Saturday, May 14, 2011

Everything all around us

Ada seorang pengemis..
meminta simpati ditepi jalanan..
dipandangnya seorang budak sedang makan di restaurant KFC bersama ibunya.
terdetik dalam hatinya..
"kan best kalo ak jadi budak, tak yah pikir makan. mak bapak belikan semua"

Diwaktu yang sama..
budak yang sedang menjamu selera di restoran kfc itu terpandang seorang lelaki dewasa bermisai nipis di sebelah mejanya.
lantas dia berkata dalam hati
" kan best kalo ak jadi orang dewasa, boleh ada duit sendiri. boleh beli mainan banyak"

kemudian, lelaki dewasa itu keluar dan terus menuju kearah motornya utk kembali bekerja di office. ketika menunggu lampu isyarat. lelaki tersebut terpandang sebuah kereta proton wira disebelahnya dipandu oleh seorang lelaki separuh umur..
lantas dia berfikir..
" kan best kalau aku jadi lelaki tu, ada kereta . tak perlu aku meredah panas dan hujan guna moto kapcai aku ni"

Lelaki dalam kereta pula dalam masa yang sama, masih memikirkan kereta mercedes yang baru dibeli oleh bosnya.. terdetik cemburu dalam hatinya.
"aisshh.. kan best kalau aku jadi orang tua tu(bos), mesti bangga aku bawak kereta merc ak"

Ditempat yang lain, bos lelaki tadi sedang membelek-belek surat khabar.. terbaca olehnya kisah seorang jutawan lantas dia pun berkata..
" owh.. kan best kalau aku jadi jutawan.. harta bertimbun.. hidup pasti senang"

manakala, jutawan dalam surat khabar tadi selalu berkata dalam hatinya
"kan best ak jadi macam bill gates.. billionaire. orang terkaya dunia.. pasti aku hidup masyur dan mewah"..

dan begitulah seterusnya..

itulah sifat manusia
Kita tak pernah puas dengan apa yang ada..
sering mahu mengejar dunia..
sibuk mengejar kekayaan, kemewahan dan kecantikan
tanpa pernah berfikir dan menghargai apa yang kita ada..

perkataan "kan best jadi orang ni" selalu sangat bermain dimulut kita..
seolah-olah kita tidak tahu menghargai apa yang kita ada..

dan ingatlah..
dunia ini ibarat seekor burung yang cantik dan indah..
apabila kita mendekatinya .
ia semakin jauh..
apabila kita cuba mengejarnya..
ia bertambah jauh..
apabila kita cuba menangkapnya..
ia akan terbang lari..

dan ketika kita sibuk mengejarnya.. ketika itu..
kaki kita akan terluka terpijak duri..
kita akan jatuh tergelincir ..
dan pengakhirannya..
kita pasti terjatuh dalam gaung dan mati..

maka ..
curilah masa kita sedikit..
fikirkan apa yang kita ada..
renungkan apa nikmat yang allah dah kasi..

dan hari ini..
kita akan belajar kembali erti sebuah perkataan..

"syukur"


:)



Saturday, May 7, 2011

Gambar Mekkah lama

Aku masih ingat..
Satu masa dulu ibuku cuba memujuk ayahku untuk mengerjakan umrah..
Aku lihat wajah ayah.. masih terdapat riak wajah 'nak tanak' walaupun ayah secara
lisannya bersetuju mengerjakan umrah..

Ayahku kelihatan tidak begitu teruja utk ke tanah suci..
mungkin seperti kebanyakan orang yang baru nak mengerjakan umrah. menganggap mekah hanyalah tempat ibadah yang ramai sesak dan tidak selesa..

Urusan visa dan passport dipersiap.. tapi kali ini.. aku rasa terkilan..
Seluruh ahli famili ku diperlapangkan untuk mengerjakan umrah ,melihat tinggalan para anbia.. Aku tidak dipilih Allah.. aku punyai urusan pengajian yang tidak boleh dielakkan... Tapi, aku tahu selagi aku bergelar hambaNya. aku yakin satu hari nanti dia akan membukakan juga pintu rezeki dan rahmat utk aku melawat rumahNya kelak.

Beberapa minggu selepas mereka berangkat ke tanah suci.. tiba masa mereka pulang ketanah air...
Aku menyambut mereka di airport...

Malam itu, mereka berehat .. kepenatan perjalanan kapal terbang.. aku lihat ayah..
aku perhatikan ayah..
ayah sedikit termenung..
dalam suara serak ayah berkata
" Rasa seronok pulak ke sana.. nanti insha allah tahun depan kita ke sana lagi la kalau ada rezeki"

Aku tergamam..
Aku kenal ayah aku...
Ayah sudah lali melawat negara2 eropah dan amerika..
tapi tidak pernah ayah menyatakan mahu kesana semula...

tapi..
ayah mahu ke mekah semula..

aku hairan..
pasti ada sesuatu aura atau sesuatu 'jiwa' yang tiada ditempat lain melainkan disana
ini menambahkan lagi tekad ku untuk berkunjung kesana..

Malam itu..
aku berdoa..
dalam sujud..
aku meminta Allah menjemput aku kerumahNya..

dalam kesunyian malam ..
beralaskan sejadah biru yang lusuh..
aku terlena diulit bayu malam..

___________________________________________________________________________________

Dibawah adalah gambar lama Masjidil Haram..
perhatikan kawasan masjidilharam dulu yang kecil berbanding hari ini..














dan kini...






Moga suatu hari nanti kita semua dibukakan pintu rezeki untuk ke sana...
.
.
.
Perkenankanlah Ya Allah..

:)

Monday, April 11, 2011

Rindu - sebuah cerita cinta epik.



"Awak , awak kat mana? saya rindu awak lah"
satu mesej ringkas masuk ke handset si jejaka..

Si dara tidak habis2 mengucapkan kata2 cinta dan rindu pada si jejaka..
Maklumlah, alam bercinta..
Semua indah ..
yang buruk jadi lawa..
yang busuk pun jadi wangi..

mungkin ayat2 rindu ini sering kita lihat ditulis terang-terangan di laman sosial ataupun diblog-blog ..

kita sendiri bagaimana?
mungkin kita sendiri juga biasa ucapkan kata2 rindu tersebut pada kekasih..

Rindu itu tidaklah salah..

Rindu itu sendiri adalah hadiah daripada allah..
Perasaan rindu itu dituntut...

tapi rindu yang bagaimana..

Marilah kita bersama menghayati sebuah cerita rindu yang agung..

Satu cinta dan rindu yang luar biasa.

berlaku 1425 tahun yang lalu..


_____________________________________________________________________________



Hari itu..
hari yang cukup indah
seorang insan mulia bernama Muhammad Rasulullah SAW menunggang untanya menuju ke Madinah selepas berehat 3 hari di Masjid Quba'.

Bijak si unta kepunyaan Rasulullah SAW, tidak perlu diarahkan lagi..

Di suatu kebun kurma si unta berhenti..

Berkenanlah hati Rasulullah SAW melihat kebun kurma tersebut..

Akhirnya Rasulullah SAW membeli tanah kebun kurma itu dari 2 pemuda walaupun keduanya pada mula ingin memberi tanah itu secara percuma tetapi ditolak baginda.

Di kebun itulah , didirikan sebuah masjid yang agung.. Masjid Nabawi..

Rasulullah SAW membina masjid itu cukup sederhana..
tiada batu marmar.
tiada kristal
tiada hiasan mewah..

hanyalah sebuah binaan empat segi yang mana dindingnya dari batu-bata dan tanah.
dan atapnya hanyalah dari timbunan daun kurma..

Dikawasan sekitar masjid terdapatnya pohon-pohon kurma menghiasi..

Di salah satu pohon kurma inilah Rasulullah SAW berdiri dan bersandar dan memberi khutbah pada umat islam ..

Rasulullah SAW berkhutbah berterusan di pohon kurma sehinggalah tahun ke 7 hijrah dimana Rasulullah mula menggunakan mimbar..

Disinilah berlaku peristiwa yang hebat dan aneh.

Ketika Rasulullah SAW berjalan melepasi pohon kurma menuju ke mimbar untuk tujuan memberi khutbah .

Tiba-tiba pohon kurma itu menangis merintih dengan amat kuat sehingga masjid itu bergoyang dan bergoncang..

Pohon kurma itu tidak dapat menahan perasaan dirinya..
pohon kurma itu rindu kan Rasulullah SAW ..
ia rindukan saat ketika rasulullah berdiri bersandar padanya sewaktu memberi khutbah.

Rasulullah SAW lalu turun dari mimbar dan memeluk dengan erat batang pohon kurma tersebut.
dengan perlahan Rasulullah SAW memujuk pohon kurma tersebut.
sehinggalah ia berhenti daripada tangisan..


Lalu, Rasulullah bertanya pada pohon kurma sama ada ia mahu menjadi pokok didalam syurga atau kekal didunia untuk memberi makan buahnya pada orang beriman..

Maka, si pokok memilih untuk berdamping dengan Rasulullah SAW di syurga kelak.
Baginya jika memilih dunia ,pastinya ia akan berpisah dengan Rasulullah SAW ketika ia mati kelak..
tapi disyurga.. ia tidak mati selama-lamanya dan tidak akan berpisah dari Rasulullah SAW..

Rasulullah SAW pernah bersabda.
"Demi Tuhan yang memegang nyawaku didalam tangan Nya. Jika aku tidak memeluknya dan memujuk pasti ia akan berterusan sebegini hingalah hari kiamat "

Begitulah hebatnya rindu dan cinta sepohon pokok kurma pada Rasulullah SAW.
Cerita hebat pohon kurma ini telah diriwayatkan daripada Anas, Jabir ,Ibnu Abbas, Aisyah R.A dan ramai lagi sahabat lain. cerita ini jua telah tercatat dalam Sahih Bukhari dan Muslim..

Subhanallah..

Sebatang kayu menangis dan bergoncang kerana begitu rindukan Rasulullah SAW..
Seharusnya kita, ummat Muhammad yang lebih layak rindukan baginda SAW.

Sebatang kayu tidak sanggup berpisah dengan Rasulullah SAW..

Astaghfirullah..

Apakah kita hari ini begitu cintakan dan rindukan Rasulullah SAW seperti mana pokok kurma tersebut?

Cuba kita tanya diri kita.. banyak mana sunnah yang kita ikut..

Pesan baginda , sesiapa yang mengamal sunnahku maka ia mencintai ku..

Kita hari ini bukan sahaja sunnah kita tinggal kan.. malah jarang sekali kita membasahkan bibir dengan selawat..

kita lebih senang menyanyikan lagu artis2 dari memuji dan berselawat keatas nabi..
kita lebih senang membaca cerita artis dari cerita Rasulullah SAW.

Ketika saat nyawa Rasulullah SAW hendak ditarik ,
dalam sakit kematian baginda masih ingatkan kita, ummat nya..

Malah dimintanya kepada Malaikat untuk dipikul semua sakit kematian ummatnya keatas diri baginda kerana sayangkan kita semua..

itulah cinta dan kasih seorang Nabi kepada kita..

tapi.
apakah kita membalas cinta kasih dan rindu rasulullah SAW..

si pohon kurma pun rindukan baginda..

kita yang berakal sering lupa akan baginda..

Apa jenis ummat kita ini?
Apa jenis manusia kita ini?

Ingatlah di akhirat kelak..
Baginda sahajalah yang akan memberi syafaat kepada kita..
Bagindalah yang akan menolong kita..

Hati manakah yang tidak teringin melihat wajah Rasulullah SAW..

Perhebatkanlah diri kita ..

Moga suatu hari nanti...
di gerbang syurga...

Rasulullah SAW akan tersenyum indah melihat kita ..
Mungkin itulah senyuman pengubat rindu kita selama ini..
Insya Allah


Friday, January 7, 2011

Erti Nyawa seorang Ibu




(klik untuk dibesarkan)


Cerita diatas adalah cerita benar yang berlaku semasa pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih terselamat dalam Kejadian gempa bumi WenChuan pada 2008..


Ketika pasukan penyelamat dalam usaha mencari, mereka menjumpai satu tubuh wanita yang kaku dan dalam postur seperti melutut, badannya sedikit kehadapan dan tangan yang menolak tanah..

Ketua pasukan penyelamat menggerakan wanita tersebut untuk memastikan sama ada wanita tersebut hidup atau tidak..

ternyata tiada respon..

ketika pasukan penyelamat menjumpai tubuhnya, wanita itu telah pun 24 jam meninggal dunia dihimpap sebuah rumah yang runtuh.

kerana mangsa tidak lagi bernyawa..
pasukan penyelamat pun mula beredar untuk ke bangunan sebelah untuk meneruskan misi mencari dan menyelamat...

Sebaik sahaja mereka beredar, tiba2 ketua penyelamat memanggil semula pasukannya..

"datang cepat! "

lantas, ketua penyelamat terus menghulurkan tangan dan mencari sesuatu di bawah mayat wanita itu..

dengan bantuan rakan2 pasukan, mereka menjumpai seorang bayi masih lena tertidur bersalutkan selimut merah berbunga kuning dibawah perlidungan ibunya..

mereka memeriksa bayi tersebut, tiada satu kesan calar pun dapat dikesan. bayi tersebut lebih kurang 3 -4 bulan ..

ketika mahu menyerahkan bayi itu kepada doktor, tiba2 mereka mendapati terdapat satu telefon bimbit dalam selimut bayi tersebut..

selepas diperiksa ,doktor tersebut mendapati terdapat sebuah mesej lantas membacanya..

" Anakku sayang, jika kau terselamat dan masih bernyawa, kau mesti ingat yang aku sentiasa sayang pada kau "..

doktor tersebut lantas mengeluarkan air mata.. menangis kesayuan..
telefon bimbit itu di pun diedarkan sorang demi sorang..

setiap orang yang membaca mesej itu turut menangis..

Subhanallah..

Hebatnya kasih seorang ibu kepada anaknya..

Sanggup menahan kesakitan di tusuk kayu dan dihimpap batu sehingga tidak bernyawa untuk menyelamatkan anaknya..

Jadi hari ini, ingatlah balik ibu kita..


Mungkin kita tak pernah dengar dia mengungkapkan yang dia menyayangi kita
tapi ketahuilah,

Ibu sayang sangat anaknya..
cuma mereka jarang luahkan secara lisan..

Maha Suci Allah.
memberikankan setiap kami seorang ibu yang hebat...

Kalau isteri , hilang boleh dicari ganti.
tapi...
kalau ibu, hilangnya tiada berganti..
walaupun kita punyai berbillion duit, tapi takkan dapat digantikan dengan seorang ibu..
itulah satu-satunya ibu kita..


hai anak...
Apakah kau tak ingat ketika kau melawan cakap ibumu?

Apakah kau tak ingat waktu ketika kau berasa benci dikongkong ibumu?

Apakah kau tidak sayangkan ibu ..

Ketahuilah keredhaan ibumu itulah Keredhaan Allah..



Ibu,
aku sayang padamu..




Saturday, November 27, 2010

Adakah Islam Beruntung Mendapat Melayu?

"Rilek ah , awat nak datang awal ni..? kata kita ni orang melayu. setengah jam lambat tu standard ah!"
Ahmad bergurau dengan aku..
ketika itu, aku sedang bersiap untuk berjumpa dengan seorang rakan.

terfikir aku sejenak kata-kata Ahmad.

Kadang-kadang aku rasakan bahawa seperti dah jadi budaya melayu tidak menepati masa..

sikap2 yang boleh merendahkan kualiti orang melayu sebeginilah harus dikikis habis-habisan dalam budaya orang melayu..

sikap ini boleh menjatuhkan melayu itu sendiri..




Apalah ada pada Melayu yang kita nak banggakan?

Jika kita lihat didada akhbar.

Melayulah paling banyak menghuni pusat serenti..

Melayulah paling banyak membuat gejala buruk berbanding kaum-kaum lain..


Melayu bersifat malas..

Kalau malas sahaja tidak mengapa tapi suka pulak menjatuhkan sesama melayu..

Kalau ada melayu yang rajin dan berjaya. pasti ada orang lain cuba jatuhkan..

kadang-kadang dihantarnya santau dan sebagainya untuk menjatuhkan melayu lain...





teringat pula suatu cerita

Seorang Mak cik pergi ke pasar ..

tiba-tiba makcik tu berasa hairan ada 2 tong yang berisi ketam.
satu tong ditutup dan dipasang jaring atasnya..

satu tong lagi dibiarkan terbuka tanpa penutup..

Makcik tu pun bertanya pada Apek yang jual ketam..

"Apek, Apa beza ini ketam? Kenapa you satu tutup tong satu lagi tak? "

Apek pon jawab..

"yang tutup tu , itu ketam cina... saya kena tutup sebab itu ketam kalau seekor dapat keluar tong, nanti dia ajar ketam lain dan tolong ketam lain keluar"

"tapi yang tong terbukak tu itu ketam melayu .. kalau sekor ketam cuba keluar ,ketam-ketam lain akan tarik dia balik, tak kasi dia keluar"


Sememangnya cina terbukti lagi rajin dari melayu...

tak perlulah dihuraikan tentang beza melayu dan cina dari segi pembelajaran , pembinaan ,perniagaan dan sebagainya..

setiap orang tahu hakikatnya..

melayu..

Apabila dipijak diinjak ..
terus berteriak..

tapi usaha untuk perhebatkan diri hanyalah sebuah mimpi..
Tak suka orang lain berjaya tapi malas bekerja..

kenapa jadi begini?

Kenapa melayu lemah ,malas, dan sebagainya?

Marilah kita menghayati konsep "ketamadunan"

dalam konsep ketamadunan, kekuatan dan kehebatan sesuatu bangsa terletak pada akar dan asas ketamadunan itu sendiri..

Kita ambil contoh tamadun china.. China memang sejak dulu terkenal dengan akar tamadun mereka.. Tamadun china dianggap antara tamadun terhebat didunia.
Lihat sahaja Dinasti Ming dan lain2.


Contoh lain, adalah tamadun mesir purba yang terkenal dengan binaan piramidnya..

Disebabkan kekuatan asas tamadun mereka, maka mereka jadi bangsa yang berkualiti dan hebat.

Bangsa cina bukan sahaja hebat berniaga di Malaysia malah diseluruh dunia..
sehinggakan ada berpendapat negara jepun tidak membenarkan orang cina berniaga dinegaranya untuk mengelakkan mereka menguasai ekonomi jepun.

Kita lihat pula tamadun melayu..

Asal-usul orang melayu sendiri pun masih lagi dikaji dan tidak dapat dipastikan lagi

banyak teori asal-usul orang melayu dikemukakan..

orang melayu asas dan akar tamadunnya tidak kuat

apa akar dan asas melayu yang nak kita banggakan?

Dondang sayang?
Ulit mayang?
Kuda kepang?

tidak ada satu benda yang kukuh untuk orang melayu

Jadi, tak ada lagi cara penyelesaian untuk kelemahan dan masaalah orang melayu melainkan orang melayu mengambil ketamadunan islam..

dengan cara ini sahaja orang melayu boleh kuat balik.
dengan cara ini sahaja orang melayu boleh hebat .
dengan islam sahaja masalah sosial dan lain-lain dapat dikurangkan


Kita imbau balik, dikala islam belum datang lagi pada kaum Arab.
Orang Arab berkelakuan zalim, jelik dan sama sekali tidak bertamadun..

Anak perempuan dibunuh,
Hamba diseksa,
Orang mengandung dibelah perutnya kerana pertaruhan..
lelaki suka berpoya-poya.
perniagaan semua berasaskan penipuan
kuat berhibur dan lain-lain

sampaikan zaman itu dipanggil sebagai Zaman jahiliyyah..
menunjukkan betapa tidak bertamadunnya mereka..

tetapi selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa agama islam ,
menyembah tuhan yang satu,.

orang arab terus berubah..
dahulunya taraf wanita amatlah rendah
tapi selepas kedatangan islam,wanita dimartabatkan.
sehingga antara pesan rasulullah SAW sebelum wafat adalah lindungi wanita..

banyak lagi perubahan pada orang arab disebabkan kedatangan islam..

Pada satu tahap, islam dapat menguasai 2/3 dunia..

Islam pernah terajui dalam bidang ilmu sehinggakan agama dan bangsa lain merasa mereka ketinggalan jauh..

lahirnya tokoh ilmuwan dan para pemikir yang amat hebat seperti ibn sina, ibnu batuta dan lain2..

Kehebatan ibnu sina (avicenna) contohnya boleh dilihat hingga ke hari ini..
Buku perubatan yang ditulisnya sekitar tahun 1020 iaitu Kitab Al-Shifa? ( book of healing) masih dijadikan rujukan hingga kehari ini..
para penulis buku lain perlu mengemaskini buku mereka dan mengeluarkan edisi terbaru agar boleh digunakan sesuai pada waktu tersebut,
tetapi berbeza dengan buku ibnu sina masih sesuai dirujuk walaupun selepas lebih kurang 990 tahun..

hebatnya tamadun islam. hingga pernah menguasai eropah di Andalusia ,sepanyol..

kehebatan tamadun islam terlalu banyak untuk diperkatakan

Oleh itu,

Seharusnya, kita berpegang pada akar tamadun islam kerana akar tamadun melayu itu sendiri tidak kukuh..

Zaman kegemilangan melaka juga bermula selepas kedatangan islam...

selepas kedatangan islam, Melaka bertambah kuat. Melaka menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal didunia.. kepulauan melayu dicemburui bangsa lain dan kerajaan melaka bertambah mantap.



tapi hari semakin hari.
melayu makin lemah...
pemimpin bertelagah..
anak muda banyak yang rosak.
Mungkin melayu makin lemah apabila islam semakin ditinggalkan..

Tidak ada cara lain..

jika kita hendak lihat melayu itu maju, hanya islam sahajalah jawapannya..

Ternyata, Melayu sebenarnya beruntung mendapat islam..

persoalannya, adakah islam beruntung mendapat melayu?



wallahualam..




Wednesday, November 3, 2010

Aku Hebat !

Orang tua itu melihat ke luar tingkap..
Memerhati mentari yang baru menunjukkan diri di awal hari..
garis2 ditepi mata sudah cukup memberikan gambaran kegelisahan dalam jiwanya..
Kerusi rodanya digerakkan..
kali ini benar-benar dia berada di tepi tingkap.
ingin dilihat dengan dekat pemandangan indah terbit mentari pagi barangkali.
dia memerhati tangannya..
urat-urat tua terbonjol jelas..
diusapnya perlahan-lahan ,
seolah-olah cuba menghilangkannya
seakan-akan menipu diri yang dimamah usia.
ditolehnya diruang tamu rumah..
satu-satunya cucunya yang masih kecil lena diulit bayu pagi..
dia sedikit tersenyum,

dalam kesyahduan pagi itu..
tiba-tiba.. terasa sebak..
air mata orang tua itu mengalir deras..
menyusuri garis-garis tua di pipi..

Kerusi roda bergerak lagi..
kali ini, pen dan kertas usang dicari..

Tangan yang berketaran digagahkan.
mencengkam, meluruskan pen..
terasa berat amat pen itu.
Sambil menghadap mentari lembut diawal pagi
setitik demi setitik dakwat pena singgah dikertas usang..
ada sesuatu yang sudah lama tersimpan..
ada sesuatu yang ingin disampaikan..

"Darahku
jikalau kau membaca surat ini..

ketahuilah ,aku dulu seorang yang muda..
aku punyai harta dan segalanya..
tapi esok lusa Malaikat Izrail mencabut rohku..
Apakah harta aku boleh menebus harga rohku?

Ketahuilah, aku dulu tampan bergaya..
Riak,Sombong, Wanita itu aku punya..
Tapi esok lusa akan tinggal aku kesorangan didalam tanah.
Apakah ulat dan kala jengking tidak akan meratah muka tampanku?

Ketahuilah, aku dulu banyak kawan2 dan pengikut..
Aku benci aku bantai, aku tak suka aku pukul..
Tapi esok lusa Malaikat datang menyeksa aku didalam kubur..
Apakah kawan dan pengikutku datang membantuku?

Ketahuilah, aku dulu seorang yang bijak..
Masyarakat semua aku pandang rendah. paling bijak adalah aku.
Tapi esok lusa Aku akan dihadapkan kehadapan Allah.
Apakah dengan kebijakan aku, aku dapat lari dari mahkamah Allah?

Aku seperti mu wahai darahku..
Aku pernah merasai muda..
Aku pernah merasai dunia.

AKu pernah berfikir dunia untuk bergembira..
Aku silap darahku..
Aku silap..

Mungkin kejap lagi ada tetamu datang menyentap rohku dari badan ...
ketika itu
Adakah harta aku berguna lagi?
Adakah Kawan-kawan aku datang menghalangnya nanti?

Aku kesorangan, wahai darahku..

waktu mudaku aku siakan dengan keseronokan duniawi..
Apa yang aku nak persembahkan pada Tuhanku, wahai darahku?

Mungkin dunia ini baru kau kenali..
percayalah, dunia ini kau rasa lama walhal ia amatlah sekejap...
Ingatlah pesanan aku..
Cukuplah kesilapan lampau ku..
Mungkin ketika kau baca baris ini, aku sedang kesorangan didalam kubur..
menangis meraung dibaluti kain putih..
menangis meraung meminta simpati

Ingatlah pesananku wahai darahku..
ingatlah pesanku.."



Tangan tua itu berketaran melipat kertas tersebut,
bibirnya dicebikkan, basah bermandian air mata keinsafan.
terbayangkan waktu mudanya..
dia meraung perlahan..
tidak tahan mengingatkan dosa lampau yang dilakukan.

Dengan cermat, dituliskan nama cucunya diatas surat itu,
diciumnya..dan diselitkan dicelah al-quran usang..

dia memandang kearah cucunya yang masih terlena..
perlahan lahan kerusi roda dikayuh ke arah cucunya..
matanya kuyu..basah dengan linangan air mata.
dikucup pipi cucunya..
entah mengapa tiba-tiba hatinya sebak..
makin deras airmatanya mengalir..
dalam sedikit serak, dia berbisik..
"Ko akan faham juga suatu hari nanti"

Tangan yang tua itu digagahkan..
menggerakkan perlahan kerusi roda..
kali ini kembali ke tingkap tadi..
terasa benar urat2 tangan makin lemah.

Air matanya dikesat.
Kini dia berada betul-betul dihadapan tingkap..

Dalam keseorangan diri..
Dia menikmati kesyahduan pagi..

entah mengapa
suasana pagi itu paling indah baginya
suasana pagi itu paling hening dalam hidupnya..

mungkin suasana pagi itu paling akhir baginya..

Pagi itu, lidah orang tua itu basah...
Menyebut dan memuji serta membesarkan illahi..
sambil tertunduk..
orang tua itu melelapkan mata..
sedikit demi sedikit.
bersedia menyambut kehadiran seorang tetamu mungkin
tetamu membawa dia pergi selamanya..
tetamu membawa hajat yang nyata..



Tuesday, November 2, 2010

Rahsia dan Hakikat Terbesar Kehidupan

Entri yang anda akan baca nanti akan mendedahkan rahsia terbesar dalam hidup anda.
Entri ini mungkin akan merubah cara anda berfikir dan menerima sesuatu benda. Juga, entri ini akan merubah pandangan anda terhadap dunia sekeliling dan akan mendedahkan siapakah 'diri' anda.
Anda disarankan agar membaca dengan baik dan teliti serta fahami betul-betul fakta-fakta dalam entri ini. Diingatkan bahawa entri ini BUKANLAH satu kepercayaan, falsafah kuno, inferens, pendapat orang,ataupun pendekatan berbeza.. tetapi. ia merupakan fakta yang benar dan telah dibuktikan dengan sains hari ini.



"Demi Matahari dan sinarnya dipagi hari

Demi bulan apabila ia mengelilingi

Demi siang apabila ia menampakkan dirinya

Demi malam apabila ia meliputi

Demi langit serta seluruh binaannya

Demi Bumi serta apa yang ada dihamparannya"



-surah Ash-Shams


Perhatikanlah sesuatu disekeliling anda ..
Alam sekeliling , pokok2 ,haiwan-haiwan. semuanya sebenarnya diciptakan.
tetapi persoalan yang timbul..

Siapakah yang menciptakan?

telah diterima bahawa hakikat konsep penciptaan yang menyatakan setiap sesuatu tidak dapat menciptakan diri sendiri.

contohnya, lalat tidak dapat membuat dirinya sendiri. pasti ada suatu kuasa yang menciptakan

tetapi.. persoalan yang lebih penting adalah.

"benarkah apa yang anda lihat disekeliling anda itu adalah objek yang wujud dan Real?"



Mari kita mengembara kedunia hakikat sebenar..
_______________________________________________________________



Segala maklumat dan benda yang kita terima adalah melalui 5 pancaindera kita..

Dunia yang kita kenal adalah berdasarkan

mata kita yang melihat sesuatu,
hidung kita yang menghidu
lidah yang merasa
tangan kita yang menyentuh
dan telinga kita yang mendengar.

Tetapi.. pernahkan kita terfikir. Dunia kita sebenarnya berbeza dengan apa pancaindera kita sampaikan?

Hari ini Penyelidikan dan Sains telah menemui satu pemahaman yang luar biasa dan menimbulkan keraguan pada panca indera kita.

Sains membuktikan bahwa Dunia yang kita lihat dan kita duduki ini sebenarnya hanyalah ransangan yang terbentuk dalam otak kita oleh isyarat elektrik ( eletrical impulse)

Seorang Saintis Frederic Vester pernah berkata

"Hari ini sains telah membuktikan kebenaran kenyataan yang dikeluarkan sebahagian saintis yang menyatakan bahawa manusia adalah sebuah imej,alam semesta hanyalah bayangan dan semua yang kita lalui adalah menipu dan bersifat sementara "

Ahli falsafah terkenal George Berkeley juga pernah berkata

" Kita percayai kewujudan objek hanya kerana kita lihat dan menyentuhnya. dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Walaubagaimanapun, persepsi kita hanyalah suatu idea dalam minda kita . dengan kata lain, objek yang kita lihat hanyalah sebuah persepsi atau idea didalam otak kita bereerti kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda2 ini wujud di dunia luar (luar minda ) kita."

untuk menjelaskan lagi. mari kita kaji bagaimana panca indera kita berfungsi,


Apabila kita melihat sesuatu objek, maka cahaya dari objek itu (photon) akan menembusi kanta mata dimana ia akan disongsangkan dan terus sampai ke retina. jadi, imej yang terbentuk di retina sebenarnya adalah dalam keadaan songsang (upside down)..



Jadi, cahaya /imej tadi akan ditukarkan kepada isyarat eletrik ( electrical impulse) dimana ia akan dihantar melalui neuron ke titik kecil di otak (serebrum ) yang dinamakan pusat penglihatan. disinilah isyarat dan imej songsang itu akan ditafsir dan dilihat otak sebagai mana penglihatan kita sekarang ini.



hakikatnya, yang sebenar-sebenarnya tempat berlakunya proses melihat adalah diotak.
yang melihat bukan lah mata..
yang melihat sebenar adalah otak.

mata hanyalah satu medium untuk melihat ,tidak ada beza fungsinya dengan contact lens dan cermin mata.

jika kita masih berpendapat mata yang melihat, kenapa kita tidak katakan bahawa sebenarnya contact lens atau cermin mata kita yang melakukan proses melihat. fungsi mereka adalah sama .ketiga-tiga mereka adalah medium dalam melihat.

situasi yang sama berlaku pada kesemua panca indera kita yang lain..

semua ransangan dan isyarat eletrik dari panca indera akan masing2 dihantar ke satu titik spesifik diotak.



bayangkan
anda diberi sebiji epal. anda menghidu, merasa dan menyentuh epal tersebut. sekiranya saraf yang menghubungkan panca indera dengan otak anda terputus..
apakah anda masih lagi dapat melihat epal itu berwarna merah.?
apakah anda dapat lagi menghidu bau epal tersebut?
apakah anda dapat lagi merasa kemanisan epal tersebut?

sudah tentunya tidak..

hakikat sebenar adalah. epal yang anda rasa manis dan merah itu hanyalah tidak lebih dari isyarat/impulse elektrik.

cuba bayangkan pula..

apabila saraf dari pancaindera seorang pemandu kereta disambungkan secara selari ke otak anda. bermakna saraf pemandu itu akan menghantar impulse/isyarat elektrik ke 2 otak. iaitu otak pemandu dan otak anda. jika pemandu itu tiba2 dirempuh lori . pastinya anda akan melihat,mendengar dan merasa seolah-olah anda juga dirempuh lori walaupun mungkin ketika itu anda berada dirumah dengan selesa. anda juga akan rasa kesakitan akibat pelanggaran itu kerana isyarat eletrik yang sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai sakit.

peristiwa seolah-olah benar2 berlaku atau real juga kita akan rasa sekiranya otak kita disambungkan kesuatu alat simulasi.. contohnya apabila alat simulasi itu menghantarkan isyarat elektrik keadaan kita sedang mandi didalam sungai, maka kita akan rasakan seolah2 kita merasai sejuknya air sungai, bunyi hutan dan indahnya alam ketika itu. walhal hakikatnya kita sebenarnya tidak berada di tempat tersebut



dengan kata lain. otaklah sebenarnya tempat berlaku semua perkara.
proses melihat menghidu merasa menyentuh dan mendengar berlaku diotak.
dan setiap otak berbeza cara tafsiran sesuatu maklumat.

Jika anda faham dengan fakta ini.. ada satu lagi persoalan yang timbul.

apakah yang kita rasai ketika makan sesuatu hidangan sama dengan rasa orang lain memakan makanan sama.

Lincoln Barnett menyatakan

" Tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna merah atau not c (muzik) seperti yang diterima aku"

Semua objek disekeliling kita adalah himpunan persepsi dalam otak kita..

ini bermakna. kita tidak berhadapan dengan benda asal atau real disekeliling kita (dunia luar) tetapi kita sebenarnya hidup dalam 'salinan' yang terbentuk didalam otak kita.


Bagi anda, realiti ialah sesuatu yang boleh disentuh dengan tangan dan dilihat dengan mata. Di dalam mimpi anda juga dapat "menyentuh dengan tangan anda dan melihat dengan mata anda", tetapi realitinya, anda tidak mempunyai tangan atau mata, tidak ada sesuatu pun yang boleh dilihat dan disentuh. Tidak ada realiti material yang membuatkan perkara-perkara ini berlaku kecuali otak. anda sebenarnya telah tertipu.

apabila anda membaca ayat ini , anda sebenarnya bukan berada didalam bilik seperti yang anda rasakan. tetapi sebenarnya bilik tersebut berada dalam anda. otak anda membuat persepi anda berada didalam bilik.

anda melihat badan anda, anda merasakan anda berada dalam badan anda.
ketahuilah, badan anda juga adalah persepsi dan imej terbentuk diotak anda.

Seorang pemikir , Berkeley pernah berkata

"Pada mulanya dipercayai warna,bau dan sebagainya adalah benar-benar wujud, tetapi kemudian pandangan ini ditolak dan didapati bahawa ia hanyalah wujud bergantung pada pancaindera kita."



Persoalan yang timbul...

Jika dunia yang kita lihat ini hanyalah persepsi didalam otak kita , jadi apa sebenarnya yang ada pada 'dunia luar' ?

sebenarnya kita tidak tahu.. memandangkan semua objek didalam 'dunia' kita hanyalah himpunan persepsi dan hanya wujud didalam minda kita .

seolah-olah, satu-satunya dunia yang betul2 wujud adalah dunia persepi.

pasti juga persoalan yang akan timbul adalah

jika semuanya adalah persepsi, bagaimana pula dengan otak yang merupakan juga salah satu anggota badan ?

Jawapannya, ia juga adalah sebuah persepsi seperti objek2 lain.

ini dapat diterangkan dengan mimpi.. didalam mimpi kita mempunyai anggota badan khayalan. seperti tangan khayalan dan otak khayalan.. jika didalam mimpi ada orang bertanya, anda berfikir menggunakan apa? anda menjawab.. menggunakan otak anda..
hakikatnya, tiada otak yang real untuk diperkatakan . hanyalah otak khayalan dalam mimpi anda. memang agak sukar difahami. cuba ambil masa dan fikirkan baik2..


jadi. jika otak itu sendiri adalah persepi.. siapa yang menerima, melihat dan merasa semua ini.?

Apabila otak dianalsis , ternyata tiada apa2 didalamnya melainkan molekul lipid(lemak) dan protein serta terdapat neuron2 didalamnya. ini bermakna tiada molekul khas untuk melihat imej, mentafsir bunyi, dan sebagainya.


menurut R.L Gregory , sebuah gambar yang diproses didalam otak memerlukan 'mata dalaman' untuk melihatnya . tetapi otak memerlukan 'mata dalaman' lain utk melihat gambarnya.

permasalahannya..

milik siapa 'mata dalaman'?
siapakah 'penerima' sebenar semua ini?

jika bukan otak yang 'menerima' atau menjadi 'mata dalaman' , adakah atom2 yang melihat imej2 ini?

tidak. kerana atom buta ,tuli dan mati.

Jelaslah, penerima ,mata dalaman, dan kewujudan ini melampaui kewujudan kebendaan.
kewujudan ini 'hidup' dan ia bukanlah imej dan persepsi.


sebenarnya , kewujudan ini adalah 'Roh'

sekarang kita dapat membuat kesimpulan,

semua yang kita lihat di'dunia' ini hanyalah persepsi2 yang dilihat oleh roh.

tetapi siapa yang menciptakan persepsi ini?

Hukum penciptaan membuktikan benda tidak punyai self-governing existence (kawalan kewujudan sendiri) oleh dirinya sendiri.

persepsi2 ini pastinya diciptakan oleh kuasa lain. tidak mungkin ilham persepi ini dari pandangan roh sendiri.

pasti ada sesuatu yang membuatkan roh kita melihat persepsi2 seperti bintang2 ,tumbuhan2 dan lain..

Inilah bukti kewujudan Maha pencipta Allah yang tidak dapat disangkal para saintis.

Ini bererti hanya Allah lah yang berada didunia luar dan hanya allah lah satu-satunya yang wujud


Jadi, jika anda berjaya faham setakat ini.. pasti anda faham maksud ayat "Allah berada dimana-mana" ..

”Dan kepunyaan Allah lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap maka disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha luas (rahmatNya) lagi Maha mengetahui”. (al-Baqarah: 115)


anda juga akan fahami dimana sebenarnya Allah dan dimana neraka dan syurga terletak.
bertentangan dengan tanggapan salah masyarakat yang mengatakan Allah tinggal di'langit' dan ada yang beranggapan Allah disebalik planet2..

itulah kenapa manusia tidak dapat atau mustahil untuk melihat Allah di bumi .
tetapi allah dapat melihat kita malah mengetahui setiap gerakan kita..
firman allah

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. (Surah Al-Anaam:103)



Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini dan bukanlah diri kita sendiri, tetapi Allah. Rahsia ayat berikutnya di dalam al-Quran menerangkan realiti ini

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Surah Qaff:16)


Sesiapa yang berjaya memahami perkara ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki (Wahdatul-Wujud).



Diharapkan dengan entri ini, kita dapat mengenal lebih baik siapa diri kita dan kita lebih mengenal pencipta kita dan tujuan hidup kita..

Oleh itu...

apakah yang kita kejar sebenarnya dalam dunia?..

sains sendiri membuktikan dunia ini adalah penipuan semata-mata..
ia hanyalah persepsi yang seakan-akan 'real' walhal tidak lain tidak bukan hanyalah ilusi yang menipu..

cuba kita renungkan sejenak semua ini...

cuba kita lihat sekeliling kita.. semuanya adalah persepsi..

jadi.. apa lagi yang kita kejar didunia..


semua harta benda itu tidak wujud.. pancaindera menipu kita.

harta, wanita dan pangkat semuanya hanyalah sebuah persepsi dan sebenarnya tidak wujud..

marilah kita kembali kepada persoalan kenapa kita hidup...

marilah kita mengingati tujuan allah ciptakan kita

dan jika ketika kita sibuk dengan urusan keduniaan..

tanyalah balik pada diri..

" Apa lagi yang engkau cari ?"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...