Monday, August 16, 2010

Satu-satunya Sunnah yg lelaki ikut adalah poligami?


"Alah.. Satu-satunya Sunnah Rasulullah SAW yang lelaki kat Malaysia ikut adalah Poligami !"

itulah kenyataan seorang Muslimah dengan nada bergurau apabila aku bercerita tentang sunnah Rasulullah SAW..

aku terdiam.
tergamam

"Masha Allah. kau dah insult Rasulullah SAW ni "
kata aku perlahan..

"Pebendanya Insult? Mana ada Insult? Mana ada Hina Rasulullah ! tu sebenarnya nak mengata orang lelaki kat mlysia. bukan nak hina rasulullah SAW. "

"Aah.. aku tak rasa ini insult rasulullah.. " sampuk sorang lagi muslimah menafikan tuduhan itu berbaur penghinaan..

Aku dalam hati sedikit sedih

Jawapan oleh 2 orang muslimah tadi macam pernah aku dengar sebelum ni..

Oh ye..

ketika suatu masa dulu..
ketika Gambar Karikatur menghina Rasulullah SAW ditayangkan di akhbar sebuah negara..
Akhbar tersebut enggan meminta maaf dan mengatakan itu adalah Hak kebebasan Bersuara. mereka tidak pandang perkara itu sebagai menghina junjungan besar kita. Nabi Muhammad SAW.

Didalam statement
"Satu-satunya Sunnah Rasulullah SAW yang lelaki kat Malaysia ikut adalah Poligami !"

memang benar .. ia sebenarnya bertujuan mengutuk atau menegur lelaki di Malaysia..

Tapi .. Poligami dalam ayat itu menggambarkan seolah-olah ianya perbuatan negatif atau tidak baik ( jahat).

Dalam kata yang lain.. Rasulullah SAW membuat perkara yang negatif atau buat perkara yang tidak baik ..

Adakah Rasulullah SAW pernah berbuat dosa dan berbuat jahat?
Apakah kita tidak tahu bahawa Rasulullah SAW itu Maksum ( tidak ada dosa) ?

Jadi kenapa kita mahu menggambarkan rasulullah SAW itu sebagai seorang yang membuat perkara negatif.

Berbalik pada soalan Agama, kalau diikutkan. Poligami itu sendiri adalah positif dari banyak aspek.
Sesungguhnya segala perbuatan Rasulullah SAW sendiri pasti ada kebaikan kerana Rasulullah adalah sebaik-baik manusia dan baginda adalah utusan Allah.

Membantah dan tidak setuju dengan suatu sunnah atau perbuatan Rasulullah SAW bermaksud kita membantah dan tidak setuju dengan Rasulullah itu sendiri..

Ketahuilah.. Diakhirat kelak. Akan berduyun-duyun kaum nabi lain yang menangis kerana mereka tidak mendapat syafaat seperti mana umat Rasulullah SAW mendapat syafaat dari Rasulullah SAW sendiri..

Apakah kita sanggup melawak dan bergurau sehingga berbaur penghinaan kepada orang yang akan memberi kita syafaat pada kita kelak?

Mungkin ada yang masih merasakan kenyataan itu bukan suatu penghinaan kepada Rasulullah..

Baiklah..

cuba kita bertanya pada orang

" Satu-satunya perangai ayah kau yang kau ikut adalah poligami "

adakah statement ini ada berbaur-baur penghinaan pada 'ayah' tersebut ?

fikir-fikirkan..


Wallahualam

Sunday, August 15, 2010

KeAjaiban dan Bani Israil

Refleksi cermin pemantul peribadi diri.

Seringkah kita melihat gambar2 diinternet yang menunjukkan kekuasaan Allah..






pokok yang terdapat kalimah tauhid padanya...

Ikan yang punyai kalimah Allah disisiknya..

Awan yang ada mengeja nama Allah..

Bulu binatang yang ada kalimah tauhid..

Gambar-gambar dan video-video seperti ini memang tersebar luas tak kiralah di Masjid , Di internet , Di majalah..

Masing-masing cuba menunjukkan keajaiban Allah..

Pada masa itu, ramailah rakan-rakan dan saudara2 umat islam semua terpegun dan ramai juga tergamam memuji kebesaran Allah SWT.

Ramailah juga berasa bertambah iman mereka ketika itu.

Memanglah tidak salah jika gambar itu dipertontonkan untuk menunjukkan kekuasaan allah.

Tapi ingatlah.......

Ingatlah sejarah para Anbia.

Pelajarilah dari Tauladan..


"Wahai Musa, kami amat dahaga. berilah kami air. "

lantas Musa menggunakan tongkatnya dan dipukulnya satu batu.. maka mengalirlah air dari batu itu..
Kaum yahudi lantas terpegun dengan keajaiban dan menyatakan dirinya percaya dengan allah kerana peristiwa tadi.
Maka mereka pun minum air yang keluar dari batu itu..


"Wahai Isa putra Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?
Nabi Isa terkejut mendengar permintaan mereka dan mengingatkan agar mereka bertakwa pada Allah. Mereka menjawab bahwa mereka menginginkan hidangan itu untuk menambah keyakinan mereka bahwa apa yang disampaikan Isa pada mereka adalah benar. Mereka mahu menyaksikan keajaiban supaya mereka percaya.

Banyak lagi pinta kaum yahudi kepada para nabi agar diperlihatkan 'magic' atau keajaiban untuk mereka bertambah percaya..
Malah mereka pernah meminta untuk melihat sendiri Allah supaya mereka beriman dan mengatakan Allah itu wujud.


Tapi seperti mana yang kita tahu,
Bani Israil tetap ingkar dengan perintah allah..
walaupun sudah pelbagai mukjizat dan keajaiban yang ditunjukkan para nabi.
mereka percaya keesaan dan kekuasaan allah pada masa itu sahaja. lama-lama kelamaan mereka tetap mengingkari allah. Malah setelah 40 hari Nabi Musa meninggalkan Bani Israil kerana pergi mengambil kitab dari Allah, mereka mencipta pula patung sapi emas samiri menggunakan sihir. Mereka kemudian menyebah patung itu ,tanpa memikirkan yang mereka pernah menyaksikan sendiri mukjizat nabi dan kekuasaan Allah serta pernah mengakui depan nabi bahawa mereka percaya allah..


Apakah kita, umat hari ini perlu melihat keajaiban untuk meningkatkan iman kita?

sedarlah , umat yang perlu melihat keajaiban untuk menyatakan keimanan pada allah adalah bani Israil.

Jika benar gambar2 ajaib itu dapat meneguhkan pegangan kita, persoalannya .. berapa lamakah?

Andaikan sudah beberapa lama, tiada keajaiban allah lagi kita lihat.. adakah masih kita beriman kpd Allah ?
Ini kerana Percaya dan Iman kita pada Allah diletakkan pada keajaiban. jadi kita sebenarnya beriman pada keajaiban .

Tidak perlu kita melihat keajaiban2 sebegini.
cukuplah dengan kita melihat penciptaan manusia itu sendiri..
itulah salah suatu bukti kekuasaan allah..
Sistem badan manusia yang kompleks ..
Kita, Manusia setinggi mana pun kita belajar dan setinggi mana ilmu seseorang itu pun, kalau nak mencipta satu manusia yang mempunyai naluri dan 'common sense' pasti tidak akan berjaya. Hebatnya Allah menciptakan manusia dari setitik air mani.

Lihatlah tangan kita , berapa banyak otot yang fleksible membolehkan kita menggerakkan tangan tanpa memerlukan kuasa bateri.. apakah robot boleh meniru gerakan tangan kita 100% ?

Lihatlah Matahari, Jika kita rasakan matahari itu sebenarnya adalah bintang paling besar dan panas.
ketahuilah , bintang hypergiant beratnya lebih 100 kali ganda berat matahari. dan banyak lagi bintang yang jauh lebih panas dari matahari sehinggakan warna bintang itu kelihatan biru seperti bintang eta carinae.

Lihatlah sekeliling, perhatikan dan fikirlah kejadian allah..

Allah meletakkan tanda2 kekuasaan nya pada sekeliling kita

"Sesunnguhnya didalam penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda2 bagi orang yang berfikir -surah ali-imran "

Ini semua bukan keajaiban tetapi inilah bukti kekuasaan allah ..

tidak cukupkah bukti kekuasaan ini sehingga kita mahu melihat benda ajaib untuk kita beriman dan percaya keesaan Allah..?

Tidak perlu keajaiban...

Kekuasaan Allah ada dimana-mana..













wallahualam

Tuesday, April 13, 2010

Konsep kehidupan

Soalan Mudah...

Apakah Tujuan Hidup kita?
kita jadi seorang engineer,seorang petani , seorang ibu, seorang bapa ,seorang jutawan... tapi
at last.. apa sebenarnya yang BETUL-BETUL diambil kira?

Katakanlah aku sorang doktor.. dan sangat kaya raya..
apakah doktor dan kekayaan ini adalah tujuan hidup aku.. ?
apakah sebab ini, tuhan turunkan aku ke dunia?
Bergunakah title aku sebagai 'doktor' dan 'hartawan' nanti?

Entri kali ini mengajak saudara berfikir dan membawa saudara menyingkap rahsia alam dan pengertian sebenar kehidupan.

Pernahkah anda menonton cerita matrix ?

Lama sebelum filem The Matrix yang pertama ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia,beberapa kelompok pemikir dari kalangan Barat telah menemui sedikit kenyataan serta hakikat sebenar dari dunia dan alam kehidupan yang manusia alami.
Kelompok pemikir ini telah mengkaji dari pelbagai-bagai sumber.

Sebenarnya sejak dari dulu cendekiawan dari seluruh dunia lagi mengkaji tentang kehidupan dan ilmu kerohanian. Sebelum zaman kebangkitan barat, semua pengkaji dan pemikir datang dari timur. ini tidak berkecuali para pemikir islam yang mengkaji dari pelbagai sumber sehinggalah ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism) diterokai.

malangnya. ada segelintir manusia yang mempelajari ilmu kerohanian ini atau ilmu tasawwuf untuk mendapat kelebihan sesuatu seperti kebal , berjalan atas air, dan sebagainya.

Dari inilah , Idea penghasilan filem Matrix didapati dan terus diterbitkan oleh Wachowski Brothers ..

guru kerohanian,nabi-nabi,ahli sufi,orang-orang suci,para rishi,arahat,sami dan pendeta telah cuba mengungkapkan rahsia kehidupan melalui pelbagai model untuk memudahkan orang awam memahaminya.
tetapi dalam Matrix, rahsia kehidupan cuba disampaikan dalam bentuk komponen komputer sebagai asas pemahaman




Pernah kah anda terfikir, Adakah di Arasy allah juga ada Hukum Graviti?
masih boleh dipakai lagikah hukum cahaya bergerak lurus di Akhirat kelak?


Sebenarnya Allah mencipta dunia ini dengan kehendaknya.
Maksudnya ,
semua jenis hukum manusia.
Semua jenis turutan dalam alam semesta.
hukum graviti
hukum apungan air
suhu maksimum kepanasan.

semua itu sengaja dicipta allah untuk had manusia hanya digunakan didunia sahaja..
hanya terbatas didunia
itulah sebabnya mengapa dikatakan manusia tidak dapat langsung membayangkan nikmat syurga dan seksaan api neraka ,

kerana allah dah 'programkan' kehidupan manusia untuk satu had .

Dalam kata yang lain.

Dunia ini tidak lain tidak bukan adalah salah satu permainan untuk menguji pemain-pemainnya yang mana ada satu kuasa yang hebat telah merancang undang-undang permainan dan hukum-hukum alam didalamnya.

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau..." (surah Muhammad ayat 36)


Mana yang sebetul-betulnya 'dunia' kita.?
Bumi ini ?
Atau akhirat?

Memang kita boleh mengumpul kekayaan yang melimpah ruah di atas muka bumi
tapi semua kekayaan itu sampai bila?

sebaliknya jika kita dapat kekayaan syurga dan bahagia di akhirat kelak. adakah ia berkekalan dan tidak akan hilang?

ya...

Jadi.. Tidakkah kita rasa yang sebenarnya kita sekarang adalah salah satu watak dalam permainan atau 'game' yang mana bila-bila masa kita boleh 'game over' dan kembali ke 'dunia' kita yang sebenar.. 'dunia' yang tidak akan adanya akhiratnya lagi


Adakah fizikal jasad kita ini adalah diri 'kita' sebenarnya?
Kita diberi muka yang indah, sempurna dan badan yang sihat..
cuba kita lihat kulit kita, muka kita, anggota kita..
adakah ini memang sebenarnya kita.. ataupun jasad dan muka kita tidak lain tidak bukan adalah gubahan pencipta untuk dunia sementara untuk menguji pemain-pemainnya dengan aspek fizikal samaada pemain itu bongkak
riak dengan ketampanan dan kecantikan fizikal ataupun mensyukurinya.


Mari kita pergi lebih mendalam lagi
(pembacaan seterusnya akan lebih difahami jika pernah menonton cerita the Matrix)


"What is real.? How do you define real?(Morpheus )"

Kita melihat sekeliling, ada komputer, ada pokok, ada matahari
Adakah semua itu 'Real' ?
atau hanya ilusi ?

Ingat,
semua ini adalah hasil simulasi maha pencipta ..
semua ini adalah rekaan pencipta semata-mata.
benda yang sebenar-benarnya adalah
akhirat..
alam lain selain dunia..

Mengapa kita dihantar kedunia?

"You're going to have to make a choice..."
(Oracle)

"Choice. The problem is choice"
(Neo)

"Because you didn't come here to make the choice, you've already made it. You're here to try to understand why you made it..."
(Oracle)

" Choice is an illusion, created between those with power..."
(Merovingian )


Sebelum kita dilahirkan, semasa kita berada dialam roh, kita telah mengakui allah itu tuhan kita.

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi"
-Al A'raf 172

kita datang kedunia bukan untuk membuat pilihan, kita sudah buat pilihan kita semasa dalam rahim ibu kita..
Sekarang, kita cuba cari dan mengerti pilihan yang kita buat..
mengapa kita dilahirkan didunia?
Apakah tujuan hidup kita?



Spoon boy: Do not try and bend the spoon. That's impossible. Instead only try to realize the truth.
Neo: What truth?
Spoon boy: There is no spoon.

(The Matrix)

Dunia ini hanya sebuah ilusi.. penuh tipu daya..
dunia ini palsu dan menipu.Tiada apa sebenarnya.Tiada rumus matematik dan fizik yang dapat menunjukkan dunia ini abadi,wujud,realiti dan hakikat.Semua rumus matematik dan fizik menjelaskan dunia ini relatif,terdiri daripada polariti yang bertentangan,memerlukan keadaan seimbang,sebab dan akibat,ketidakpastian dan sebagainya,semuanya menunjukkan dunia ini mempunyai kelemahan,boleh termusnah dan bersifat sementara.

"Perhatikan,segala sesuatu selain Allah adalah palsu belaka". (Hikam)

Kita yang berada didunia adalah hanya jasad yang diberikan roh..

mungkinkah kita sebenarnya ada diluar sana , bukan dalam dunia , cuma kita sekarang ini di 'plug in' untuk mental dan roh kita berada di alam khayalan yang pencipta ciptakan untuk menguji hamba-hambanya.. satu alam yang dipanggil dunia ?

Sedarlah wahai teman-teman.

we are in a game..

bersedialah untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan
bersedialah untuk melawan segala godaan
semua cabaran , dugaan dan cabaran telah allah sediakan untuk melihat sejauh mana ketabahan dan iman seseorang.

mantapkan lah ilmu
hebatkan lah iman
kuatkan pegangan
bersedialah untuk kita keluar dari game ini..



Ini bukan dunia sebenar kita..




"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"

(Stephen R. Covey)



Monday, April 12, 2010

Muhammad Al-Fateh- Sebaik-baik pemimpin




“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,”

begitulah kata-kata Syeikh Syamsuddin Al Wali sambil menunjuk Muhammad Al-Fateh yang masih lagi dalam buaian.

Muhammad Al-Fateh (Sultan Muhammad II) telah menaiki takhta daripada ayahnya ,Sultan Murad sejak berumur 19 tahun lagi.

Sewaktu beliau mula-mula menaiki takhta, ramai pembesar dan rakyat mula ragu-ragu tentang kredibiliti serta kemahiran beliau memimpin memandangkan dia baru berusia belasan tahun.

Keadaan ini telah dianggap peluang keemasaan untuk pihak musuh menyerang tetapi ternyata Muhammad Al-Fateh bukan sahaja bijak dalam pentadbiran malah dalam strategi peperangan.

Muhammad Al-Fateh sejak dari kecil lagi diasuh untuk mengekang nafsu dan untuk hidup susah oleh gurunya Syeikh Syamsuddin Al Wali untuk membentuk kekuatan dan ketabahan dalam diri Muhammad Al-Fateh,

Pernah suatu ketika gurunya sengaja merotan Muhammad Al-Fateh dengan teruk tanpa sebab dan tanpa sebarang kesalahan. Selepas puas dirotan, gurunya menerangkan begitulah perasaan orang dizalimi dan orang yang tidak mendapat keadilan sepatutnya.
Sejak dari itu, Muhammad Al-fateh belajar perasaan belas kasihan dan sentiasa adil dan saksama antara manusia.

Sultan Muhammad Al-Fateh juga mengajar rakyat-rakyatnya agar taat pada perintah allah dan beliau sering mendidik rohani para tentera serta rakyat-rakyatnya.

Pernah suatu hari , dalam perjalanan untuk menuju ke constantinople.. tentera uthmaniyah (tentera islam) dibawah sultan Muhammad al-Fateh telah melalui sebuah ladang anggur yang besar. Anggur-anggur dalam ladang itu sedang masak ranum.
Sebelum melalui ladang itu , Sultan Muhammad Al-Fateh mengingatkan tentera-tenteranya agar jangan diambil anggur itu .
Perjalanan diteruskan hinggalah tiba disuatu tempat rehat dan khemah didirikan.
Tiba-tiba, pembantu Muhammad Al-Fateh keluar dari khemah itu dan meminta semua tentera berkumpul.Dia memberitahu pada semua tentera bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh gering dan tenat. ubatnya menurut tabib adalah sebiji anggur.jika tiada anggur untuk berubat , mungkin sultan akan mangkat.
pembantu tadi meminta pada semua tentera jika mereka ada anggur untuk mengubati sakit tuan mereka.
Tentera mereka cemas dan gelisah. Tiada seorangpun diantara ribuan tentera mempunyai walaupun sebiji anggur.
ketika itu, tahulah Muhammad Al-Fateh bahawa bukan sahaja tentera-tenteranya hebat dari segi fizikal dan dalam peperangan , malah rohani mereka juga hebat.
ternyata seorangpun tentera tidak mengingkari perintahnya.
kemudian, keluarlah Sultan Muhammad Al-Fateh dari khemahnya dan memuji tenteranya serta memberitahu berita itu sekadar ujian.

begitulah hebatnya Sultan Muhammad al-Fateh serta tentera-tenteranya,

benarlah sabda Rasulullah SAW.

“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

hadis ini telah diungkapkan Rasulullah SAW lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh.


Constantinople adalah sebuah ibu kota empayar byzantine. ketika itu Constantinople adalah antara kota terkuat , terbesar dan terkaya di dunia.

Ramai yang beranggapan terlalu mustahil untuk menakluki kota tersebut memandangkan kekuatan kubu serta sistem pertahanan dan juga faktor geografi lain.

sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh, kota ini telah banyak kali cuba ditawan oleh kuasa lain tetapi gagal dan mampu bertahan lebih 1000 tahun.

Sistem pertahanan kota ini memang menakjubkan dan amat sukar ditembusi musuh musuh.


Peta Constantinople (turki) , klik untuk dibesarkan




Menyedari hakikat ini. Sultan Muhammad Al-Fateh telah merancang dengan teliti strategi dan taktik untuk menakluk kota ini.

Strategi dan taktik perang Sultan Muhammad Al-Fateh telah diakui barat sehingga hari ini antara taktik perang yang hebat dan bijak serta unik.

Untuk mengawal dan mempertahankan wilayahnya dari mana-mana ancaman musuh. Sultan Muhammad Al-Fateh terlebih dulu membina sebuah tembok untuk tujuan keselamatan.
tembok inilah digelar sebagai Rumeli Hisari.




Dalam proses pembinaan tembok ini, Pemerintah Constantinople bertindak jahat mengarahkan ratusan askarnya merobohkan tembok ini diwaktu malam.
Namun Sultan Muhammad tidak putus asa. Pembinaan tembok itu tetap diteruskan.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga turut sama membantu mengangkat batu dan membuat kerja buruh lain dalam pembinaan tembok ini. Ini sekali gus memaksa semua pembesar-pembesar dan ulama- ulama untuk turut serta membantu pembinaan.

Suatu hari, Sultan Muhammad mendengar tentang seorang pembuat meriam yang mahir dan handal bernama urban. tetapi malangnya Urban ketika itu dikurungkan dalam penjara oleh pemerintah constantinople oleh sebab keenganan beliau untuk bekerja sama dengan pemerintah constantinople yang amat zalim pada rakyatnya.
Sultan Muhammad Al-Fateh telah menghantar perisik untuk mengukur tembok, keluasan sungai dan struktur kota itu . Berbekalkan ukuran tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan agar terowong bawah tanah digali menuju ke bilik penjara Urban.
Urban berjaya dikeluarkan.
Urban telah bersetuju bekerjasama dengan kerajaan uthmaniyah dan telah mencipta meriam yang paling canggih dan paling kuat ketika itu.
Dikatakan bahawa berat bola meriam itu sahaja sudah melebihi 300 KG dan bunyi letupan meriam itu boleh didengari sejauh 5 kilometer.





Berbekalkan semangat jihad, Tentera Islam bergerak ingin menakluki kota constantinople. Tentera islam ketika itu terbahagi pada tentera darat dan tentera laut.

Sesampainya tentera islam (uthmaniyah) dihadapan kota constantinople, meriam yang besar pun dihalakan pada tembok kota constantinople yang utuh.
tembok constantinople merupakan tembok yang stabil dan sukar ditembusi oleh mana-mana peluru meriam kerana ketebalan dan terdapat dua lapisan tembok.





Sesudah itu, utusan dihantar menghadap pemerintah constantinople untuk menawarkan agar constantinople diserahkan secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah.
namun pemerintah constantinople enggan dan memilih peperangan

Pada subuh esok hari, Meriam tentera Muslim dilancarkan.
ternyata meriam ini dapat merosakkan tembok ini dengan meninggalkan kesan sedalam enam kaki.

meriam dilancar bertalu-talu...
dengan harapan agar tembok constantinople runtuh dan dapat ditembusi


Kepungan Tentera islam belum lengkap lagi tanpa kehadiran sokongan tentera laut . kapal-kapal tentera islam tidak dapat masuk kedalam perairan tanjung emas (golden horn) kerana terdapatnya rantai besi yang panjang menghalang laluan kapal asing. Rantai ini cuba dimusnahkan oleh tentera islam dengan meriam dan gergaji tetapi masih gagal.








Kedudukan rantai besi yang mengawal perairan tanjung emas (garisan merah)



dalam masa yang sama, meriam-meriam tentera muslim masih dilancarkan pada tembok-tembok kota. meriam ini mengambil masa 3-4 jam untuk sejuk dan boleh digunakan semula..

satu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat idea yang teramat luar biasa untuk memindahkan kapal-kapal laut kedalam perairan tanjung emas (golden horn) untuk membantu serangan tentera darat.
Malam itu, kayu-kayu ditebang dan dijadikan landasan, dalam keadaan hujan yang renyai, tentera islam memindahkan kapal-kapal merentasi bukit untuk memasuki perairan tanjung emas.
Maha suci Allah ,
dalam satu malam 70 kapal perang berjaya dipindahkan kedalam tanjung emas.


keesokan paginya , penduduk constantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nashid tentera islam. mereka tidak dapat menyangka dan tidak percaya kapal-kapal tentera islam dapat masuk ke tanjung emas tanpa merosakkan rantai besi yang mengawal lalu lintas di tanjung itu.
Ada diantara tentera constantinople menganggap mereka menggunakan bantuan syaitan dan jin.
dalam keriuhan pagi itu, terdengar seorang ahli falsafah byzantine (constantinople) mengucapkan

"Tidaklah kami pernah melihat atau
mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya
Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"



gambar diambil dari google earth. garisan putus2 kuning merupakan landasan untuk membawa kapal-kapal merentasi bukit suatu ketika dulu


Gambar diambil dari google earth . Garisan merah adalah rantai besi yang menghalang kemasukan kapal-kapal islam. dan garisan kuning adalah jalan darat kapal-kapal yang merentasi bukit.



Juga sama seperti penjelasan diatas. Klik untuk dibesarkan gambar

Selepas berjayanya membawa kapal-kapal memasuki tanjung emas, tentera islam mendapat seakan mendapat suntikan semangat baru.
ledakan meriam dan serangan dilancarkan siang dan malam.

Tentera-tentera bantuan dari eropah lari ketakutan apabila tembakan meriam memusnahkan salah satu kapal dagang di tanjung emas. mereka lari dari medan perang melalui kota gala

dalam keriuhan kota constantinople dengan peperangan. penduduk telah menyedari bahawa tentera islam telah mengorek terowong bawah tanah untuk masuk ke pusat kota.
kegelisahan dan ketakutan melanda semua penduduk sehinggakan mereka curiga dengan tapak kaki sendiri . mereka merasakan bahawa tentera islam boleh keluar bila-bila masa dari tanah.

Dengan keadaan berpihak pada tentera islam , sultan Muhammad sekali lagi telah mengutuskan seorang utusan untuk menawarkan pada Pemerintah Constantinople agar menyerahkan kota constantinople dengan aman.
namun Pemerintah Constantinople enggan. balasnya

"... syukur kepada Tuhan
kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi
aku bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayat demi takhta... atau mati
sahaja dan dikuburkan di kota ini!



mendengar balasan itu, Sultan Muhammad Al-Fateh berkata

"Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau
keranda...!"
.



pakaian peperangan tentera uthmaniyah kurun ke-17


Hari itu,29 Mei 1453M,
serangan utama
dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid
sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka
pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera
salib di kota itu.
Ketika itu, Laungan takbir seolah-olah menjadikan tentera islam seakan-akan singa dimedan perang.


Hujan panah pula sungguh hebat ..

Tentera islam berjaya menembusi kota pada bahagian pintu edirne dan mereka berjaya mengibarkan bendera Daulah uthmaniyah dipuncak kota

apabila melihat keadaan itu, Pemerintah constantinople berasa berputus asa lalu menanggalkan pakaian maharajanya agar tidak dikenali dan cuba melarikan diri.
namun, dia menemui ajalnya tak lama kemudian.

berita kematian pemerintah constantinople tersebar luas.
Tentera Constantinople makin lemah dan hilang arah selepas mengetahui kematian pemerintah mereka lantas mereka menyerah kalah.

Hari itu,setelah bertempur selama 53 hari. Tentera uthmaniyah berjaya menawan kota constantinople.


majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan
Muhammad Al-Fateh berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada
penduduk Costantinople

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan
sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing
bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Sultan Muhammad Al-Fateh meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi , ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan
paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.



Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan agar gereja itu ditukar menjadi masjid.

Nama constantinople pula ditukar kepada Islam Bol bermaksud Bandar Islam

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas kemenangan keatas constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-fatih memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lalu bertanya,

"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh...

Subhanaallah.. hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh.


begitulah kehebatan umat islam zaman dahulu..
tidak hairanlah mereka dapat menakluk dunia.
bukan kerana fizikal ,strategi dan kepandaian mereka sahaja, malah rohani dan iman mereka cukup hebat..

cuba kita minta pada komuniti kita hari ini siapa yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak baghligh walau sekali untuk duduk...

nescaya hampir semua duduk..

berbeza dengan tentera uthmaniyah..

tiada seorangpun duduk...


astaghfirullah..
sejauh mana iman kita...

Sunday, April 4, 2010

Cinta ♥


"boleh tak saudara tolong saya?, kenderaan saya pancit ni"
pinta seorang gadis kepada aku...

tanpa memandang wajahnya ,aku terus mencangkung dan melihat keadaan tayarnya yang pancit..

"pancit teruk ni saudari, tayar ini kena hantar ke kedai ni,takpe inshallah saya boleh tolong, " kata aku sambil mengetuk-ngetuk tayar depan kenderaan itu.

"by the way, nama saya Nur Nabilah" katanya memperkenalkan diri..

aku bangun..

" Nama saya .."
" Nama saya Muh.."

wah.. aku terpaku.. aku jadi gagap..
Setelah aku memerhatikan raut wajahnya, aku terpegun..

Subhanallah, lembutnya wajahnya, indahnya matanya..
memang cantik tak tergambar.
aku tersenyap seketika.

Nur Nabilah hanya tersenyum melihat aku tergagap-gagap seolah aku sedang melihat hantu..

"Nama saya muhammad" ucap aku dengan penuh getaran, cuba menyambung ayat yang perkenalan diri yang tak habis tadi..

"oh,. haha. " Nur Nabilah sedikit ketawa..
"Ini nombor saya 014228499. nanti kalau ada apa-apa ke, tayar tu kena tukar baru ke, saudara call la ye" kata Nur Nabilah dengan lembut..

bagaikan orang ngantuk disorongkan bantal , perasaan teramat gembira ketika itu memang tak dapat digambarkan.. dah la lawa, dia kasi nombor phone lagi..

dalam hati aku menjerit...
"yahoooooooo!!!"
____________________________________________________________________________________

Begitulah detik perkenalan aku dengan si dia..
sejak haritu memang aku sentiasa terbayang pada dia..

Nak buat kerja ,ingat dia..

Nak masak , ingat dia..

Kalau rindu, mesej ataupun call dia...

Pernah satu ketika, sesudah solat ,aku baru perasan yang aku terlalu teringat tentang dia dalam solat sampai aku tak khusyuk langsung dalam solat..


Begitulah Hebatnya penangan cinta..
Semua jadi indah , semua jadi Sempurna.

Seperti kata Orang Tua-tua.
Kalau bercinta, kentut pun jadi wangi.

Bagi aku ketika itu, inilah cinta sejati...

Memang tak ingat dunia.

Maha suci allah menciptakan perasaan cinta ..

Kalau beginilah cinta yang kita maksudkan..

Apakah benar kita cintai allah??

Ya.. memang secara lisan kita boleh mengaku kita cinta allah.
memang kita boleh kata "cinta aku hanya Allah yang satu"

Betul ke?
Ataupun kita hanya menipu diri sendiri...

Jika seorang yang kita cintai,meminta kita untuk membelikan sesuatu atau meminta untuk menolongnya. Adakah kita tolak?
Mustahil...
Mustahil kita tolak.. malah kita akan buat secepat mungkin..
Kerana apa?. kerana kita cintakan dia..

Tapi ,ketika Allah meminta kita solat lima waktu, berbuat baik dan sebagainya..
Adakah kita ikut sepenuhnya.?
Kadang2 kita bagi alasan malas la nak sembahyang.. terlupa ataupun terlajak tidur... takpun kita akan melambat-lambatkan permintaaan Allah..
Adakah ini yang kita katakan kita cinta pada Allah?


Ketika kita mendapat surat cinta dari seorang yang kita cintai.. kita selalu baca dengan penuh perasaan.. kita cium surat itu. dan simpan elok2 .. ada masa terluang sikit, surat itu pun dibuka semula dan dibaca lagi sampai kadang2 kita sendiri hafal ayatnya satu persatu..

Tidakkah kita tahu, sebelum kita lahir lagi.. Pencipta kita telah pun menghantar surat cintanya pada kita kerana sayangnya pada kita..
Surat cinta itu ,Allah hantar kerana Allah tidak mahu kita tersesat dan hilang pedoman..

Surat cinta itu penuh dengan ayat-ayat menasihati kita dengan bahaya dunia..
Adapun surat itu allah turunkan tidak lain dan tidak bukan adalah buat kita..
ummat Muhammad SAW..
Surat cinta itu adalah Al-Quran..
Itulah bukti Sayangnya pencipta kita pada kita..

Mana kita simpan Surat cinta itu? ..
dalam Almari? Atas meja? .
Bilakah kali terakhir kita membacanya?
Bilakah kali terakhir kita memahami apa yang disampaikan ?..
ataupun habuk-habuk kelabu menghiasi dan menyelaputi surat cinta itu?


Jadi..

Adakah layak kita mengaku yang kita benar-benar cintai Allah?











Wednesday, March 24, 2010

The day i became a Muslim

Aku dibesarkan dengan kehidupan serba moden dan mewah.
aku dibesarkan didalam keluarga kristian.
aku juga telah diajar yang tuhan itu wujud.
cuma manusia tidak boleh berhubung dengan tuhan secara terus.
mestilah berhubung melalui jesus. dialah pintu kepada tuhan
aku percaya
tapi aku tak terima sepenuhnya .

Aku melihat patung jesus yang disembah...
aku lihat dengan teliti..
ia tak lebih dari sebuah batu tak bernyawa.

dan bila mereka kata tuhan ada tiga..
aku bertambah hairan tapi aku dilarang dari mempersoalkannya.
aku terpaksa mempercayainya kerana menghormati kepercayaan ayah ibu aku..

muzik menjadi minat aku
aku mula mencipta lagu.. mengharapkan jadi bintang satu hari nanti

semua dalam filem dan media betul-betul aku kagumi..
dan aku mula berfikir..

"inilah tuhanku"

matlamat untuk membuat duit- adalah tuhan aku .


Aku mengambil keputusan, inilah hidup sesuai untuk aku. untuk jadi kaya.
untuk menjalani hidup yang 'hebat'

pada masa itu, idola aku adalah bintang pop dan artis-artis..

Aku mula gigih mencipta lagu..

jadi apa yang berlaku kemudian adalah aku berjaya jadi terkenal.

ya, aku berjaya

aku masih berada dialam remaja
tetapi gambar aku ,nama aku sudah berlambak menghiasi muka-muka akhbar dan media..

itu membuat aku rasa diri aku hebat

"aku manusia hebat"

jadi, untuk hidup secara hebat ,aku fikir salah satu caranya adalah dengan minum minuman keras dan mengambil dadah.


Selepas setahun berjaya mengaut kekayaan dan hidup mewah serta berpoya-poya.

aku jatuh sakit...

aku menghidap Tuberculosis dan dimasukkan ke hospital


Dihospital.

aku berfikir..

"apa yang berlaku ke atas aku? "
"Adakah aku hanya satu jasad dan matlamat hidup aku adalah memuaskan jasad aku?"
"kenapa aku disini?"
"kenapa aku terbaring atas katil?"

aku mula mencari jawapan.
aku mula banyak membaca.

pada masa itu ,aku mempunyai minat yang dalam tentang mistik timur.
dan aku banyakkan pembacaan.
perkara mula2 aku perasan adalah apabila mati roh tetap bergerak dan ia tidak pernah berhenti.

aku mula banyak bertakafur
aku juga mula sedar yang aku bukan hanya sekujur badan (jasad)

satu hari, aku berjalan dan terperangkap dalam hujan,
aku terus berlari ke tempat teduh.
tiba-tiba aku terfikir.

" badan aku basah , badan yang bagitahu yang aku sedang basah"

ini membuatkan aku berfikir yang sebenarnya badan atau jasad adalah seperti keldai.
kena diajar dan dilatih kemana arah yang mahu dituju.
kalau tidak, keldai akan pergi kemana arah yang dia nak pergi sesuka hati..

Kemudian, aku sedar adanya 'keinginan'. tuhan beri setiap manusia 'keinginan'.
aku tertarik dengan pemikiran baru dan aku berusaha mempelajari agama-agama ditimur.
pada masa itu aku dah putus asa dengan kristian.

aku teruskan minatku dalam menulis lagu...
dan aku menulis lagu

"the way to find god out"

aku jadi lebih terkenal dalam industri hiburan.

Aku hadapi masa yang teramat sukar kerana aku bertambah kaya dan terkenal dalam masa yang
sama aku mencari kebenaran dan mencari tuhan.

Ada satu masa, aku berpendapat ajaran buddha adalah agama yang benar dan suci. tapi aku tak bersedia nak tinggalkan dunia.
aku terlalu berpaut pada dunia aku dan tak bersedia nak jadi sami (monk) dimana setiap sami perlu mengasingkan diri dari dunia luar.

Aku cuba Zen dan Ching, numerology dan kad tarot serta astrology,
aku cuba tengok kita bible semula ..

aku tak jumpa apa-apa..

Pada masa itu aku tidak tahu langsung tentang Islam..

Dan mulalah peristiwa yang aku anggap 'miracle' (ajaib)

Abang aku melawat masjid di Jerusalem dan betul-betul kagum dengan masjid itu .
suasananya bedenyut-denyut dengan kehidupan (dunia) dan dalam masa yang sama suasananya tenang dan damai.
tidak seperti digereja yang boleh dianggap kosong..

Apabila abang aku balik dari london, dia hadiahkan aku senaskah quran.
dia tidak memeluk islam tapi merasai sesuatu istimewa dalam agama ini.

dan pada masa aku mengkaji buku tersebut, aku dapati semua persoalan aku terjawab.

"siapa aku?"
"apa makna hidup aku?"
"apa sebenarnya realiti dan apa yang menjadi realiti?"
"dari mana aku datang?"

aku mula sedar .
ini agama yang benar.
agama yang barat tidak pernah faham.

Dibarat, sesiapa yang memeluk sesuatu agama dan menjadikan agama itu cara hidupnya , dia dianggap fanatik

Aku bukan fanatik !...

Perkara mula-mula yang mengelirukan aku adalah tentang roh dan jasad.
setelah aku mencari dan membaca
baru aku sedar yang mereka tidak terpisah .
kemudian aku sedar bahawa
kita tidak perlu pergi ke gunung yang tinggi untuk menjadi alim
kita mesti ikut perintah tuhan..

aku dah nampak kebenaran.

perkara pertama aku nak buat sekarang adalah

aku nak jadi Muslim!..

aku mula tahu..

"semuanya milik tuhan, tidak ada yang mengalahkannya , Dialah yang menciptakan semua"

Pada masa ini, aku mengenali kepercayaan aku.

Aku rasa aku adalah muslim

Apabila membaca Quran aku perhatikan yang semua Nabi-nabi yang diutuskan bawa mesej yang sama.

Jadi apa perbezaan antara yahudi dan kristian ?
Aku tahu yahudi tidak terima jesus( nabi isa as) sebagai Messiah dan mengatakan mereka telah mengubah ayat-ayat tuhan.
malah orang kristian sendiri tersalah faham ayat tuhan menyatakan Jesus itu anak tuhan.

Disinilah nampaknya keindahan Quran .
Quran meminta kita untuk berfikir dan mencari sebab, bukan menyembah matahari atau bulan. Quran mengajar agar menyembah tuhan yang esa.

Quran meminta kita berfikir tentang bumi,bulan dan ciptaan tuhan yang lain secara umum.

Tahu tak kita bahawa betapa besarnya perbezaan matahari berbanding bulan.
Mereka mempunyai jarak berlainan dari bumi tetapi mereka kelihatan sama saiz.
ada satu masa pula , mereka kelihatan seperti bertindih.
Malah,ramai angkasawan yang pergi ke angkasa lepas , selepas mereka lihat besarnya saiz bumi dan luasnya alam ini , mereka terus mencari kebenaran agama kerana
melihat tanda-tanda kekuasaan tuhan.

Aku teruskan pencarian dalam quran.
quran bercakap tentang solat, kebaikan dan derma.
Aku belum lagi jadi muslim ketika itu tetapi satu-satunya jawapan untuk aku adalah Quran dan Tuhan telah menghantarnya pada aku
pada mulanya,
Aku ingin rahsiakan semua ini ..
tapi fikiran aku berubah apabila membaca ayat dalam quran berbunyi

" Setiap orang yang beriman adalah bersaudara"

Pada detik itu aku teringin berjumpa dengan saudara Muslim aku..

kemudian,
Aku mengambil keputusan pergi ke Jerusalem seperti mana abang aku pergi satu masa dahulu.
Di jerusalem aku masuk ke dalam sebuah masjid dan duduk,

Tiba-tiba , seorang lelaki datang menghampiri aku dan menegur aku..

" Siapa nama Saudara?" tanya lelaki itu
" Nama saya Stevens" jawab aku.

Lelaki itu kelihatan pelik dan keliru.
mungkin pelik dengan nama aku yang tidak melambangkan seorang islam.

aku kemudian menyertai bersama solat mereka walaupun tak beberapa berjaya.


Balik di London,
aku berjumpa dengan seorang muslimah bernama Nafisa dan aku menyatakan hasrat aku untuk memeluk islam.
Dia terus membawa aku ke New Regent Mosque.

Pada tahun 1977, selepas solat jumaat, aku berjumpa dengan imam dimasjid itu dan menyatakan
keimanan aku dan terus mengucapkan 2 kalimah syahadah. Alhamdulillah setelah hampir 1 tahun setengah menerima
quran dan mengkajinya, aku akhirnya memeluk islam

Sekarang, aku percaya kita boleh berhubung terus dengan tuhan tanpa memerlukan perantaraan seperti jesus ataupun patung-patung.
Ini berlainan dengan agama lain

Pernah satu ketika, seorang gadis hindu berkata pada aku

" kamu tidak faham tentang hindu, kami percaya tuhan itu satu, cuma kami jadikan objek(berhala) hanya untuk kami tumpukan perhatian,."

Apa yang cuba dia sampaikan adalah dalam usaha menggapai tuhan, berhala mestilah dicipta untuk dijadikan perantaraan

tapi islam melarang perantaraan .

Satu-satunya yang membezakan seorang muslim dengan bukan muslim adalah solat.
inilah proses penyucian diri.

AKhir kata, moga ramai yang akan dapat inspirasi dari pengalaman aku.
dan aku nak tekankan yang aku tak pernah langsung berhubung dengan mana-mana Muslim sebelum aku masuk islam.

Aku bermula dengan pembacaan quran . dan aku mula sedar yang tiada manusia yang lengkap.

Islam itu lengkap dan jika kita ikut ajaran nabi Sallallahu alayhi wa sallam , inshallah kita akan berjaya.

Moga allah beri petunjuk dan jalan untuk ummat Muhammad SAW .

Amin!


_____________________________________________________________________________________




"Aku" diatas adalah merujuk kepada Yusuf Islam atau nama sebelumnya Cat Stevens.
Yusuf Islam, Pada zaman awalnya adalah salah satu bintang besar dalam industri hiburan, mempunyai jutaan peminat dan antara selebriti yang paling terkenal. Setelah mendapat hidayah, Yusuf Islam giat menjalankan kerja-kerja dakwah dan mengajak orang ramai mengenal islam. Sekarang nama yusuf islam cukup sinonim dengan lagu-lagu berunsur dakwah dan pengislaman Yusuf pernah membuka mata seluruh dunia tentang islam.













Monday, March 15, 2010

jihad itu terrorist? apakah?

Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat
setahun dirasakan seperti sebulan
sebulan dirasakan seperti seminggu
seminggu dirasakan seperti sehari
sehari dirasakan seperti satu jam
satu jam dirasakan seperti satu petikan api

Betul juga sabda rasulullah SAW diatas (Hadith Riwayat Termizi)..
Aku rasakan masa betul2 sedang menghimpit dari setiap penjuru.
Sibuk dengan urusan dunia.
Alhamdulillah , Hari ini diberi kesempatan untuk update blog...

Baru2 ini..
Ada seorang saudara mengirimkan satu link buat aku..
Katanya link tu ada kaitan dengan blog ini..

Alhamdulillah.. Ada juga orang yang sentiasa membantu dalam urusan dakwah ini.
Terima kasih sahabat...

Lalu aku pun bukak lah link dia..

http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3628

Syukur pada allah.

Ada seorang sahabat dengan nama samaran TiadaBingkai meng postkan salah satu artikel dalam blog ini dalam satu laman web komuniti www.syok.org..
syukran diucapkan pada saudara..

Aku pun bacalah komen dibawah laman web itu..

Antara yang betul2 menarik segenap perhatian aku adalah komen seperti dibawah,.



waaahh.. begitu tenang je kutuk jihad..

siap cakap jihad untuk orang berfikiran pendek..

memang mantap gila iman kau joelia..

Tinggi benar ilmu quran dan hadis kau sampai boleh cakap macam itu.


Ketahuilah wahai saudara joelia ,

Allah pernah berfirman

"Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)"

Itu cakap allah tu, bukan aku yang cakap..

kalau allah cakap suruh kita berjihad ..
adakah yang ikut cakap allah itu berfikiran pendek..

adakah saudara joelia maksudkan juga siapa yang menyuruh berjihad itu berfikiran pendek?..

dengan itu adakah saudara joelia katakan allah itu berfikiran pendek?


Astaghfirullah ...

Ternyata yang pendek pemikiran dia adalah saudara joelia sendiri..

Aku tak nak memaki hamun saudara joelia.
Fenomena begini bukan baru.

ada dikalangan teman2 aku juga telah mengemukakan hujah cetek dangkal ini..

Begitulah pengaruh media barat dan propaganda musuh islam pada kita..

Apabila dikatakan tentang jihad..

perkara pertama kebanyakan manusia fikir adalah.,.


TERRORIST


Ini termasuklah kita sendiri..

Hebatnya pengaruh media memaksa penonton lahap dan telan kenyataan biadap bahawa islam itu terrorist.

Teringat aku satu short documentari "30 Days As A Muslim"..
mengisahkan tentang seorang warga kristian amerika yang telah menawarkan diri untuk tidur, makan dan hidup sebagai muslim di Michigan ,Amerika . Malah dia juga kena hidup dikalangan orang muslim dan melihat sendiri aktiviti muslim.

Sebelum bertolak tinggal bersama 'keluarga angkat' muslim , dia ditanya apakah yang dia bayangkan apabila dia dengar perkataan "Muslim"

Lantas dia pun menjawab.

"Saya bayangkan sorang lelaki dengan Senapang AK47 dan Perempuan dengan kain seluruh kepala"

Ada juga sedutan dalam dokumentari itu yang mengambil pandangan secara rawak terhadap orang ramai dengan bertanyakan "Apakah perkataan pertama yang anda bayangkan apabila mendengar perkataan Muslim? "

Tidak kisah yang kulit hitam , kulit putih, rendah , ataupun tinggi..

hampir 90% yang menjawab " terrorist"


hehhhh...

sayu rasa hati...

Benarlah kata rasulullah SAW, Islam diakhir zaman akan dipandang jelik, pelik (gharib)..

mungkin itu sebabnya kenapa saudara joelia cakap demikian..
mungkin terpengaruh pemikiran sebegini dengan teruk..

takpelah saudara joelia ..
mungkin kau tak tahu makna sebenar jihad tu..
mungkin kau jahil..

teruskan mencari..

tapi apapun masih ada lagi yang ingat untuk menegur saudaranya.



syukur..

:D


apapun ,sekali aku baca nak tergelak gak baca komen saudara Firdanas..
Marah betul ye..



rilek bang ye..
Sayangi saudara seislam kita..
Merekalah nanti yang akan bersama kita dipadang masyar.
maafkan lah.. mungkin kejahilan dia.

Bersatulah kita semaikan kasih sesama umat kita..

Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi diri dia sendiri..

Cara Rasulullah SAW bukan dalam nada dan irama Kekejaman serta kebencian

Cara Rasulullah SAW dalam bahasa dan irama Kasih serta Sayang.


Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...