula tercipta dari tisu2..

minggu 6-8. ketika ini proses pembentukan muka dan mata bermula. organ2 penting mula terbentuk. pada akhir 8 minggu. embrio dikenali dengan istilah fetus..

Maha suci Allah menjadikan manusia dengan sistem yang kompleks dan hebat.

Proses pembentukan manusia ini telah lama disebut dalam quran lebih kurang 1400 tahun yang lalu... ketika Rasulullah SAW yang menyampaikan quran dikatakan gila..
ketika quran dianggap cerita dongeng..

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. kemudian kami ciptakan air benih (Arabic, nutfah) itu menjadi sebuku darah beku (Arabic: alakah). lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging(Arabic: mudgah), kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang ; kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu. kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta " - Surah Al-Mu'minuun surah 23 ayat 12-14

untuk memahami lebih jelas. kita mestilah tahu makna perkataan bahasa arab yang digunakan..
Didalam bahasa arab, satu perkataan boleh membawa banyak maksud..

Nutfah: setitik mani atau zigot.

Alakah: sesuatu yang melekat ; struktur seperti pacat ; darah beku.

Mudgah: seketul daging ; ketulan daging yang seperti manik; seperti gula-gula getah yg telah dikunyah dengan kesan gigi.

jadi jika diperhatikan sebagai contoh perkataan Alakah.. iaitu darah beku atau sesuatu yang melekat (cling).. didalam quran telah menulis proses didalam perut yang tidak nampak dengan mata kasar ini pada 1400 tahun lepas..

Apakah mungkin quran dicipta oleh manusia biasa sedangkan proses penempelan atau implantation ini mustahil dilihat tanpa menggunakan imaging device yang canggih.. tapi quran telah jauh lama menerangkan pada manusia proses penempelan ini .. maha suci Allah..

Dalam ayat diatas juga ada menulis bahawa
" kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang ; kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging"
ini bertepatan dengan penemuan sains perubatan hari ini..

tidak berapa lama dahulu para saintis dan pengamal perubatan menolak ayat quran diatas kerana berpendapat bahawa proses tulang berlaku terlebih dahulu barulah diikuti dengan daging (otot dan organ). tapi setelah terciptanya imaging device yang canggih. hari ini terbukti .. proses pembentukan daging berlaku terdahulu sebelum tulang. segala penjelasan dalam ayat diatas tidak langsung bercanggah dengan penemuan sains..



Selepas embrio cukup 8 minggu.. ia kemudian dikenali dengan istilah fetus. ketika proses perkembangan fetus , rupa dan struktur manusia mula kelihatan. ketika ini pernafasan, makanan,pembuangan najis fetus semuanya melalui umbilical cord ibu. fetus belum punyai organ yang lengkap utk memproses makanan dan udara sendiri.

Fetus kemudian diselubungi 3 lapisan anatomi.. lapisan inilah bertindak sebagai pelindung kepada fetus dari hentakan dan daya luar agar perkembangan fetus tidak terganggu
lapisan ini adalah .
1. Dinding perut ibu(mother's abdominal wall)
2. Dinding uterus ibu (uterine wall )
3. Persekitaran fetus iaitu uri (placenta), lapisan embryo ( embryonic membrane),dan air ketuban (amniotic fluid)

Selagi lagi.. Quran terlebih dahulu menerangkannya ..

Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu ( berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian . dalam tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian( kekuasaannya)ialah Allah tuhan kamu, bagiNyalah kekuasaan yang mutlak. tiada tuhan melainkan dia. oleh itu bagaimanakah kamu dapat dipesongkan( dari mematuhi perintahnya) -Az Zumar (surah 39 ayat ke-6)




Maha suci Allah..

ketika kehidupan didalam rahim (intrauterine life) inilah Allah meniupkan roh didalam bayi dalam kandungan dan ketika inilah manusia itu akan disoal oleh tuhannya .

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi"
-Al A'raf 172

jelas.. setiap orang yang lahir diatas muka bumi telah memilih untuk mengaku Allah lah tuhannya..
jadi persoalannya sekarang kita hidup dimuka bumi ini bukan untuk memilih siapa sebenarnya tuhan kita..
kerana kita telah memilihnya dan bersaksi ketika dalam kandungan lagi..
kita hidup didunia ini untuk memahami mengapa kita memilih Allah sebagai tuhan kita.


Selepas 37-42 minggu. maka genaplah segala organ dan tubuh seorang bayi.. lalu bayi dilahirkan didunia melalui rahim ibunya.. ketika dilahirkan bayi akan menangis.. kerana saat dia menangis itulah segala organ termasuk organ pernafasan diaktifkan. pada saat ini jugalah bayi sudah berupaya menggunakan organ pernafasan , perkumuhan , dan pemprosesan makanan sendiri.



Tidak lama kemudian , seorang lelaki akan melaungkan azan dekat dengan telinga bayi..

itulah "muzik" dan sajak pertama yang didengari sang bayi .. muzik dan sajak pujian kepada allah..

Begitulah permulaan kehidupan kita..
Allah menjadikan kita seindah ciptaan ..
Dengan lahirnya kita didunia, kita diamanahkan dengan satu tujuan..
Allah tidak menurunkan kita kedunia tanpa sebarang tujuan..
pasti ada sesuatu yang harus kita cari...
apa sebenarnya yang harus kita cari?

Insha Allah. saya akan menyambung kisah perjalanan dan asas kehidupan kita didalam entri yang akan datang..

Insha Allah..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...