Friday, February 26, 2010

lemahnya aku~

astaghfirullah...
aku masih lemah lagi..
Iman di hati ini masih lemah dan longlai...

Malam itu,
aku bertandang ke rumah seorang rakan aku..
dia duduk kesorangan dirumah..
aku datang kerana jemputan dia bersama rakan2 lain kerana ingin membuat BBQ beramai- ramai.
kerana bara api sukar untuk dinyalakan..
aku diminta tuan rumah untuk turun ke bwah mencari minyak tanah.
aku pergi ke dapurnya untuk mencari minyak..

dalam kesibukan aku mencari.
tiba2 . aku melihat susunan tin dibawah almari..
aku rasa sangsi kerana selalunya tin minuman biasa tidak ada warna sebegitu dan tidak sepanjang itu..

Astaghfirullah..
setelah aku perhatikan dengan betul2.
itu adalah tin Arak..
ya...
tin arak...

Aku tersentak..
Sebelum ini aku hanya dengar yang kawan aku sorang ini kuat minum arak.
tapi.. aku tak pernah berburuk sangka. aku anggap cakap mereka hanyalah usikan dan gurauan..

Aku tak tahu nak buat apa..
Tiba2.. ada sorang kawan aku yang lain perasan yang aku dah jumpa tin arak itu...

"aah.. dia memang selalu minum arak.. Masa aku datang sebelum kau,dia suruh aku sorokkan tin tu bawah almari supaya korang tak nampak.."

Aku sedih...
Nak ditegur -kawan..

aku dalam dilema

Tapi malam itu.. aku benar-benar tak tahu nak buat apa..
mulut aku bagai dizip. tangan aku bagai dipaku.
tak sampai hati nak tegur..
Padahal dah depan mata nampak..

ya allah
lemahnya iman aku ni..
telah kau tunjukkan aku kesilapan kawan ku.,.
aku tetap takut untuk mencegah yang mungkar,..

apa jenis orang aku ini ya allah ?
apa jenis hamba aku ini ya allah ?


Thursday, February 25, 2010

Muhammad SAW tidak gila

"Kau gila ,Muhammad.. kau gila"
Orang musyrikin mekah tidak habis-habis menuduh insan bernama Muhammad Bin Abdullah ini gila.
Mana tidaknya..

Naik ke langit dalam satu malam ? Hamba setaraf dengan tuannya? Bertemu dengan utusan tuhan ( malaikat jibril) ?
Ramai yang ketawa dan menganggap Muhammad bin Abdullah ini gila walaupun ketika itu baginda terkenal dengan sifat Al-amin.. sentiasa jujur dan tidak berbohong..

Namun begitu..
Siapa nak percaya?

**********************************************************************************




"Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.dan kami jadikan dari air, setiap benda yang hidup , Maka, mengapa mereka tidak mahu beriman" ( Al-Anbiya' : 30 )


"Alam semesta terhasil daripada satu letupan kuat ( cosmix explotion) sebuah objek yang sangat panas dan mampat dan kemudiannya berlakunya proses pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) , membentuk ke semua galaksi-galaksi , planet-planet, bintang-bintang dan seumpamanya .Ianya berlaku 12-20 bilion tahun yang dulu."

Ini adalah teori penciptaan alam semesta
Teori BIG BANG
Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.



1974, Stephen Hawking telah mengukuhkan lagi teori big bang ini dengan penemuan teori 'Black hole'

Dan saintis melengkapkan teori ini pada 2009, dengan penemuan teknik mengira jangka tarikh letupan dengan lebih tepat.

saintis mendapati terdapatnya kesan radioaktif sejurus selepas kapal angkasa yang dihantar mereka melepasi lapisan atmosfera bumi .ini membuktikan pernah berlakunya letupan yang besar suatu masa dahulu ...mengukuhkan lagi teori Bing Bang ini...




Maha Suci Allah...
Mari kita lihat turutan teori-teori yang dikemukan dari dulu hingga sekarang.


140 SM -
Claudius Ptolemeus , mengemukakan teori Bumi adalah pusat alam. Teori ini diterima dan dijadikan pegangan gereja.

610-
Al-Quran diturunkan, Nabi Muhammad SAW mengajar al-quran kepada manusia.

1543-
Nicolaus Copernicus ,mengatakan matahari adalah pusat alam(teori heliosentrik) . Copernicus digambarkan Martin Lurther sebagai orang gila dan dikatakan melawan injil akibat teorinya. Teori ini memberi tamparan hebat bagi pihak gereja yang sebelum ini berbangga dengan teori Bumi adalah pusat alam kerana teori itu mengangkat bumi sebagai tempat yang mulia

1687-
Newton menemukan teori graviti, menerangkan tentang paksi-paksi dan orbit-orbit planet

1918-
Harlow Shapley berhasil menentukan pusat galaksi Bima
Sakti ( Matahari beredar mengikut orbit didalam galaksi Bima sakti)

1974-
Stephen Hawking telah mengemukakan teori big-bang ,asas pembinaan alam semesta

2009-
Teori big-bang dikemaskini dan diperincikan.




"Muhammad SAW tidak gila "

"Muhammad SAW bukan pembohong"


Lihatlah
Kebenaran Al-Quran,
Lihatlah
Kebenaran Nabi Muhammad SAW, utusan Allah

Ketika teori Claudius Ptolemeus diterima umum yang mengatakan Bumi pusat alam dan menggambarkan bumi sebagai benda yang statik, Nabi Muhammad menerangkan..
“Kamu lihat gunung-gunung itu. Kamu sangka dia diam. Padahal, ia berjalan
sebagaimana jalannya awan… Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu
kerjakan”. (Q.S. An-Naml: 88)


Dan Mereka kata
" Muhammad, kau dah gila"
cuba kita lihat penemuan sains hari ini... Adakah bumi itu tidak bergerak ? Adakah semua benda mengelilingi bumi?
Tidak!
Tabahnya hati Al-Muallim Nabi Muhammad SAW ketika dia dituduh gila..

Ketika Harlow Shepley dapat menemukan galaksi bima sakti dan mendedahkan bahawa matahari juga berpusing mengikut orbit pada tahun 1918 , Nabi Muhammad SAW dulu mendedahkannya 1300 tahun sebelum Shepley.
“Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, Matahari dan Bulan. Masing-masing
beredar pada garis edar (orbit)-nya” (Al- Anbiya 33)

Dan apabila saintis-saintis hebat seperti Albert Einstein dan Hawking mendedahkan kejadian alam melalui teori Big-bang,
Nabi Muhammad SAW telah terlebih dahulu menceritakannya 1400 tahun dahulu..


Adakah Muhammad pembohong?

Adakah Muhammad GILA?

************************************************************************************************
Benarlah kata Nabi Muhammad SAW
"Islam bermula dalam keadaan pelik (Ghuraba) ,ia akan kembali dalam keadaan pelik.Beruntunglah orang yang berpegang dengan islam ketika islam dalam keadaan pelik" Hadis Riwayat Muslim

Ketika Islam baru diperkenalkan.. Orang memandang islam janggal dan pelik..
Mana tidaknya
Rasulullah membawa ajaran yang mengatakan tuhan itu tiada rupa, persamaan taraf hamba dan tuan, melarang dari menyembah berhala, dan bermacam lagi

sememangnya ajaran ini dianggap pelik kerana bertentangan dengan gaya hidup zaman jahiliyah yang sememangnya hidup mereka tunggang langgang.

Dan sabda Rasulullah SAW..
Ia akan kembali pelik..

Lihatlah zaman sekarang..
Jikalau kita membaca al-quran sementara menunggu bas..
pastinya masyarakat memandang pelik..
Apabila kita masuk ke shopping mall dengan berserban dan berkopiah . mesti kita dianggap pelik.
Apabila kita lepak dengan kawan-kawan dan membuka cerita tentang agama .. pastinya kita dianggap pelik.
Dan agak pelik jika kita kejutkan kawan kita di tengah malam untuk membuat Qiamulail tetapi tidak pelik jika kejutkan untuk menonton perlawan bola sepak.

Pelaksanaan islam dalam kehidupan sekarang pun sudah dianggap pelik..
benarlah kata-kata mu wahai Rasulullah SAW.

kita sering hanyut dengan rentak dunia sekarang ini..
Sampaikan kita sering terlupa dan leka mengejar dunia maya kita..
Alangkah baiknya jika Rasulullah SAW masih hidup zaman sekarang
Pastinya pegangan umat sekarang lebih kukuh dan islam akan kembali gemilang ..

wahai Rasulullah..
Kami rindu padamu...

________________________________________________________________
Entri Ini ditulis sempena Maulid Nabi kita, Nabi Muhammad SAW..
Marilah bersama kita berselawat sejenak dan sedekahkan Al-Fatihah bagi Nabi yang akan memberi Syafaat pada kita di akhirat kelak, Nabi Muhammad SAW..

Al- Fatihah..

Thursday, February 18, 2010

Does God Exist ?

Adakah anda percaya terdapatnya suatu kuasa hebat dalam alam semesta ini? wujudkah corak dan turutan dalam alam ini? Dari mana corak dan turutan alam ini datang? Mari kita lihat pada mata manusia yang kompleks.


Mata Manusia
terdapat 266 ciri-ciri dapat dikesan pada mata..
struktur paling kaya dengan data pada badan manusia
Jauh lebih spesifik dari cap jari




hanya 1 dalam 1000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
(10 kuasa 75) terdapat 2 orang yang sama iris mata.



Dalam mata manusia terdapat 2 komponen utama
rods dan cones.

rods penting untuk penglihatan waktu malam dan pada keadaan gelap.


cons pula untuk membolehkan mata mengenal dan membezakan warna

Jumlah kedua-dua komponen ini adalah

120 juta rods dan 7 juta cones.

setiap satu mata mempunyai 1 juta saraf fiber yang berhubung dengan otak


Lensa digital hari ini memang amat dikagumi tetapi ia tetap tidak boleh dibandingkan dengan tahap mata manusia bekerja




untuk memproses satu putaran lengkap data, satu sel mata hanya memerlukan 10 mili saat manakala cray supercomputer (antara processor terlaju didunia) memerlukan
beberapa minit untuk memproses jumlah data yang sama


disebabkan terdapatnya 10 milion sel mata berinteraksi secara kompleks dalam sesuatu masa..
sekurang-kurangnya 100 tahun diperlukan untuk cray supercomputer memproses jumlah data yang sama banyak dengan apa yang mata anda proses untuk satu saat..



(picture of cray supercomputer)


Hebat bukan..


Does God Exist?














"Didalam penciptaan langit dan bumi , serta berganti silihnya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir. iaitu mereka yang mengingati tuhannya ketika berdiri, duduk mahupun berbaring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi sambil berkata, wahai tuhan kami. Tidaklah sia-sia benda-benda yang kau jadikan ini. Maha Suci Engkau, Peliharalah kami dari Azab Neraka."
-Surah Ali Imran (190-191)

Saturday, February 13, 2010

"Bagaimana Aku ingin ketawa sedangkan..."

Dalam kesejukan malam itu..
Aku mendengar..
Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama
Salahuddin Al-Ayubbi
Merugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman,Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan islam..

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal sapa spiderman daripada kisah tokoh2 islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Sapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Sapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Sapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Sapa dia Muhammad Al-Fateh?
Sapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

Berapa kerat je umat zaman sekarang boleh menjawab? astagfirullah..
Keadaan berbeza apabila kita bertanya

Sapa dia Ultraman?
Sapa dia Batman?
Sapa dia Cicakman?
Sapa dia Spiderman?

lancar je jawapannya..
Benar bukan? .. hebatnya pengaruh Hedonisme dalam kehidupan.
astaghfirullah


Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan Anak kecil mendengar Cerita sang pelipur lara. bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Ini kisah benar2 berlaku..

Bila??

Suatu Masa Dulu.....





"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?"


kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?

Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah
.. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin....


Suatu ketika dulu
beliau pernah meminta air minum,
tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan
kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata,
"Aku hampir mati kehausan".
beliau kemudian meminum air
yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..



Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya
tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan
dua
kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi
merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara.
beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap
tenteranya dan memberikan arahan kepada
panglima-panglima tenteranya.

Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang
garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia
supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun
selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..


Asakan Tentera Islam teramat dashat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku


Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan
di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah
dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2.



" Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..




Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan





27 Safar, 589H
malam itu telah nampak tanda-tanda
berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja'afar , seorang yang wara' telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

"Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata"
(Al-Hasyr: 22)


Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

"Memang Benar"


Selepas mengucapkan kata2 itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak
meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham
ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkan
nya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup
untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian.
Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang
menterinya.





Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
"Sekarang aku datang semula ke sini."


ALangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu,

1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela islam ini sambil berkata

" Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!"


Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini..
Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat islam

Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?

astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku...

Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak2 muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..

Aku menggelengkan kepala...

Salahuddin Al-Ayubi?

mungkin tidak....



Friday, February 5, 2010

Gambar Rumah Rasulullah S.A.W

Hari ini saya ingin mengajak anda melihat foto rumah Kekasih Allah, Al-Muallim Rasulullah SAW..

Gambar dibawah ini adalah gambar rumah rasulullah di Mekah..

Bagaimanapun.. Rumah ini telah dirobohkan oleh kerajaan Arab Saudi dengan kerja sama puak wahabi ..

Masyaallah.. Kata mereka untuk mengelakkan pemujaan .

Merugilah kita wahai teman..

Salah satu tempat bersejarah umat islam dirobohkan..


"Siapa yang membesarkan tanda (lambang kebesaran agama) Allah maka itulah (lahir) dari hati yang bertaqwa "
(Surah al-Hajj ayat 32)


tapi apakan daya. Ada pihak yang berkeras untuk merobohkan ..
Astagfirullah

Jom kita tinjau

Ini merupakan rumah Rasulullah sebelum projek meruntuhkan dimulakan







Dan Semasa Projek dijalankan..




Mari lihat lebih dekat dalam rumah Rasulullah SAW.

















dibawah ini pula adalah Replika rumah rasulullah yang lain..
Gambar di bawah adalah antara bahan pameran yang dipamerkan di Jeddah, Arab Saudi. Ia merupakan replika dalaman rumah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Model rumah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam dibina bagi memberikan gambaran kehidupan yang sangat sederhana yang dialami oleh seorang hamba ALLAH, yang juga pesuruh ALLAH dan pemimpin agung ummat manusia.

Menurut sumber yang dipetik, model tersebut dibina berdasarkan hadith-hadith sahih yang telah diriwayatkan.




Jika anda ingin melihat lebih dekat dan berasa seperti berada dalam rumah Rasulullah SAW.
Sila klik
Rumah Rasulullah SAW dalam 3D

Subhanallah..

Bila Islam hanya pada Kad Pengenalan

Masih ramai yang tidak merasai perasaan bertuhan...
Aku mahu kongsi pengalaman aku semasa di PLKN


______________________________________________________________________________________

Hari itu hari keempat aku menjalankan tugas aku sebagai seorang rakyat malaysia
yang terpilih menjadi sebahagian dari 'Wira-wirawati negara" dalam program
yang amat ditakuti pelajar lepasan SPM.. PLKN..
Hari itu hari yang cukup meletihkan..
Jurulatih2 semuanya nampak garang.. berkumis nipis. pandangan tajam..
boleh dikatakan semua orang gerun. tapi aku tahu
rupa tak semestinya refleksi peribadi.

"Ahh.. tekanan jiwa aku macam ni" getus hatiku mengingatkan rakan-rakan lain yang
terselamat dari pemilihan program ini.. ada yang telah bekerja part-time. Tidak kurang
juga yang menghabiskan masa dengan permainan-permainan video yang mengasyikkan..
"Relax bro, kau enjoy je pergi sana" tengiang-ngiang dilubang gelap telinga kata-kata
sinis dari rakanku ketika melihatku tertunduk menutup muka sebaik melihat monitor
komputer.."tahniah, anda terpilih"

Seperti biasa.. selepas selesai aktiviti malam hari dan Roll-call.. kami dilepaskan
ke bilik masing-masing.. Aku melangkah longlai.. bukan capek dek aktiviti disana..
kerana aku masih berat hati mengikuti program ini..

Setapak demi setapak aku melangkah.. cermat. tapi sedikit meleret.. ku toleh kanan.
Mizan sedang membersihkan katil.. ku toleh kiri.. Bartolomieus sedang mengeluarkan
kerepek makanan.. Bagi rakyat semenanjung, nama seperti ini barangkali dipandang jelek
tapi tidak dinegeri dibawah bayu..
"Lomi!!" tegurku sedikit tersenyum
"Mahu sedikit?" ajak bartolemius ,menyangka aku ingin meminta makanan dari dia.
aku hanya senyum dan berlalu..
bukan semua jawapan mesti melalui kata-kata..

Tepat pukul 11.30 malam.. "Light oFf" jerit si penghulu rumah delta..
Satu demi satu kamar menghitam , hilang dalam kegelapan malam.
Aku menepuk bantal. moga sedikit empuk..
Dalam samar-samar lampu kalimantang luar, aku lihat rakan-rakan sebilik yang 11
orang semua bersiap sedia untuk tidur..
Aku mungkin tidak berasa begitu kekok dalam bilik kerana 6 daripada mereka adalah
muslim, mengaku bertuhankan allah yang satu. Yang berbangsa cina hanya 4 orang
dan jua seorang bangsa india yang banyak mulut, Puvendren.

Selimut ditarik..
"mak aih.. sejuknya!!" getus hatiku.Terasa selimut tadi gagal melawan
kesejukan dan kedinginan malam ditengah hutan di Kota kinabalu.
Aku gagahkan diri..

"Krik-krik-krik" sang cengkerik mengeluarkan bunyi ,mengharap ada pasangan yang
terpikat..
kesemua rakan2 bilik aku sudah berada diatas katil..
ada yang termenung, tidak kurang juga yang sudah lena diulit mayang.

Mataku mula kabur..
kelopak mataku lesu.. ketandusan daya tahan..
Fikiran dan angan-angan sebelum tidurku tadi beransur-ansur lesap.
aku antara dua alam. sedar dan maya

"Oh ya!" mataku kembali terbuka ..
aku bangkit..teringat jam yang belum dikunci..
seperti biasa aku akan mengunci jam sebelum tidur..
dengan pengharapan agar dapat bangun difajar hari dan bersolat subuh..

aku putarkan jam.. tetapkan alarm dan letakkan ia cermat
betul-betul diatas bantal pengalas kepalaku..

"Brader, Ko boleh tak offkan alarm jam ko.. kacau orang tidur"

Aku terkejut.. terkesima..

Kata-kata itu datang dari seorang yang sama pegangan denganku , Nazri.
Ya.. seorang islam..
Aku terdiam sebentar..

"a'ah .. Ko off je lah alarm kau.. seriously gangu kitorang, bukan kau sorang saje
duduk dalam bilik ni"

tiba-tiba ada seorang lagi muslim seagama denganku membenarkan kata-kata keji Nasri
tadi..

Disambut dengan anggukan dari seorang lagi muslim..

Aku diam tak terkata.. Bangsa Cina dan India sebilik dengan aku yang sememangnya bukan
islam tidak pernah membantah aku untuk bangun mengerjakan solat subuh.. inikan pula
orang islam sendiri..

Aku berasa sedih..
demi allah, aku tidak sedih kerana ditegur dan diperli oleh rakan sebilikku
aku sedih kerana yang menghalang aku bangun subuh adalah orang islam..

dengan perlahan dan sugul.. aku offkan alarm..
dalam hati.. aku berdoa agar aku terjaga pabila waktu subuh masuk.tanpa bantuan alarm

"apakan dayaku lagi" rintih hatiku..

aku tarik selimut. lemah dan lesu..
sedih melihat manusia sebegitu mengaku bertuhankan allah..

tiga orang yang membantah aku tadi, sudah kembali berbaring atas katil masing- masing.

aku berbaring sambil berfikir, masih terkejut dengan peristiwa tadi..

tiba-tiba.. aku merasa ada tangan memegang bahuku..
aku toleh..

"kawan, u jangan risau, besok pagi saya kejutkan u bangun semayang"

Dalam samar-samar malam aku lihat kelibat Ah cheng..

Sekali lagi aku tersentak...

"Ah cheng?? "

Siapa sangka Ah cheng yang beragama buddha sanggup menawarkan diri untuk
kejutkan aku subuh...

Siapa sangka??

Aku mengangguk .. .
lidah aku terkelu..
tiada kata yang dapat dikeluarkan..

aku tenung ah cheng..
perasaan terharu mula bermain..
aku cuba berkata sesuatu...
cuba menyatakan betapa aku menghargai pertolongan..
tapi lidah membeku

"Saya faham.. u jangan risau" ujar Ah cheng
Ah cheng tersenyum sebelum kembali ke katilnya

seorang Cina Buddha bukan sahaja tidak menghalang aku dari bangun subuh.
malah menawarkan diri untuk menggerakkan aku bangun di pagi hari.

"mulia sungguh hatimu, Cheng" aku berbisik sendirian

Aku kembali berbaring..
sebelum tidur aku tersenyum dalam lenangan airmata..


Pagi itu, Ah cheng tetap dengan janjinya. kejutkan subuh.
aku tersenyum..
ku lihat kawan-kawan muslim lain..
seperti biasa ..masing-masing terlentang pelbagai gaya .,
sembahyang fardhu adalah perkara remeh bagi mereka.
aku tak terkejut..
Solat biasa pun tak pernah nampak. inikan pula solat subuh..
aku menggelengkan kepala.. sedikit tersenyum
dalam dingin pagi... aku menggapai kopiah .keseorangan menuju ke surau.






gambar sekadar hiasan

Rahsia Dua Kunci Syurga Vatican

Pernah melihat lambang ni?







Ni adalah simbol vatican.. sering dipakai oleh ketua paderi



Ada Suatu rahsia..
Simbol ini dipanggil The Keys of Kingdom of Heavens..

Apakah maknanya?
Apakah simboliknya kunci ini..?

_______________________________________________________________________________________

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah
nota:cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut)
____________________________________________________________________________________________
Mari kita tengok...

DARI BIBLE


Kata Nabi Isa( Jesus) pada Sahabatnya Peter
"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."
-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)


DARI ALQURAN ALKARIM

1.

Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)


2.


Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)



jelaslah.. sebenarnya Nabi Isa A.S mengajar ajaran menyembah allah yang satu tetapi oleh kerana pengikutnya ada yang menyeleweng dan konfius , maka ada yang mengangap Nabi Isa AS adalah tuhan..
Ditambah lagi dengan penyelewengan tokok tambah serta penipuan dalam kitab injil yang sekarang ini sudah berbagai versi..

Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.

(Ali Imran ayat 19)


ya.. hanya Islam...

Sayangnya kau pada kami

" cilak** , aku fail exam ni fiz.. Tak guna!" kata sorang kawanku yang datang pada aku mengadu

" sabaq la bil, Ada hikmah tu.. Kegagalan adalah tarbiyah dari Allah" pujuk aku

" semua orang serupa .. hikmah.. hikmah.. hikmah.. Takde mende lain ke nak cakap?
aku tak taw la .. setiap kali aku mintak aku tak dapat.. puas aku doa tak dapat.. Ko rasa allah sayang aku tak? ko rasa allah tu sayangkan hambanya ke?
Kalau sayang sanggup ke dia tengok aku fail macam ni?. Kalau sayang sanggup ke dia tengok orang merempat kemiskinan? Sanggup ke?
" ungkap nabil dengan penuh emosi.

Aku tersenyum..

"Kau tak sedar lagi ni nabil" getus hati aku.
_______________________________________________________________________________________

Insan

Kau tak pernah puas

Kau tak pernah cukup

Sayugia, dirimu tuhan jadikan lengkap

Sedangkan ibu teramat sayang akan anaknya

inikan pula pencipta sayang akan hambanya




Mari kita berfikir..

Aku meninggalkan solat,aku mengumpat, aku buat kemungkaran, aku mencuri, aku merompak membunuh, tapi mengapa allah masih memberi oksigen kat aku..
bagi lagi rezeki kat aku? bagi lagi anggota badan? Allah tak tarik pun? walaupun aku tak ikut arahan dia

Maha Suci Allah..
Betapa sayangkan hambanya..

katakan, kita adalah pemilik dan tuan kepada sebuah kereta,jika kereta itu tiba2 breakdown, rosak dan kita mencuba banyak kali hidupkan tetapi kereta itu tidak ikut arahan.
Apakah tindakan kita? Kita sepak kereta tu, maki hamun dan hentak body kereta itu.. silap2 kereta itu dihantar ke kilang besi buruk.. itu baru satu kereta ..




Bayangkan Allah...

Allah lagi banyak hambanya.. Lagi banyak menjadi 'tuan' kepada benda2 didunia dan langit.. Apabila hambanya tidak mengikut arahan, enggan mematuhinya .. adakah allah terus menghancurkan kita dengan batu besar?
Adakah allah terus menghentak kita?
adakah allah terus tarik oksigen dan keperluan hamba2nya?

tidak.. Allah masih memberi hamba2 nya makanan rezeki dan kekayaan.. Malahan udara yang kita hirup setiap kali

Bayangkan jika
Allah bersifat seperti kita dengan kereta tadi.. Apakah kita masih lagi bernafas? Apakah kita masih lagi dapat rezeki dan makanan?

Maha Suci Allah, sayangkan hambanya..

Allah masih beri kita ruang untuk perbaiki diri..
tidaklah menjadi masalah bagi Allah untuk menghancurkan kesemua manusia dan makhluk2 lain

Jikalau Setiap makhluk dilangit dan dibumi kesemuanya mengingkari allah pun, Tidaklah Jatuh walaupun sedikit keAgungan dan Kekuasaan Allah

Jikalau Setiap makhluk dilangit dan dibumi kesemuanya mentaati allah pun, tidaklah mengubah walaupun sedikit keagungan dan kekuasaan Allah..



Penyanyangnya mu ya Allah..

Kita sering mengadu, menyalahkan Allah..
Sedarkah kita Allah itulah yang menyayangi kita setiap masa.
Sentiasa memaafkan kita jika kita bertaubat..

Untunglah engkau Umat Muhammad..
Jika kita lihat Hebatnya kasih sayangkan Seorang ibu pada anaknya sampai sanggup mengorban nyawa,,

apatah lagi Allah.. Peneman kita setiap masa.. Pencipta kita setiap ketika.
__________________________________________________________________________________________


Aku berjalan ditepi kedai mamak.. Seorang india membuat roti canai.. Tiba2 roti canai yang ditebar tak jadi..
dia lantas membuang terus ke tong sampah..
Terfikir aku betapa sayangnya pencipta kita kat kita..
aku tersenyum..
Allah Sayangkan Kita..

Mukadimah Pengembaraan

Alhamdulillah , Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya
menghasilkan blog ini.
Tanggal 5 februari 2010 bermulalah muka surat baru dalam jurnal pengembaraan saya mencari tuhan..
Insyallah kalau tiada halangan blog ini akan di update dari masa ke semasa.


Rasa lemah dan malas dalam beribadah sering kali berlaku pada kita.Banyak persoalan sering
timbul dalam kehidupan kita.. Siapa tuhan Aku? Aku sekarang gembira je,Kenapa Perlu Solat?
Tuhan itu pemurahkah? Adakah aku layak masuk syurga? .. kadang2 persoalan ini yang kita
tidak tahu jawapannya.




Oleh itu, Mari kita mengembara ke alam ketuhanan, Mencari jawapan dan keredhaan pengantar jalan memperolehi syurgaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...